Bab 9: Makmal

1.1K 142 31
                                    

"AWAK... buat apa kat sini?" soal Iman, tercungap-cungap mengumpul nafas dek kerana penat berlari buat masa yang agak lama.

Bukanlah lama mana pun lebih kurang 5 minit macam itu sahaja. Tapi kalau dah berlari laju macam ribut lamalah tu. Tambah pula dengan beban buku yang berganda beratnya memang pancitlah Iman.

"Kau tak nampak ke?"

Soalan dibalas soalan. Dingin sahaja jawapan yang diberikan.

Iman merengus, geram. "Tapi kenapa kat sini?" tanyanya lagi, lebih tegas. Boleh sakit jiwa kalau terus macam ni.

"Sebab nurseroom yang kau suggest tu tak best," jawabnya, menekan ayat terakhir. Lengan tangan kanannya dijadikan bantal manakala yang lagi satu pula diletakkan di atas dada.

"Haa?" ternganga mulut Iman mendengarnya.

Bilik jururawat sekolah ni tak best? Habis dia tidur dekat tengah panas atas kerusi batu berbantalkan lengan tu best la? Iman mengurung batang hidungnya lembut sambil menarik nafasnya dalam.

"Rudy..." keluh Iman. Tak tahu dia nak cakap apa dengan kawannya ini. Itu tak kena, ini tak kena, semua benda tak kena!

Rudy berdecit, membetulkan posisinya daripada baring ke duduk. "Kau tak payah nak salahkan aku. Sebab kaulah aku demam, kau tau tak?" marahnya, menunding jari ke arah Iman.

Dia membetulkan rambutnya yang kusut dan bajunya yang dah tak berupa baju. Dia mendengus, tak puas hati. Tak jadi dia nak tidur tengah hari rambang ni. Asyik kena kacau je.

Tadi masa dekat nurseroom, ada seorang akak ni tak habis-habis datang nak jenguk dia. Setiap 5 minit mesti datang nak check suhu badan. Aku dah cakap aku sakit kepala je, bukan demam! Demam tu semalam punya cerita. Gertus hati Rudy.

Akibat tak tahan dengan peragai akak yang entah siapa tu, Rudy mengambil keputusan untuk keluar sahaja dari nurseroom tersebut dan mencari tempat yang lebih sunyi untuk berehat.

Dapat juga dia tidur dengan aman, sehinggalah Iman datang dan merosakkan kebahagiaan. Mana-mana pergi pun mesti ada sahaja yang hendak mengacau. Huh!

Iman mencebik. "Ya, saya tau. Tak payahlah nak ingatkan," akunya.

Iman menjuling ke atas. Benda lama pun nak ungkit ke? Manalah dia nak tahu air yang dia simbah dekat Rudy sampai basah lencun haritu tu, air hujan.

Nampak sangat badan tu banyak kuman. Baru kena air hujan sebaldi dah demam. Haa, padanlah muka. Pintu depan ada, pintu belakang jugak nak pakai. Hish!

Iman mengipas dirinya, panas. Dia melihat ada ruang kosong di atas bangku yang diduduk Rudy. "Nak duduk boleh?" soalnya, meminta izin.

"Duduk jelah," jawab Rudy mengerling Iman sekilas.

Dapat sahaja kebenaran, Iman langsung melabuhkan punggungnya. Haaaa, letihnya!

Rudy yang mula merasakan jaraknya dengan Iman semakin rapat, mengesot sedikit ke tepi. Dia bukan tak suka dengan Iman, tapi entah kenapa kalau dia rapat sedikit sahaja dengan gadis ini jantungnya akan terus memain peranan.

Seperti semalam masa dia tegur Iman. Dia tak tahu kenapa, tapi dia rasa nak jumpa Iman. Dapat tahu sahaja Iman datang, Rudy rasa gembira namun lepas sedari Iman sahaja perempuan di dalam rumah itu, dia jadi marah tiba-tiba.

Rudy sendiri pun tak faham dengan dirinya. Setiap kali dengan Iman, mesti dia akan hanya rasa benda sama. Gembira dan tenang. Iman buat dia rasa selesa.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" soal Iman tiba-tiba, mengejutkan Rudy daripada lamunan.

Rudy tersentak. Kejap, aku pandang dia ke? Otak Rudy seakan terhenti buat seketika. Dia secara mentalnya, mengetuk diri sendiri berkali-kali. What is wrong with me? Gila dah ke?

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now