Bab 34: Sedar

581 67 65
                                    

RIUH di pantry itu dengan suara dua orang remaja. Dari kejauhan lagi boleh dengar mereka bergaduh sakan. Ada yang buat muka biasa. Mungkin dah lali agaknya. Tetapi ada juga yang menayang wajah sebal kerana mengganggu.

Tempat orang sakit kot. Ada juga yang kena bedil dengan meriam baru ciptaan M.A.T.A. ini karang.

"Apahal kau?" pekik Ali terseringai. Sakitnya hati dia apabila Alicia sesuka mak nenek aje merampas tin airnya.

"Kan Ejen Evan dan pesan, tak boleh minum air sejuk! Kau ni ada masalah nak kawal diri ke apa?" marah Alicia balik.

Tiga sahabat tersebut memandang penuh bosan. Iman menepuk dahi. Moon menayang wajah toya. Khai pula hanya menggelengkan kepala.

Ada bagus juga mereka dua ini digantung akademi buat seketika. Amanlah juga rasa pulau itu tanpa kekecohan perang mereka.

Bertekak macam anjing dengan kucing. Kucing dengan tikus. Tikus dengan tikus lagi satu yang saling berperang berebut keju yang cuma tinggal satu. Memang tak pernah sebulu.

"Erm... saya minta diri kejap," pinta Iman.

Moon lantas menoleh. Keningnya bertaut hairan.

"Haa? Kau nak pergi man... ouhh..." Moon mengangguk perlahan setelah memahami niat Iman.

"Nak aku teman?" pelawanya pula.

"Takpa. Saya pergi sekejap je." Iman menolak lembut sambil mengukir senyuman nipis.

"Okey." Moon mengangguk sambil membalas senyuman Iman. Dia menghantar pemergian gadis itu dengan ekor matanya.

Pandangan Moon kembali mendarat pada pasangan tak berapa nak bahagia itu. Wajah toyanya kembali dipamerkan. Dia menggeleng sambil bercekak sebelah pinggang.

"Shouldn't we stop them?" soal Khai masih tak mengalihkan mata daripada Ali dan Alicia. Setia dia menjadi penonton tanpa rela mereka.

Bila mereka nak sedar yang mereka sebenarnya berada di pusat rawatan M.A.T.A.? Nasib duduk di pantry. Jauhlah sikit dari orang sakit.

"Nah... you never understand their issue. Trust me, fighting is the whole part of the healing process." Moon berkata dalam nada tersempoi.

Kepala Khai mengangguk tanpa sedar, seakan setuju. Sesaat, keningnya tercantum pula. Dia berkalih memandang Moon kehairanan.

Pergaduhan adalah proses penyembuhan? Keningnya yang tidak gatal digaru. Tak fahamlah dia.

"Weyh, aku laparlah. Beli makanan jom," ajak Moon tiba-tiba. Perut kecilnya diusap perlahan.

"Hm, jomlah. Lama-lama kat sini makin pening kepala." Khai berkata seraya melangkah keluar diikuti Moon.

Maka tinggallah mereka berdua saja di dalam pantry itu. Dan nampaknya memang mereka tak sedar.

Ali terpaksa datang semula ke pusat rawatan M.A.T.A. setelah mengadu pada Uncle Bakar yang tulang belakangnya terasa sengal semula. Benda boleh aje pergi klinik biasa. Tapi sebab Uncle Bakar berkeras juga mahu Ali mendapat rawatan di sini, maka tersekatlah dia dengan Alicia.

Lagi.

Patutnya dia di rumah sekarang. Main game. Main dengan Comot. Comot dekat rumah itu tengah tidur agaknya. Nikmat betul.

"Suka hati akulah nak minum apapun! Yang kau nak risau sangat apahal?" Ali mendengus kasar dengan bebelan Alicia.

Alicia terseringai. Apa benda? Aku? Risaukan kau? Kalau aku tak risau pun, aku tak rugilah! Huh! Detak hati perempuannya.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now