BAB 41: Cuti?

443 52 20
                                    

"BAK sini fail Shin."

Ali turutkan saja sambil mencemik. Dia mengusap bahunya yang sedikit benjol dilibas tanpa belas dengan fail setengah inci.

Gurau pun salah.

Alicia pantas menyambut. Fail itu diselak sekali saja kemudian berhenti.

"Kau tengok apa tu?"

Alicia membisu. Dibiarkan soalan Ali ibarat angin yang lalu. Dia menempatkan fail Shin di atas kotak yang memisahkan jarak antara dia dan lelaki itu.

"Salah satu klien Manson ialah Arjuna Liu," tunjuk Alicia dan Ali tekun melihat.

"Sama dengan nama abang Shin... Arjuna Liu..." Alicia menyelak beberapa helai sebelum dia mengangkat memandang Ali.

"Jadi kau nak cakap... diorang ada kaitan? Takkan M.A.T.A. tak tahu pasal ni?" tebak kawan itu.

Alicia hanya membisu. Mustahil M.A.T.A. tak tahu pasal benda ini.

"Takyah risaulah. M.A.T.A. kan agensi yang teratur jadi memang sah la diorang maklum pasal benda ni," kata Ali membuatkan Alicia memanggung kepalanya.

"Boleh jadi nama je sama tapi bukan beradik pun. Macam kau jugalah. Nama kau Alicia Kheng. Nama lama Coda pula Martin Kheng. Tapi aku tak boleh terus cakap kau anak dia. Kan?"

Alicia terkedu. Tatkala Ali membangkitkan itu, baru Alicia sedar nama keluarganya dengan lelaki yang terbunuh itu sama.

"Tapi dalam rekod ni..."

"Kadang kau cuma perlu percaya." Ali segera memotong membuatkan Alicia pula terkesima.

"Tak semua jawapan kau boleh dapat walaupun kau cuba."

"Lagipun benda ni luar dari bidang kau. Kalau kau berdegil jugak nak tahu lebih-lebih, kau yang kena dengan jeneral nanti," nasihatnya bercakap daripada pengalaman juga.

"Kau sendiri yang cakap, kan? M.A.T.A. keluarga kau."

Melihat wajah Alicia yang seolah tidak menidakkan, Ali tersenyum kecil.

"Jadi janganlah risau." Ali mengambil fail Shin perlahan-lahan daripada tangan Alicia. Lalu menutupnya.

Alicia tidak menghalang. Kerana jauh di sudut hatinya dia setuju dengan bicara lelaki itu.

Kadang Ali ni boleh kasi nasihat yang agak berguna juga. Mungkin benar agaknya lelaki ini perlahan-lahan menjadi semakin matang.

"Weyh."

Alicia mengangkat wajahnya. Rajin pula dia melayan Ali hari ini.

"Aku ni dari haritu nak tanya. Asal kau potong rambut?" soal Ali daripada tadi tertanya.

Asalnya rambut Alicia melepasi bahu. Sekarang dah pendek semula. Semerta gadis itu mengeluh kecil.

"Rambut aku terpotong masa berlawan dengan Manson haritu."

"Serius? Bila? Tak perasan pun." Terbeliak mata Ali.

"Aku pun tak perasan. Aku tahu pun lepas jeneral yang tegur."

Ali mengangguk kecil. Lah. Kesian.

"Lepas ni aku nak biar je la rambut aku pendek," kata Alicia melepaskan rengusan.

"Ikut suka kaulah. Tapi kalau kau simpan pun okey jugak. Nampak cantik."

Alicia terkedu.

"Cantik?" Tak semena, jantungnya berdetak laju. Terketar jadinya tangan.

"Haah. Takdalah mata telinga aku ni sakit layan kau marah. Kurang la sikit rasa menyampah bila kena bebel." Ali berkata sambil tergelak suka.

Terhenti nafas Alicia tatkala dikutuk sebegitu. Tergenggam buku limanya tanpa sedar. Kurang ajar.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now