Kekuatan

266 15 21
                                    

Aku tak sempurna dari segi fizikal mahupun emosi. Banyak kekurangan. Namun bersyukur dengan apa yang ada. Sentiasa mengharapkan akan ada seseorang hadir untuk melengkap diri ini, menyempurnakannya.

Namun langit tak selalu cerah. Ujian dan dugaan datang tanpa diduga, tanpa ada amaran. Atau mungkin aku si dungu, buat buat tak nampak. Bak bait kata lagu KRU - 'jangan lafazkannya apa yang kau rasa, oh kerana ia kan menambah luka'. Ya, aku takut menghadapinya.

Biarpun sudah berkali, rasa sakitnya tetap sama malah adakalanya makin parah. Bukan sekali dua hampir mengalah, sering. Selalu sangat. Apapun, aku adalah aku. Tak siapa tahu apa yang aku hadapi, aku tanggung dari dulu hingga kini. Not even my mum.

Pada aku, segala perit sakit susah payah biar aku tanggung sendiri. Aku cuma mahukan orang di sekeliling aku bahagia, gembira dan ceria. Itu sudah cukup buat aku.

Setiap hari ku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuh segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti
Punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah
Ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan
Terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini

Oh Tuhan
Ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Dari dulu.. ini lagu peniup kekuatan dalamanku. Adakalanya airmata mengalir tanpa sedar tatkala mendengarnya.

Saat itu aku akan memandang keluar tingkap, hujung pen kugigit, buku yang terbuka kubiarkan halaman ditiup angin, kerja kutinggalkan seketika. Tiap bait kata tepat buat diriku yang lemah tak berdaya ketika itu.

Mungkin juga ada pembaca di sini turut menjadikan lagu ini sebagai penguat semangat untuk meneruskan kehidupan. Ya, kita sekapal.

heterogeneousWhere stories live. Discover now