Bab 16: Batas [EDITING]

863 128 16
                                    

[ON MAJOR EDITING PROCESS 16-20]

 

 

RUDY berjalan di koridor sekolahnya. Dia mengatur langkah ke kelasnya dengan hati yang panas mendidih.

Sedari tadi lagi, tangannya mengepal penumbuk dan mendengus kasar. Kalau diikutkan hatinya yang panas mendidih, nak aje dia melempar buku ini ke bawah.

Sehabis baik sudah dia cuba untuk bertenang. Dunia sekarang ni memang dah akhir zaman!

Rudy baru sahaja keluar dari kelas pendidikan moralnya bersama beberapa pelajar kelas lain yang berbangsa cina dan india.

Cikgu kelas moralnya pakai aje tudung. Tutup aje aurat. Tapi batas tak jaga! Tak habis-habis nak main mata dengannya. Sengaja membuat physical touch yang kononnya berlaku secara tak sengaja. Cikgu tu tak sedar ke yang dia tu guru dan Rudy pula ni anak murid.

'Huh, aku ni tak ada la baik mana. Tapi aku pun bukanlah jahat jugak. Benda-benda macam tu, pikir aku main ke? Ey, aku pun ada taste la.' gertak hati Rudy.

Rudy berjalan hampir tiba ke kelasnya. Dia pernah baca beberapa kes mengenai anak murid mengorat cikgu praktikalnya dan buat perkara yang tak senonoh.

Well, guess what! Dia punya kes reverse! Cikgu pula yang mengorat anak murid. Rudy mengeluh sambil mengurut batang hidungnya lembut.

Entahlah, kadang-kadang dia rasa macam nak berhenti sekolah. Duduk aje dekat akademi tu macam sebelum ni. Hati senang, jiwa pun tenang.

Tapi macam mana pula dengan Iman? Rudy mengeluh lagi sambil menyasar rambutnya ke belakang.

Tak apa la, Rudy. Sekejap aje. Lepas M.A.T.A. dah dapat tangkap si Martin gila tu, kau hiduplah dengan aman semula.

Pap!

"HARAM!"

Langkah Rudy terhenti tiba-tiba. Bahunya juga terhinjut ke atas akibat terkejut dengan bunyi tamparan kuat yang datang dari kelas... dia sendiri?

Hampir gugur jantung Rudy dibuatnya. Dia meneguk air liurnya takut lalu mengurut dadanya yang berdebar. Apahal pulak dengan cikgu ni? Garangnya.

"Berapa kali saya nak kena ingatkan?" soal cikgu tersebut dengan lantangnya.

Rudy mengintai ke dalam kelasnya di balik pintu belakang. Kelihatan seperti seorang cikgu yang kecil tubuhnya sedang berdiri di hadapan kelasnya. Jubahnya berwarna maroon dan tudungnya juga labuh.

Uish, Ariani. Kayos.

Daripada cara cikgu ini berpakaian aje pun Rudy sudah boleh agak, dia merupakan guru subjek Pendidikan Islam.

Tak silap Rudy, kalau guru yang mengajar subjuk agama islam, dipanggil ustaz atau ustazah.

"Ikhtilat jaga, ikhtilat jaga!" kata ustazah itu, mengulangi perkataannya.

Matanya jelas menunjukkan api kemarahan dan kekecewaan. Dengan apa? Rudy sendiri pun tak tahu. Dia perhatikan sahaja mereka semua di balik pintu belakang kelasnya.

Tengok ustazah yang dah naik rimau, tak beranilah Rudy nak masuk ke dalam. Lagipun, bukan subjek diorang dah habis ke? Sekarang ni patutnya waktu Bahasa Inggeris, kan?

"Macam mana orang lain tak hina agama kita kalau kita sendiri pun buat bodoh aje pasal hukum?" lenting ustazah itu lagi menyeringai. Dadanya turun naik menahan marah.

Rudy mengintai lagi ke dalam. Selang beberapa saat, baru dia sedar satu kelasnya sekarang ni membisu. Bunyi yang dia dengar hanyalah suara ustazah dan bunyi angin kipas yang berpusing je. Fuh, bukan kaleng-kaleng.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now