Rudy mendesis kuat. Dia hampir menarik tangannya jauh daripada Iman tatkala kekuranya yang terluka menyentuh kapas yang lembab dengan antiseptik.
Pantas Iman mengangkat kepala. Dapat dia lihat dahi Rudy semakin berlapis menahan sakit.
"Maaf..." pohon gadis itu perlahan.
Mereka kini sudah tiba di Akademi dan berada di infirmary. Sepanjang perjalanan ke sini agak sukar. Namun syukur juga kerana selamat sampai.
Rudy menghela nafas perlahan tika Iman meminta maaf. Tak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana maka dia hanya membisu.
Sesekali dia akan mendengus lagi tika Iman sambung membersihkan lukanya. Dan setiap kali itu juga Iman akan mengangkat kepala.
Rudy cuba untuk beriak tenang seakan tindakan kecil Iman yang berusaha untuk berhati-hati itu tidak memberi apa-apa kesan pada hati adamnya. Diingatkan pada diri bahawa itu hanyalah sifat lembut semula jadi Iman yang tidak mempunyai apa-apa makna.
Kerana dia bukanlah sesiapa. Dia yang pernah melukakan hati kecil hawa itu tak layak untuk berangan istimewa.
Perut Rudy memulas dengan perasaan yang menjerat dari hati ke kepala.
Kenapa Iman?
Kepala Rudy kusut memikirkan sebab akan takdir yang berselirat ini. Dalam-dalam ramai-ramai orang, mengapa perlu Iman? Mengapa perlu dia yang datang menolong?
Hina seorang hamba jika mempersoalkan takdir. Dan Rudy sedar. Namun hati kecilnya yang kerdil dan tak berdaya itu masih mendambakan jawapan. Tak perlu banyak. Cukup sekadar melegakan keserabutan jiwa.
"Kenapa ibu jari awak..."
Rudy tersentak, tersedar dari lamunan tika suara Iman memukul gegendang telinga. Matanya terus membulat untuk sesaat. Tanpa membenarkan Iman menghabiskan soalan, dia pantas menarik tangannya.
Jantung Rudy berdetak laju. Sungguh dia lupa pasal keadaan ibu jarinya. Liur Rudy diteguk tanpa sedar. Tidak sedar tindakan drastiknya telah menyebabkan hati Iman sedikit terguris. Sesaat selepas itu, baru Rudy sedar dia terlampau gelabah.
Rudy memandang Iman yang cuba mengawal ekspresinya agar tidak nampak terlalu tersinggung. Jantung Rudy sekali lagi berdetak. Rasanya lebih tersepit dan sesak.
"Takda apa." Rudy menjawab tanpa nada, cuba berlagak tenang. Berlagak tidak perasan dengan reaksi Iman. Dia tak boleh tunjuk rasa bersalahnya. Dia takda hak. Kerana Iman tak sepatutnya tolongnya di waktu-waktu begini.
Persona beku Rudy yang dipasang itu berjaya membuatkan sukma hawa tersebut meluruh. Biarpun sudah lama Iman cuba membantu Rudy, lelaki itu masih tak mahu dia mendekati.
Degil. Itulah apa yang dapat Iman simpulkan di balik hatinya yang luka bercampur geram. Mengada dan tak guna. Sekali hati terkilan Iman mengutuk Rudy.
Dia menarik nafas perlahan, cuba juga untuk bertenang. Dan Iman mengambil satu bandage roll dari sisinya yang dia sediakan tadi.
"Aku boleh buat sendiri." Rudy berkata, cuba mencapai pembalut tersebut.
Namun Iman laju sekali melarikannya dan untuk pertama kali di infirmary itu, mata mereka bersabung. Terus jantung Iman berdegup kencang tanpa dia mahu. Dia melihat mata Rudy yang kelihatan turut sama terkedu.
"Saya kan ada," kata gadis itu, tanpa sedar.
Terhenti nafas Rudy semerta. Semakin galak pula jantungnya berombak. Namun cepat-cepat dia menyangkal perasaannya. Wajah tanpa riak dipasang.
"Kalau kau rasa ini kali pertama aku luka macam ni..."
Iman membeku sebaik mendengar suara perlahan Rudy. Dia diam melihat lelaki itu sekali lagi cuba mencapai bandage roll dari tangannya dengan tenang. Dan kali ini Iman tidak melawan.
YOU ARE READING
ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESS
Фанфик[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Status: Hiatus (Re-writing) Illustrations: All Rights to the Artists Banners: @arryannarose and @imyrlilies Words: 100k - ×××××× ...