Bab 24: Feelings [EDITED]

912 118 129
                                    

"KAU dengar tak apa aku cakap tadi?"

Rudy berdecit kecil. Sedikit menyampah.

"Apa benda?"

Jet mengeluh kasar. Kurang asam sungguh.

"Aku cakap... since kau pun dah muslim, jomlah kita berjemaah sama-sama malam ni," cadangnya sekali lagi.

Ceh, itu je? Rudy mengangguk sekali dan membalas 'okey'.

Kening Jet bertaut rapat. Kenapa dia rasa lain sungguh dengan kawannya ini?

"Kau ni kenapa? Kau pandang apa?" soal Jet bertubi. Hairan dia dengan gelagat rakannya. Lehernya juga turut dipanjangkan meliar ke seluruh sudut.

Bukan dia tak perasan tangan Rudy. Daripada tadi lagi terkepal-kepal macam tengah marah. Kalau bukan sebab sut ejen itu, nampak sudah segala urat berjaluran. Apahal? Kau nampak jebon ke?

"Takda apalah," jawab Rudy mengawal reaksinya.

Jet menayangkan muka sebalnya. Seperti biasa dia memang tak pernah percaya dengan Rudy. Walaupun Rudy memang pandai menipu tapi mereka sudah lama berkawan.

Jet memanjangkan lehernya lagi mencari sesuatu atau lebih tepat lagi seseorang. Jumpa saja dia dengan 'orang' itu, Jet terhenti seketika. Oh... ini ke sebabnya? Ini bukan apa tapi siapa.

Mata Jet dibawa memandang Rudy. Bibirnya tanpa dipaksa mengulum senyum penuh makna. Oh, kawanku...

"Kau pandang Iman, eh?"

"Kalau aku pandang dia pun, kenapa?" Rudy berkata tanpa sedar dan lantas dia terpempan. Kejap, apa?

Jet agak terkejut dengan jawapan yang diberi kawannya itu. Cara Rudy menjawab lain betul nadanya. Macam cemburu bercampur marah aje. Selalunya kalau Rudy yang 'sebenar' dia akan palau aje. Paling geram pun jeling.

Belum pernah Jet melihat sisi kawannya yang... rapuh? Tak, tak bukan. Gelabah! Kawan kita ini dah gelabah. Rudy sebenarnya cemburu dengan Chris dan dia tak tahu nak buat apa dengan perasaannya itu.

Jet menepuk dahinya secara mental dan tergelak serupa orang gila dari dalam. Oh, my friend. Nampaknya anda begitu 'baru' dengan hal perasaan menggebu ini. Takpo, takpo. Abe Jet ado.

Jet tersenyum meleret sambil memandang Rudy. Kepalanya ditongkat pada kepala sofa ruang legar akademi itu.

Berkerut dahi Rudy melihat kawannya yang sudah bertukar biul. Apahal gila?

"Kenapa kau pandang dia?" soal Jet buat-buat tak tahu.

Rudy membisu. Matanya ditala ke setiap ruang legar ini. Waktu-waktu begini dia tak mahu membuka mulutnya, kerana Rudy tahu otaknya takkan mampu berfikir secara rasional.

Sekali lagi Rudy menggerakkan bibirnya, pasti hilang segala apa yang dia panggil maruah. Entah sejak bila dia reti menggelabah pun tak tahu.

Melihat Rudy yang dah serupa cacing kepanasan, Jet tergelak dalam hati. Peluang!

Jet berdecit dan buat-buat pening. Pelipisnya dipicit perlahan-lahan. Rudy mengerling saja Jet penuh sebal. Minta penampar sungguh la...

"Haih... aku tak pahamlah kau ni. Awal-awal haritu aku ajak kau jumpa Iman bukan main lagi kau marah aku. Ego, cakap perlukan masa la. Sekarang, kau tengok. Mata tu asyik nak perhati je, macam mana ni?" ujarnya menahan diri dari tertawa.

Panas rasa telinga Rudy dek menahan malu. Dia menarik nafas dalam cuba menenangkan jantungnya. Terasa bagai dicarik pula hati ini.

Memang Rudy tak nafikan apa yang Jet cakap tadi itu benar belaka. Tapi perlu ke ungkit? Sepak kang.

Melihat muka Rudy yang sudah berona merah, ketawa Jet terus meletus.

"Mengaku je la, weh. Kita sama-sama lelaki, jadi aku tahulah pandangan tu macam mana. Berbeza. Kau sebenarnya dah syok kat dia, kan?" soal Jet terus tanpa selindung. Inilah namanya go straight no kona-kona.

Rudy diam mengetap rahang. Bahang betul rasa segenap mukanya. Nafasnya cuba dikawal sebaik mungkin.

Marah? Mungkin. Malu? Mungkin. Menyampah? Sudah tentu! Rudy rasa nak gari saja Jet dan gantung di siling akademi.

"Dah la weh tak payah la nak menipu. Telinga kau pun dah merah teruk dah tu." Ketawa kecil Roza di akhir kata turut sama tumpang sekaki.

Makin puas hatinya melihat mata Rudy yang sudah terbuntang. Balasan! Disebabkan kau hampir bagitahu Jet pasal perasaan aku tadi, inilah makannya. Tak guna kau, rambut durian.

"Chris!" laung Jet tiba-tiba.

Nafas Rudy terhenti semerta. Dah apa pula pakcik getah ni nak buat sekarang.

"Gapo dio?" sahutnya dari jauh.

"Sini kejap!" pinta Jet pula. Dia lantas berkalih memandang Rudy semula sebaik Chris sudah melangkah mendekati mereka.

"Haa, Iman dah duduk sorang-sorang tu. Pergilah kat dia," suruhnya sambil menolak bahu Rudy.

"Kau gila?" Rudy menepis tangan Jet.

"Pergi je la. Aku ada benda nak cakap dengan Chris," paksa Jet, memberi alasan yang tidak logik.

"Kau yang nak cakap dengan dia, apa kaitannya dengan aku?" dengus Rudy tetap juga tak berganjak. Macamlah dia tak tahu taktik murahan pakcik ni.

"Kau temanlah Iman dulu sementara aku bercakap dengan Chris kat sini," pujuk Jet lagi.

Namun seperti yang disangka, Rudy tetap juga berkeras. Rudy tak mahu atau lebih tepat, Rudy ego. Jet mendengus halus. Apa ke payah sangat landak ni? Orang nak tolong pun tak nak.

Kadang Jet sendiri pun tak faham dengan spesiesnya. Dah suka tu buatlah cara suka. Ini tidak, jeling dari jauh dengan tangan terkepal-kepal. 

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now