Bab 30: Diari (GURAU)

758 78 68
                                    

"SO I'mma just end it here."

Ejen Leon pantas menembak lelaki bertubuh gempal itu. Betul kata Ejen Geetha, Ali dan Alicia memang ada di sini. Mentornya itu awal-awal lagi sudah berlari mencari Dato' Mikael setelah dia dapat tahu lelaki tersebut bukanlah Martin seperti yang disangka mereka.

Tanpa arahan sesiapa, kaki Iman pantas berlari di dalam rumah agam Dato' Mikael tersebut. Matanya melilau ke sekeliling mencari bayang kawannya.

BANG!

Prang!

Terhinjut bahu Iman ke atas akibat terkejut. Langkahnya terhenti dengan sendiri. Iman meneguk air liurnya. Dia cuba menenangkan jantungnya yang berombak turun naik.

"Gaargh!"

Iman pantas berkalih ke arah jeritan yang kuat itu. Itu suara Rudy. Dia pantas berlari mencari kawannya.

Dalam beberapa saat, dia sudah jumpa Rudy. Iman menayang wajah bengis. Dia lihat seorang lelaki bersama sepucuk pistol berdiri di hadapan kawannya yang terduduk dan bersandar pada dinding. Tangannya memegang luka di dahi.

Iman sudah membuka langkah wushunya. Seledang dartnya, digenggam kemas, sedia untuk melancarkan serangan. Namun sebaik saja dia ingin membuka langkah, lelaki itu berkata sesuatu.

"Wa ada anak."

Terhenti Iman seketika. Berkerut dahinya mendengar. Anak? Dah kenapa tiba cakap pasal anak ni?

"Anak wa banyak sama macam Maria, lu tahu. Bila sakit, dia tahan. Tak kasi tahu sama orang leh."

Dari cara bercakap, Iman sudah sedia maklum lelaki ini orang cina. Dan dia perasan nada lelaki cina ini juga sedikit dikendurkan. Macam sedih bercampur rindu pun ada.

Wajah Iman sudah tidak lagi setegang tadi. Selendangnya perlahan-lahan diturunkan ke bawah.

"Wa banyak sedih. Bapak mana tada sayang sama anak, ar? Semua sayang, lu tahu! Wa tak mahu buat semua ini."

Iman mengetap bibirnya. Dia mula rasa kasihan tapi dalam masa yang sama tak faham. Kepalanya kini sedang bermain dengan satu soalan. Apa jadi pada anak dia?

"Tapi lu, ar... haha lu memang suda bikin wa jadi setan betul, leh ini hari. Wa manyak panas leh!"

Jantung Iman tak semena-mena berdetak laju. Lantas dia menarik tubuhnya ke sebalik dinding, bimbang jika dirinya kelihatan.

Cara lelaki cina itu bercakap jelas menunjukkan yang emosinya tak stabil. Berbelit habis, tak serupa orang waras langsung. Tak ada lagi nada sayu tadi. Lelaki ini ada masalah emosi ke?

Air liur Iman diteguk. Dia dengar lelaki itu bercakap lagi. Serius Iman tak faham apa yang keluar dari mulut orang itu. Semuanya berbelit, pelik dan meleret. Cara dia bercakap pun tak ubah macam gangster. Ganas semacam.

"Uhuk!"

Iman terdengar pula Rudy terbatuk. Kepalanya lantas dijengah dan terus terbeliak biji mata dia tika melihat sepucuk pistol diacukan betul-betul di kepala Rudy.

Tak berfikir panjang, Iman pantas membuka langkahnya. Selendang dartnya digenggam semula.

"Angkat saja nyawa, leh. Kasi mati terus."

Iman pantas menghayunkan selendangnya dan melilit kaki Coda. Dia kemudian menariknya pula dengan kuat sehingga lelaki cina tersebut jatuh tersungkur.

BANG!

Tembakan Coda tersasar. Rudy terjatuh ke atas lantai. Terbatuk-batuk dia cuba mengumpul sebanyak mana oksigen yang boleh. Lehernya diusap beberapa kali. Sakit, weyh!

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now