Percaya

114 12 54
                                    


Beberapa hari sudah, negara digemparkan dengan kes pembunuhan kejam. Berbagai tanggapan dan andaian bermain di minda tatkala mendengar berita berkenaan.

Cara pembunuhan itu sememangnya tak pernah terfikir bahawa pelakunya adalah teman baik mangsa, seorang pelajar perempuan. Sis yakin sebelum ini ramai yang berandaian pembunuh tersebut adalah seorang lelaki, penagih dadah dan bermotifkan samun.

Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis namun dek ke'advance' an netizen membawa kepada kesimpulan awal. Sis yakin ramai dah mengetahuinya melalui media sosial.

Ada beberapa lagi kes yang melibatkan pembunuhan oleh insan yang kita percaya bergelar sahabat, kawan atau teman.

Bukan itu saja, kawan jual kawan pun ramai. Kawan gadaikan maruah kawan untuk selesaikan hutang pun ada. Entahlah... sewajarnya kawan sayangkan kawan. Jaga hatinya, jaga perasaannya, jaga maruahnya.

Sis memang bermasalah dalam menjalinkan persahabatan - trust issue. Kenalan, ya ramai. Sis ada kenalan dari pelbagai bangsa, peringkat umur dan taraf kehidupan.

Masa sekolah sis memang ada sahabat baik. Sebenarnya kami berempat. Tapi sis baik dengan yang sorang ni... i just label her as A. Kelas kami sebelah menyebelah.

Kemana saja kami berdua. Ke KL, g tengok wayang, g Bukit Bintang, g tuisyen, g ushar mamat hensem 🤣🤣, melepak kat McD makan fries cicah aiskrim, macam macam la. Berkongsi semuanya.

Dia memang manis, lemah lembut (kalau sis lelaki, memang sis dah tackle dia 😂😂) berbanding dengan sis yang agak kasar dan muka takde perasaan. Dek kerana seorang lelaki, huh... lelaki je kot. Hubungan kami putus. 😪

Lelaki tu memang paling hot di bandar kami ketika itu. Tanya saja la pelajar perempuan dari mana² sekolah dalam bandar yang sis tinggal ni, semua kenal dia. Even girls from BBGS pun kenal dia 😂😂

Puncanya dari mulut seorang kawan sekelas tentang sis. Selepas itu, macam macam tuduhan lemparkan pada sis. Hal hal tak berkenaan pun keluar juga. Dah rasa macam kera sumbang masa tu. Dua tiga kerat je nak kawan dengan sis. Yang lain dah pandang serong. A ni lagi la, pandang sis pun tak nak. Boleh ikut jalan lain, kalau terserempak dengan sis. Walhal bukannya salah sis pun. I know nothing.

Dan A ni, bila ada boyfriend (yang declare betul²) tak lama selepas tu, dia sorokkan dari sis. Allahu, kalau tempat dating diorang kat pusat tuisyen belakang sekolah takkan la sis tak nampak kan? Sis buat buat tak nampak je, nanti bertambah tambah pulak cerita pasal sis cuba caras boyfriend dia. Cukup² la.

Tak lama lepas tu, sis jumpa seseorang yang sis letakkan sepenuh kepercayaan pada dia. Tapi hampa, bila kepercayaan dipijak pijak. Kesetiaan hanya di bibir. 😣. Sakit!! Cukup sakit.

Dan sis belajar untuk tutup mulut. Semua rahsia dan rasa sis simpan seorang diri. Pada mak dan kakak pun sis tak cerita😂. Bukan pe, mak ni kekadang dia tercerita kat kakak dan adik beradik dia yang lain. Kakak pulak jenis mulut takde tapis, semua benda dia nak cerita kat orang. Rasanya memang tipikal keluarga melayu macam ni kot.

Nak cerita kat my only brother, alahai... dia tu macam ais. Sis cerita beriya, dia jawab mmmm... mmm. Dah la kalau bercakap tu perlahan. Ibarat bercakap dalam kelambu.

Sekarang sis ada 7 orang kawan baik (termasuk seorang dah menemui Ilahi). Betul² baik. Kami dah berkawan hampir 8 tahun. Tapi untuk sis berceritakan hal peribadi, tak. Susah rasanya nak bina kepercayaan pada orang sejak terkena dulu. Walaupun kami sering berjumpa  berkumpulan, kecuali masa pkp dan pkpb - kami jumpa kat whatsapp je, sis tak pernah cerita masalah peribadi sis.

Nak mengulas apa apa pun jika mereka mengadu hal, sis tak berani. Hanya meminjamkan telinga untuk mereka. Bimbang kata² sis akan membuatkan mereka tersinggung. Sis ni jenis kalau tersinggung, sis akan diam. Tapi ada orang, dia akan melawan. Mulalah jadi pertikaman lidah, kata mengata, mengeji dan banyak perkara tak diingini berlaku. Lain orang lain ragam kan? Rambut sama hitam, hati lain lain.

Hingga ke saat ni, hanya seorang saja yang tahu perihal sis luar dan dalam, sakit dan sihat, gembira atau sedih, pendek kata semua la. Mungkin kiriman Tuhan untuk sis bina kepercayaan pada orang semula. Tidaklah 100% dia tahu, masih ada rahsia dan cerita yang masih disimpan rapi. Namun sedikit demi sedikit sis mula bukakan hati untuk bercerita, meluahkan apa yang sis rasa, mengadu hal suka dan duka walaupun tak semua - takut dia jelak pula 😉.

Beruntunglah jika anda dikelilingi dengan orang yang dapat menyimpan rahsia dan beramanah. Mungkin pada orang lain ianya cerita yang dikongsikan itu biasa biasa saja namun bagi orang itu ianya suatu keaiban.

Lebih baik diam dari bersuara.

04112020






heterogeneousWhere stories live. Discover now