MASING-masing tergamam melihat air mata Suria yang tiba-tiba sahaja mengalir. Mata Suria benar-benar berkaca. Mukanya pula merah padam. Mereka boleh nampak dengan jelas dada Suria yang turun naik kerana marah.
"Suria..." Iman mengusap lembut lengan Suria, cuba untuk menenangkan sahabatnya.
Iman tahu sebab utama, kenapa Suria marah sangat. Ayahnya mualaf. Ya, Suria merupakan seorang anak mualaf dan kacukan philippines-malaysian.
Sedih Suria selepas mengetahui ayahnya dibuang keluarga. Patutlah dia tak pernah ke philippines, bumi kelahiran ayahnya. Sangkanya kerana ayahnya terlalu sibuk tapi rupanya atas sebab lain. Keluarga ayahnya memang dah tak terima langsung mereka sejak 20 tahun yang lepas.
Bila ditelefon ingin bertanyakan khabar, langsung tak diangkat. Bayangkan tak dapat jumpa family selama dua dekad berturut-turut. Tapi sedikit pun ayahnya tak pernah mempersoalkan takdir, dia redha. Sebab dia tahu hidayah itu milik Allah. Allah hanya memberikan hidayah kepada makhluknya yang betul-betul mahukan kebenaran dan jawapan.
Memang betul redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Tapi kalau dah ibu bapa pun meredhai dosa anak-anak, takkanlah Allah pun nak redha sama? Selalu kita lupa fasal sifat Allah. Dia Maha Adil. Dia Maha Mengetahui.
"So kalau dia kafir pun apahal? Apa dia tegur kau tu benda tak elok ke?" suara Suria sudah tidak setegang tadi. Thanks to Iman, dia sudah tenang. Suria membiarkan sahaja Iman memeluk lengannya.
"Ta... tak ada la," katanya dengan gagap, akhirnya bersuara. "Dia cakap macam dia tu... bagus sangat. Padahal..."
"Padahal dia kafir?" potong Suria. Nasib baik Iman memegang lengannya. Kalau tidak, dah lama tapak tangan ni mendarat kat pipi anak ayam sekor ni.
"For your information la Neliana, bagi orang yang lahir dalam islam macam kau, kau lagi jahil dari dia," kata Suria pedas sekali, menekan perkataan jahil. Tak dapat tampar, dapat perli pun jadilah.
Dua sahabatnya itu memandang Suria tersentak. Sentap mungkin. Huh, terciduk kahmu, betina! Ish astaghfirullahalazdim, mulut aku nak kena cili ni. Suria... tenang Suria. Jangan diikut sangat syaitan kau tu.
Suria menarik nafas panjang sebelum dia sambung lagi. "Kau jangan terkejut ya, bila dekat akhirat nanti, dialah antara yang mendapat syafaat daripada rasulullah dan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab."
"Memang betul kita islam akan masuk syurga juga akhirnya selepas dihisab. Tapi soalannya dekat sini, sanggup ke kita nak menahan pedih api neraka?" soal Suria yang memang tiada siapa pun dapat jawab.
"Tapi eventually, kita masuk syurga jugak kan? Apa masalahnya?" Ana masih lagi tidak mahu mengalah. Dia berlawan sahaja kata Suria dengan apa yang dia tahu.
Suria menarik nafas dalam sambil memejam matanya. Allahu, Ana... dulu aku cakap kau bodoh kau tak nak percaya. Sekarang ni kau tengok, kau memang bodoh. Ada jugak yang mati dalam keadaan tak beriman ni kang.
"Kau ingat neraka ni api dia macam api tong gas dapur rumah kau tu ke?" soalan Ana dibalas dengan soalan perlian pedas Suria.
"Kau ingat kiraan waktu dekat akhirat dengan dunia sama?" soal Suria lagi setelah mendapat riak muka yang sama sahaja daripada Ana.
"Ramen yang pedas tu pon, kau menangis-nangis mintak air. Lagi mau cakap pasal neraka," perli Suria menjelingnya Ana atas bawah.
"Tak payah nak sembang pasal api neraka sangatlah kalau api dunia pun dah buat kau masuk ICU."
Nah, hambik kau. Koleksi perlian hot and spicy berganda Suria. Kau 'mencari', kau mati.
Muka Ana tak payah cakaplah. Hurm... sentap habis. Walaupun dia setuju dengan kata-kata Suria, tapi dia tetap mahu melawan. Entah, dia rasa macam bukan salah dia, dia jadi macam ni. Kan?
YOU ARE READING
ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESS
Fanfiction[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Status: Hiatus (Re-writing) Illustrations: All Rights to the Artists Banners: @arryannarose and @imyrlilies Words: 100k - ×××××× ...