DÉJÀ vu dan Jamais vu.
Kedua-dua mereka sama dari pelbagai rupa.
Kehadiran mereka sering mengelirukan diri. Kedatangannya juga ke tangkai hati langsung tidak disenangi. Lalu, mencipta implikasi yang tidak terjangka dek akal manusiawi.
Kedua-duanya kian memberi impak yang serupa. Namun maksud disebalik sepenuhnya berbeza.
Dan déjà vu semestinya istilah yang tidak menggambarkan situasi dan perasaannya kini.
Dalam detik berganti saat, saat ditelan minit.
Bergeming masing-masing di celahan hening. Jiwanya sang hawa seakan terasa alam sengaja menambahkan lagi ketegangan di antara mereka dua insan.
"Kau buat apa sini?"
Demi soalan itu melaga lapisan gegendang telinga, lidah bertindak mengelu seperti dipinta dan tanpa disangka. Dingin saja kedengaran nada itu. Tidak menjerit juga tidak berbisik. Cuma mendatar.
Lengannya yang ditepis kasar itu dipegang. Kekal matanya menakur lantai bersama benak yang giat dengan persoalan tak terungkap.
Jantungnya kian berombak ganas membentuk koheren baharu di mana gelombang yang tercipta menderaskan lagi aliran darah ke setiap saraf yang ada.
Bertambah gugup lagi pabila rerama yang tak terjemput, hadir memenuhi ruangan perut lalu berdansa sesuka mereka. Sungguh seisi dirinya tahu akan rasa yang berjalaran ke dinding hati.
Namun tidak pula jiwa mengenali. Semuanya terasa asing sekali. Perasaan takut, bimbang, cemas dan keliru bermain dalam satu lagu.
"Asal kau datang?" soal Rudy lagi setelah lama membisu.
Iman meneguk liurnya, tanpa sedar telah menggenggam lengan sendiri. Kerana gentar, seinci pun wajahnya tidak berpaling memandang Rudy. Dari suara saja, sudah dia tahu bagaimana tikaman iris yang dipanah lelaki itu.
Iman mengetap bibirnya lalu digigit nipis. Apa maksud awak?
"Aku dah cakap duduk dekat akademi je, kan?"
Iman terkedu. Hati kecilnya bertambah keliru. Rudy masih fikir pasal benda tu? Sedar setelah 14 hari terlantar, itu yang difikir?
"Apa yang kau susah sangat nak faham? Apa yang aku cakap benda senang. Itu pun payah ke?" Rudy bertanya dalam nada retorik.
Kekal retinanya mencerlung siluet Iman penuh tegang. Ruang yang gelap dan hanya berbekalkan cahaya dari pintu, menyukarkan pandangannya untuk melihat gadis itu dengan sempurna.
Iman menggigit isi pipinya pula. Hatinya tahu apa yang sedang berlaku tika ini. Rudy mungkin sedang marahkan dia. Tak... bukan mungkin tapi memang. Memang Rudy tengah marahkan dia sekarang ini.
"Sa... saya minta maaf." Dalam sekat Iman memberanikan diri melafaz kata sesal biarpun wajah Rudy langsung tidak dipandangnya.
"Ohh... maaf." Rudy tergelak sinis dan terangguk kecil. Dan itu lebih mengecutkan lagi hati Iman.
"Senang kau cakap, kan? Aku yang kena tembak," kata lelaki sengaja menukar lentokkan nada.
Semakin erat lengan Iman digenggam. Tersentap.
Bukan itu niat saya.
"Kerja kau memang selalu nak hantar aku masuk hospital ke apa? Memang tu je ke benda yang kau tahu?"
Pedas sekali sindiran itu melantun ke halwa. Dahi Iman berkerut dalam takut. Hairan menyinggah tangkai hati.
Selalu hantar awak masuk hospital? Awak nak cakap awak dah sembuh dari amnesia ke? Bisik naluri hawanya.
YOU ARE READING
ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESS
Fanfiction[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Status: Hiatus (Re-writing) Illustrations: All Rights to the Artists Banners: @arryannarose and @imyrlilies Words: 100k - ×××××× ...