Bab 25: Martin [EDITING]

765 117 48
                                    

"APAHAL tu?" Jet bermonolog sendiri. Berkerut seribu mukanya perhatikan Rudy dan Iman dari jauh.

Tadi bukan main bergelak ketawa, sekarang dah senyap? Gaduh ke? Hadoi la Rudy ni, sweet la sikit! Kayu betul. Kutuk Jet dalam hati.

"Belum habis lagi ke?" soal Roza yang sudah penat melihat Jet yang serupa spy.

"Belum." Jet menjawab sepatah.

"Tu, makanan kau bila nak habis?"

"Kau nak, kau ambik la." Mata Jet masih lagi tak teralih daripada memandang Rudy dan Iman.

Roza mendengus halus. Dia ni memang tau. Nanti bila dah start kelas mula la bising. Roza, aku laparlah. Roza, kau ada makanan tak? Roza, teman aku makan jom.

Roza, roza, roza. Aku tembak jetpack kau kang meletup baru kau tau! Huh, nasib special.

"Jet, minyak jetpack kau tumpah," tipu Roza dengan selamba.

"Apa!" Terbuntang luas mata Jet terkejut. Dia memusingkan kepalanya ingin memeriksa jetpacknya.

Jet seketika terjeda. Eh, kejap. Jetpack aku mana pakai minyak. Zaman sekarang semua azuriumlah.

"Roza ka... ehm!" kata Jet terpotong apabila Roza dengan pantas, menyumbat sudu ke dalam mulutnya.

"Haa, tau pun makan." Roza memerli sambil berpura-pura senyum.

Je mengunyah makanannya sambil menjeling Roza atas bawah. Minyak jetpack aku tumpah, eh? Banyaklah kau punya kona!

"Nak lagi tak?" soal Roza. Jet mengangguk pantas.

"Makan sendiri." Pinggan itu ditolak mendekati Jet.

"Laa... ingatkan nak suap." Jet sudah memuncungkan bibirnya ke depan. Dia membesarkan matanya memandang Roza.

Roza mengetap bibirnya. Air liurnya diteguk melihat muka Jet. Tak payah nak acah comellah, tumbuk kang!

"Tangan kau tu elok lagi, kan? Bukannya kudung, ada penyakit kusta ke apa. Makan sendiri," kata Roza, mengalihkan pandangannya. Whoaw, that eyes almost killed me!

Jet mencebik. Ish, ni lagi sorang. Tak sweet langsung. Macam T-rex je bunyi dia, rawr-za.

**********

"TAK ada apalah. Lupakan apa yang saya cakap tadi." Iman menggeleng perlahan sambil tersenyum pahit.

Tak akanlah dia nak minta Rudy jangan jadi macam dulu pula, kan? Macam melebih aje. Terpulanglah kalau Rudy masih nak berkawan dengan dia ataupun tidak. Iman sedar dia tiada hak.

Rudy mendengus halus. "No. Cakap apa yang awak fikir tadi. Aku nak dengar."

Ni yang Rudy tak suka ni. Dah cakap tu, cakap ajelah sampai habis. Dahlah mention pasal penyakitnya, amnesia. Siapa je tak suspen? Iman dah tak mahu berkawan dengan dia ke?

Iman menarik nafas dalam. Itulah siapa suruh buka cerita? Kan Rudy dah paksa.

Gadis itu tersenyum kecil dan kekal menunduk. "Tak ada la. Cuma dulu..."

Rudy menanti sambungan daripada Iman.

"Awak tak pernah cakap dengan saya." Iman menekan perkataan 'pernah' seraya mengangkat wajahnya, memandang Rudy.

Rudy tersentak. Seketika, dia mengalihkan matanya dan mengangguk kecil. "Oh... ya?"

Rudy secara mentalnya hendak menghentakkan sahaja kepalanya ke dinding. Apa benda kau ni! Mestilah kau tahu, kau dah ingat!

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now