Bab 27: Silap

640 97 47
                                    

[AKAN DIEDIT]
Total words: 3.2k

*****

"LEON, arahkan pasukan kamu untuk ke lokasi tersebut. Sila maklumkan kepada pelajar, kelas seterusnya dibatalkan," arah Jeneral Rama tegas dan jelas.

Cerita hangat Rudy yang tiba-tiba saja keluar dari akademi tanpa kebenaran telah sampai ke telinga Jeneral Rama.

Pada awalnya lelaki itu amat terkejut dan marah. Namun setelah mendapat intel yang Rudy hanya sedang menjejak Martin, dia mengarahkan pula ejen-ejennya yang lain untuk mengikuti Rudy.

Mujur setiap suit ejen M.A.T.A. dilengkapi dengan homing divice yang memudahkan kerja pihak atas untuk sentiasa memerhati dan mengesan lokasi semua ejen serta memastikan keadaan mereka selamat.

"Baik, jeneral." Kepala Ejen Leon dianggukkan sekilas.

"Nanti."

Langkah Ejen Leon terhenti. Semua mata di brief room tersebut tertumpu pada seorang gadis kecil yang hanya diam saja sejak tadi.

"Saya nak tolong," ujar Iman, perlahan.

Jeneral Rama menghelakan nafas berat. "Tidak, Iman. Buat masa sekarang, kami tiada pilihan lain selain memastikan kamu kekal di sini."

Iman mengeluh kasar. Dah agak dah. Nalurinya kuat mengatakan jeneral dan para mentor lain ada sembunyikan sesuatu daripadanya dan jujur kata, Iman tak sukakannya.

"Jeneral... Rudy tu kawan saya. Saya nak tahu ke mana dia pergi. Kenapa cara jeneral bercakap sama macam dia? Kenapa saya kena kekal di akademi?"

Jeneral terdiam.

Melihat jeneral yang hanya membisu, Iman mengetap bibirnya. Memang benarlah ada sesuatu yang mereka sorok dari dirinya.

Dalam hampir sepuluh saat mereka membisu, Iman akhirnya bersuara.

"Ini semua ada kaitan dengan saya diekori ke?" soal Iman tiba-tiba.

Tersentak Jeneral Rama seketika. "Kamu perasan?"

Iman melepaskan nafas kasar. "Mestilah saya perasan. Setiap kali saya pulang ke rumah, saya selalu rasa diri saya diperhatikan. Saya tahu ada orang berniat jahat dekat saya."

Iman berhenti seketika sebelum menyambung lagi.

"Dua orang lelaki serang saya di surau secara mengejut dan salah seorang daripada mereka tahu di mana saya tinggal. Saya jadi takut dan saya nak buat laporan kepada M.A.T.A. tapi sejak..."

Kata-kata Iman terhenti di situ. Dia membawa matanya ke bawah.

"Sejak Rudy sentiasa dengan kamu, kamu tidak lagi rasa kehadiran mereka." Jeneral Rama menyambung kata Iman yang terhenti itu.

Mata Iman dipejam rapat. Hakikatnya, benar. Rudy buat dia rasa dilindungi. Patutlah mana-mana dia pergi Rudy ada. 

Iman menghelakan nafas kasar. Jadi betullah telahannya selama.ini. Memang sejak awal lagi dialah puncanya. Dialah penyebab Rudy amnesia pada awal cerita lagi.

Lelaki yang langsung tidak dikenali Iman telah menyimpan dendam terhadapnya. Dan malangnya kerana dia, kawannya, Rudy pula yang telah menjadi mangsa sedangkan dia sedikit pun tidak terluka apa.

Iman menarik nafas dalam sambil memejamkan matanya. Seketika, dia teringat pula nama yang digumam Rudy di kafe tadi. Martin.

Kain Rudy yang diikat pada pergelangan tangannya diusik dan dipandang sayu. Dia kepalanya kian ligat bermain pelbagai persoalan tapi cuma satu saja yang menarik perhatian Iman. Rudy... awak dah sembuh ke?

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now