Bab 18: Dia [EDITING]

993 129 44
                                    

"ADIK janganlah pergi mana-mana," seorang lelaki mengunci pergerakan gadis yang berdiri dihadapannya.

Sempat dia menarik kasar lengan adik ini tadi, bawa masuk ke dalam lorong yang terpencil. Pedih juga tangan dia lepas kena gigit dengan perempuan ni tadi. Tapi dia tak kisah. Ala gigit-gigit manja je. Nanti giliran dia pulak yang menggigit.

"Kau nak buat apa dengan aku?!" soal gadis itu, hampir cecah satu oktaf. Dia takut dan marah. Tapi rasa takutnya lebih menguasai. Takut dengan tindakan drastik lelaki dihadapannya ini. Tangan dan kakinya menggeletar kuat.

Pandangan matanya sahaja sudah cukup menyeramkan. Mata yang penuh dengan hawa nafsu. Dia tak suka. Dia suka dengan apa yang dia rasa tika ini. Takut. Tak selamat. Bakal disakiti. Bakal digadai. Bakal kehilangan segalanya.

"Nak kenal-kenal je," jawabnya, sedikit pun tidak gentar. Dia tersenyum nakal penuh kesetanan. Dasar anak syaitan.

"Jangan dekat!" tempiknya, melihat jarak mereka yang semakin kecil. Jantung usah cakap lagi, memang laju habis.

"Aii... sombongnya," dia melentokkan suaranya, cuba untuk mengusap lengan gadis tersebut yang terdedah.

"Jangan sentuh akulah, bodoh!" gadis itu menampar kuat lelaki yang ingin merampas makhkotanya. Terteleng sebentar kepalanya ke tepi.

Lelaki itu nampaknya sedang memperbetulkan rahangnya. Dia menyentuh pipinya yang ditampar gadis tadi. Kemudian, dia tersenyum pula penuh makna.

"Wah.. ganasnya.. abang suka," bisiknya penuh rasa bangkit. Silap besar kau tampar aku perempuan. Tindakan itu telah membuatkan nafsunya semakin membuak.

Dia mendekatkan dirinya dan melekapkan lengan tangannya pada dinding, mengunci pergerakan gadis itu. Nafas kasar gadis itu yang menyapa lembut lehernya, membuatkan nafsunya meluap-luap.

Lama sudah dia perhatikan 'rezeki' depan mata. Kalau dah orang belanja, takkan kita nak menolak, kan? Dia mencium bau rambut gadis itu yang tertutup dengan tudung. Erm.. lavender. I like. Dapat juga dia rasakan ketaran tubuh dan esakan daripada gadis itu, tapi dia buat tak tahu.

"Jangan sentuh aku.." dia menggumam perlahan apabila pipinya diusap dengan lelaki binatang ini.

"Kejap je." bisiknya betul-betul ditelinga gadis itu. Sebelum tangannya merayap ke seluruh tubuh anak dara itu.

Eyh, bodoh! Kat lorong jijik tu jugak kau nak 'membuat'.

Bush!!

(A/N: Okay start sini, korang dah selamat hahaha. Happy reading, my kesayangan. Kentalkanlah hati anda huehuehue. If it's cliche instead of sad, then I'm truly sorry 😞💔 I've tried my best 🙃)

Belum sempat tangannya melakukan 'tugas', satu tumbukan padu hinggap dipipi belah kirinya yang membuatkan dia jatuh tersungkur di atas tanah lorong yang jijik itu.

Gadis yang berdiri bersandar pada dinding itu terkejut besar. Esakannya terus sahaja terhenti. Genggaman tangannya pula dibawa ke dada. Tak putus-putus dia mengucapkan rasa syukur di dalam hati.

"What the fck?!" dia menoleh kebelakang, memegang pipinya yang ditumbuk tiba-tiba.

Dapat pula dia rasakan cecair pekat mengalir dibibirnya. Dia mencalit sedikit jarinya pada hujung bibirnya. Terbeliak biji matanya, terkejut. Darah?!

"Kena tumbuk macam tu pun terus lembik ke, bang?"

Dia memanggung kepalanya semula memandang manusia yang mengacau urusannya tadi. Merah matanya menahan marah.

Muka dia pula.. hurm cam lepas kau dapat tahu adik kau curi ramen kau senyap-senyap pastu makan sampai licin berkilat. Haa, centulah muka dia. Bayang ah sendiri.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now