IMAN bermain-main dengan jari kecilnya. Matanya ditatap pada ciptaan tuhan yang indah menghijau di padang sekolah.
Sementara menunggu kawannya selesai makan, dia berdiri di penjuru kantin, bersebelahan dengan padang sekolah.
Iman perhatikan sahaja pelajar-pelajar yang giat berlatih untuk Kejohanan Hoki hujung bulan ini. Iman tak ada selera nak makan. Kepalanya serabut memikirkan landak inviso yang seorang itu sahaja.
Bekal makanan? Semua Iman kasi pada kawan-kawannya sahaja. Kawan Iman tu memang pantang nampak makanan free, dikebasnya sahaja sampai licin. Tak pernahlah tak habis.
Betul ke apa yang aku buat ni? Gumam Iman dalam hati. Rasa bersalah mula menebal di dalam diri atas apa yang dia pernah cakap pada Rudy tempoh hari. Dia terlalu kasar ke?
Nak jinakkan harimau memanglah susah. Tapi Rudy ni bukan harimau, dia landak! Sekali silap langkah memanglah tak mati, tapi sakitnya dia bukan main kepalang kat hati.
"Oitt." cuit Suria dari belakang.
Iman menoleh ke arah Suria dengan riak muka kosong. Dia mengeluh. Dia kalau boleh nak bersendirian. Nak menghalau tak sampai hatilah pula.
"Jauh termenung. Dah sampai mana?" perli Suria, saje hendak menghangatkan keadaan. Dingin je rasa.
"Tak sampai mana pon. Dekat sini je," balas Iman selamba.
Suria mengerutkan dahinya, memandang Iman. Dia meletakkan lengannya di atas pagar sama seperti Iman. "Kau ni kenapa? Aku tengok kau pon aku dah penat," bebelnya, berkerut muka.
"Tak ada apalah. Saya okey je," jawab Iman, tidak memandang wajah Suria.
Suria mendengus kasar. "Ni yang aku tak suka ni. Dah kalau tak okey tu, cakap jelah tak okey. Dah lebih seminggu aku tengok kau macam ni tau," kata gadis itu dengan nada tidak puas hati. Jujur kata dia amat risau.
Iman hanya diam membisu. Dia mencampakkan pandangannya di padang sekolah. Cuba mencari jawapan untuk menjawab pertanyaan Suria namun tidak ada satu pun yang terbit di benak fikirannya.
Tak akan nak cakap dia risau fasal Rudy, kot? Kang tak fasal-fasal fikir lain pulak minah ni. Bukan boleh kira dalam otak dia ada apa.
"Weyh, kau kenapa?" Suria memegang bahu Iman. Dia sudah mula hilang sabar.
"Saya okey. Awak janganlah risau," jawab Iman seperti selalu, meleraikan pegangan Suria di bahunya, perlahan.
Suria mengeluh. Inilah Iman. Bila ada masalah tak nak cerita, pastu bila benda dah settle bukan nak bagitau pun. Suria agak terkilan dengan sikap kawannya tapi dia tetap faham. Iman tak suka menyusahkan orang. Kalau dia ada masalah, dia akan pendam.
"Okeylah kalau kau cakap macam tu." Suria mengalah. Kakinya mula setapak dua, melangkah menjauhi Iman.
"Kelas dah nak start. Jom ah naik," ajak Suria, sebelum dia berlalu meninggalkan Iman.
Iman menghantar Suria pergi dengan ekor matanya. Dia melepaskan nafas, berat. Rasa bersalah pula. Bukan dia tak mahu cerita. Tapi dia tak boleh.
Iman meraup seluruh wajahnya. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu yang lemah ini. Doa Iman dalam diam sebelum kakinya juga diatur pergi meninggalkan kantin.
Niat is the key. Aku tak boleh give up. Bukan sekarang dan tak akan.
"Kalau bukan aku yang tolong dia, siapa lagi?" bisik Iman perlahan yang hanya unruk dirinya.
Aku tak boleh berputus asa. Tak kesahlah apa landak kerek tu nak kata, janji aku memang ikhlas nak tolong dia dan kalini, aku niatkan kerana Allah.
Niat itu umpama surat. Jika salah tertulis alamat, maka akan sampai disalah tempat.
YOU ARE READING
ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESS
Fanfiction[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Status: Hiatus (Re-writing) Illustrations: All Rights to the Artists Banners: @arryannarose and @imyrlilies Words: 100k - ×××××× ...