Bab 31: Tukar [EDITED]

597 73 46
                                    

"MMPH... mmph!"

Iman meronta sekuat hati. Tangannya menolak-nolak lengan yang secara haram memegang dan menekupnya dia tanpa izin.

Banyak kali Iman cuba meloloskan diri, namun tubuhnya seakan disekat. Pergerakannya terhad.

Oleh kerana tubuh Iman agak kecil, mudah saja Rudy mengunci geraknya. Kudrat Iman jika hendak dibandingkan dengannya, memang takda harapanlah.

Tapi entah mana silapnya,  dada Rudy di'wushu' ganas dengan siku Iman.

"Ehm!" Keras tubuh lelaki itu sebaik menerima pukulan tak beramaran Iman. Dia mengacip rahangnya, cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi. Tertunduk dia.

Ya Allahurabbi, ini perempuan ke kuda? Kuat gila!

Tak mahu berlengah, Rudy pantas menarik tubuh Iman. Dia paksa juga gadis itu mengikutnya tanpa rela. Rasa sakit pada dada, ditahan.

"Shh! Ni akulah." Keras Rudy berbisik Rudy di telinga Iman.

Demi saja ayat itu terlucur, Rudy merasakan tubuh Iman tidak lagi sekeras tadi. Gadis itu juga sudah berhenti melawan.

Rudy menghelakan nafas lega. Sehabis baik dia cuba menahan amarah. Tak cukup jadikan badan dia sebagai bantal landing tadi, disikunya pula.

Rudy menjengahkan sedikit kepalanya di balik dinding. Ingin melihat sekiranya Coda sudah pergi atau belum. Setelah yakin dia yang mereka sudah kehilangan apek cina itu, Rudy segera menurunkan tangannya.

Nafas lega dihela. Mujur dia sempat tarik Iman sebelum Coda perasan tadi. Budak ni memang nak kena tau. Suka hati je keluar.

Seketika, Rudy terasa tangannya berat dipegang seseorang. Dia melihat Iman masih belum melepaskan tangannya.

Kening Rudy ternaik hairan. Dah kenapa kau?

"Kau pegang aku lagi apahal? Lepaslah," kata Rudy biasa namun kedengaran agak kasar.

Membulat mata Iman dek terkejut.

"Maaf!" Iman pantas menarik tangannya semula. Dia mula menggigit bibirnya sendiri.

Ya, Tuhan... Iman! Ayah tak pernah ajar jadi penakut, tau. Mengada!

Iman mengutuk diri sendiri. Tapi sungguh dia takut sangat tadi. Fikirnya siapalah yang main tekup dia macam nak menculik. Rudy ni pun, tak payahlah sampai nak tekup bagai. Seramlah. Paranoid dia.

"Iman."

Iman pantas berkalih tika namanya dipanggil.

"Kau datang sini dengan mentor, kan?" soal Rudy ingin kepastian.

Iman sekadar mengangguk perlahan.

"Mana diorang?"

Rudy melihat Iman menarik nafas perlahan. Tegang wajahnya mendengar Ejen Leon bersama Ali dan Alicia sudah tercedera. Apa yang ambil masa lama sangat?

Kalau Ejen Geetha tu logiklah juga sebab sedang berurusan dengan Dato' Mikael yang dah pengsan ditembak. Pasti banyak darah yang dia sudah kehilangan sekarang.

Rudy merengus halus. Wajahnya diraup kasar dan mata terkatup rapat. Naifnya dia menyangka garinya saja sudah cukup untuk jatuhkan Coda.

"Kepantasan menyelinap dan skil lawan kamu tak cukup bagus!"

Wajah Rudy berubah drastik. Memori dia bersama Ejen Rizwan dulu kini terlayar di benak jemala.

Teringat pula dia dengan kelas latihannya bersama ejen senior yang sepuluh kali ganda lebih beku darinya itu.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now