Colours of my life

339 18 169
                                    

Aku sejenis manusia yang kalau menghadapi tekanan, aku tak layan. Aku tak suka mengadu kat orang, aku tak suka marah marah dan moody. Aku akan buat macam biasa. Cuba jadi setenang tenangnya.

Aku akan divert to something else. Contohnya tengah tengah malam time orang dah tidur aku akan mop satu rumah, aku akan basuh bilik air berjam jam, aku akan kemas bilik (maknanya aku buat spring cleaning yang jarang jarang dibuat) atau aku akan menggosok pakaian (yang ni selalu, sebab paling mudah lagipun aku sakit mata tengok baju dalam bakul tak bergosok). Kalau tak stress, aku tak pedulik pun kat bakul tu. 🤭. Time stress baru nak sakit mata walaupun sebenarnya hati yang sakit.

Aku yang dulu, stress aku akan makan, tengok wayang, shopping 😍, drive lelaju tah kemana mana dan kalau tak buat semua tu aku nangis sensorang. 😂😂 klisè. Normal la kan, perempuan.

Sambil menggosok, gantung baju aku perasan eh..  mostly yang tergantung warna biru, putih, hitam, kelabu dan hijau. Bila campak le belakang, yer la... nilah warna warna aku sejak dari zaman student - berjauhan dari keluarga -selalunya mak yang akan beli dan pilih warna baju🙄. Bila dok sendiri, pilihan ikut hati la kan? Kat kolej, dari atas sampai ke bawah, hitam... ni dah macam uniform aku gi kelas 😂. Time giler, pakai baju putih bra hitam, sengaja kan? Mujur tak pakai lipstik hitam je masa tu. Lipstik time tu kaler nude takpun mauve. Pinkish ni tak main r. Girlish sangat.

Warna lain ada tapi tak banyak. Yang 5 tu, memang ada paling tidak secalit dua dalam pakaian warna lain. Paling aku tak gemar pink dan kuning. Kulit jadi kusam dan gelap.. perasaan aku la tu. Ye la, aku ni bukannya cerah benar. 😝

Jadinya meh tengok adakah warna warna kegemaran ni mempengaruhi personaliti aku.. n maybe korang jugak.

Paling aku suka warna BIRU. Apa apa tona biru pun aku suka.

Wanita yang suka warna biru mempunyai personaliti yang sangat menarik. Pakar mendedahkan bahawa mereka yang suka biru adalah mereka yang penyabar, penyayang dan setia.

Sifat mereka yang sangat lembut itu biasanya seorang yang tidak suka bersosial. Mereka lebih gemar duduk dirumah dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Apabila melakukan sesuatu, mereka akan merancang sesuatu dengan baik. Individu sebegini juga akan mengatur semua agenda yang ada dengan baik dan kemas untuk meminimumkan masalah atau sebarang halangan.


PUTIH

Warna putih sinonim dengan bersih fikirannya iaitu tidak bersangka buruk. Selalu berkata benar, jujur dan rendah hatinya. Mereka yang menyukai warna putih juga merupakan seorang yang sopan santun, peramah dan suka menerima ilmu. Mereka juga berhati yang tenteram, suka menolong dan sentiasa bertawakal dalam menjalani kehidupan.

HITAM

Wanita yang gemar dengan warna hitam suka menyendiri jauh dari orang ramai. Namun, mereka ini sangat prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka juga kuat dalam menghadapi dugaan hidup, dengan kata lain tabah dalam apa jua keadaan. Selain itu juga, wanita menyukai warna hitam tidak mudah dipengaruhi orang kerana mereka kuat berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka setia pada pasangan, baik hati tetapi sangat mudah tersinggung.

KELABU

Wanita yang menyukai warna kelabu adalah seorang yang merendah diri, tenang dalam menghadapi apa jua situasi, sering mengalah demi kepentingan orang lain, selalu berkorban untuk orang lain, cergas dan bijak.

HIJAU

Wanita pengemar warna ini lebih berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain. Suka dengan kehidupan yang damai dan sunyi. Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

😂😂😂

Sapa yang kenal aku, memang tau la betul ke tak. Kan kan kan?? 😉
Ini hanya suka suka je. Apa warna kegemaran uols?

ps : baru ni aku out of norm sikit, beli kain warna coffee untuk buat kebaya labuh. Matching dengan kain batik solo gabungan warna hitam, putih n coklat. Hahahahaha. Lets see sesuai atau tak kaler coffee tu dengan aku.

heterogeneousWhere stories live. Discover now