"IMAN! Tolong adik kamu ni cari barang dia kejap!" laung Umi dari dapur.
"Baik, Umi!" sahut Iman, bingkas bangun dari sofa ruang tamu dan meluru ke bilik adiknya.
"Kenapa ni?" tanya Iman sebaik sahaja dia muncul di hadapan pintu. Kelihatan seperti adiknya sedang sibuk menyelongkar semua rak dan bajunya.
Terbuntang luas biji mata Iman. Wau, bila anak jantan mencari barang be like... dah macam sarang tebuan. Ni agaknya mengambil masa satu hari kot nak mengemas.
"Tolong adik cari stoking," pinta adik Iman tanpa sedikitpun memandang kakaknya. Tangannya lincah menyelongkar mencari sepasang stoking.
"Stoking pon mintak orang cari, ke?" perli Iman tertawa di hujung kata sebelum masuk ke dalam bilik bersepah adiknya itu.
"Ala tolonglah, adik dah lambat ni," jawabnya dalam nada marah. Sikit pun tak tergeli dengan lawak kakaknya itu. Orang dah lambat nak pergi latihan, boleh pula dia main perli-perli.
Stoking ni pun satulah. Elok je tadi aku letak atas katil, mana pergi pulak ni? Tak akan ada toyol kot kat rumah ni? Gertus hatinya.
Iman menjuling ke atas. "Hmm yalah, yalah."
Belum sempat Iman ingin memulakan pencariannya, sepasang stoking terselit elok di atas meja belajar milik adiknya.
Iman terseringai, lalu terus bercekak pinggang. Dia memandang adiknya yang masih tertunduk dan membongkok.
"Kamu ni cari pakai mata ke pakai hidung? Tu stoking atas meja tu tak akan tak nampak?" kata Iman, memuncungkan bibirnya.
"Haa?" Kepalanya lantas diangkat dan menuju ke meja belajarnya. Membulat luas matanya melihat stoking yang dikata Kak Imannya tadi benar-benar berada di situ.
"Eh? tadi tak ada pon kat sini." Adiknya berkata sambil menyambar stoking itu lalu terus memakainya.
"Haa itulah, lain kali cari dengan penuh kesabaran bukan kemarahan. Faham?" sindir Iman sambil tersenyum sinis.
Adiknya sekadar menjuling ke atas.
"Apa-apa jelah, kak. Thank you, by the way. Bye, assalamualaikum," ucap adiknya, laju melangkah keluar dari bilik.
"Waalaikumussalam," balas Iman. Dia menghelakan nafas perlahan seraya menggeleng kepala. Macam-macam budak ni.
Iman kembali menapak ke ruang tamu semula untuk menyambung kdramanya yang terhenti. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa sebelum mencapai remote di sebelah.
Ttokk! Ttokk! Ttokk!
Terseringai Iman langsung memalingkan kepalanya memandang pintu rumah. Aku baru duduk kot. Keluh Iman dalam hati. Dia dengan malasnya, bangun melangkah ke pintu.
Tombol pintu dicapai Iman, lalu dipulasnya. Belum sempat pun daun pintu itu dikuak, Iman sudah merasakan ada daya lain pula yang menolak kuat pintu tersebut.
"Warghhh!" jerit Iman tertolak ke belakang.
"Kak! Sorry, kak. Wallet adik tertinggal!" Laju sahaja adik Iman berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke kamarnya.
Iman mengetap giginya geram.
"Bertuah punya budak... kunci rumah mana?" bentaknya, masih memegang pada tombol pintu.
Mujur dia sempat memaut pada tombol pintu ini. Kalau tidak, sudah lama dia terjatuh menyembah bumi. Iman merengus, geram.
Selang beberapa saat, adiknya berlari keluar semula dari bilik sambil menyelukkan dompet ke dalam poket.
YOU ARE READING
ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESS
Fanfiction[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Status: Hiatus (Re-writing) Illustrations: All Rights to the Artists Banners: @arryannarose and @imyrlilies Words: 100k - ×××××× ...