Aaisyah Hani berjalan mundar-mandir di ruang biliknya itu. Tangan naik menampar pipinya agar dia terjaga dari mimpi yang nyata itu kerana menyesali perbuatannya yang terburu-buru dalam membuat keputusan.
"Aduhh pendek akal la kau ni Aaisyah! Kau tau kan kahwin ni bukan benda main-main? Haritu kau setuju sangat..sekarang, kau fikir bukan-bukan pula..
"Tapi..betul ke dia sedia nak kahwin dengan aku? Siapa sebenarnya dia ni? Next week dia datang rumah umi..aku pula yang tak ready nak tengok muka dia for the first time..haih..
Langkahnya terhenti. Cermin direnung lama. Gadis semuda ini akan bergelar isteri tak lama lagi..masih mindanya mengharapkan itu cuma khayalan.
"Haih..kalau kahwin macam mana dengan study aku? Dia bagi ke aku study lepas ni? Argh! berani dia tak bagi..aku report umi.." tangan naik silang di dada.
Langsir bilik diselak kasar dan direnung sedalamnya ruang angkasa yang terbentang indah itu. Nafas ditarik panjang untuk menenangkan fikirannya.
'Insya Allah..everything gonna be fine. You have to accept this Aaisyah..'
*****
Amsyar Haqiem merenung ke arah bangunan yang menjadi tanggungjawab pihaknya untuk disiapkan. Dia tersenyum kecil melihat hasil kerja yang sangat baik dari pekerja-pekerjanya.
"Boss, kalau ada nak topup apa-apa, boleh cakap sekarang. Nanti kami buat macam apa yang boss nak." Izzat, selaku ketua projek itu menyapa Amsyar.
"Saya rasa semua okay je..proceed je apa yang korang tengah buat. Saya tau awak akan bagi yang terbaik untuk ni that's why, i trust you. Saya nak balik office dulu ya.." Amsyar tersenyum segaris.
"Hehe terima kasih boss. Sila-sila.."
A.H Empire
"Yow bro! Amacam tapak dekat Banting tu? Okay tak?" Zikri yang nampak kelibat Amsyar lalu di hadapan bilik pejabatnya itu terus ditegur.
"So far, so good. Just nice even belum siap sepenuhnya lagi. Oh ya, aku nak kau hantar report projek dengan Dato' Izhar dekat atas meja aku nanti."
"Beres boss! Nanti aku hantar.." Zikri mengangkat tangan kanan dan diletakkan di dahi seperti tabik.
Amsyar menggeleng perlahan sebelum berjalan ke arah bilik pejabatnya. Kerusi empuknya ditarik dan dia melabuhkan duduk.
"Suraya, apa jadual saya harini?" Amsyar bersuara melalui butang interkom.
"Er..harini boss free. Tak ada apa-apa meeting penting.."
Amsyar melepaskan nafas lega sebelum mengucapkan terima kasih kepada Suraya. Telefonnya yang berdering minta diangkat itu dikerling.
"Ibu.."
"Assalamualaikum ibu.."
'Waalaikumussalam. Ibu kacau kamu ke?' Puan Laila berkata melalui corong telefon.
"Nope bu, along free. Kenapa call along ni?"
'Baguslah. Ibu cuma nak tanya, kamu dah fikirkan pasal apa yang kita bincangkan minggu lepas? Apa keputusan kamu?'
"Erm..along tak kisah. Along ikut je apa yang ibu nak, asalkan ibu happy.." Amsyar menggosok belakang lehernya.
'Betul ya? Okay, ibu akan uruskan hal lain. Jangan tak balik pula nanti ya. Okaylah ibu letak dulu..assalamualaikum.'
Salam dijawab dan telefon diletak tepi. Nafas berat dilepaskan seraya dia merenung ke luar tingkap biliknya itu.
'Aku? Kahwin? Haha kelakar tapi ya..' getus hatinya.
Malam itu..
Amsyar menatap laptopnya sambil duduk di pondok kecil di perkarangan rumahnya. Jus limau yang dibuatnya diteguk perlahan.
"Haih..tak ada mood nak buat kerjalah. Baik aku call Zikri.."
Trut..trut..trut
'Haa ye nak apa?' tanya Zikri dengan suara serak basah.
"Jom badminton. Beregu kau, aku, Nizam, Amier."
'Wei kau gila ke? Dah malam ni..esok kerja pula. Nanti kau juga mengamuk kalau aku masuk office lambat..' sempat Zikri menguap semasa bercakap.
"Alaa esok aku bagi kau cuti. Call yang lain, aku tunggu kat tempat biasa.." Amsyar mematikan talian dan terus bergerak ke dalam rumah untuk bersiap.
*****
Klpuk klpak klpuk klpak
Rancak bunyi pukulan raket badminton itu kedengaran. Mereka berempat sudah bermain lebih 2 jam dari tadi. Setelah kepenatan, Amsyar memberi isyarat untuk berehat seketika kepada rakan-rakannya.
"Kau ni ada problem ke? Malam-malam ajak main badminton ni..gaduh dengan bini ke?" Amier menyoal seraya meneguk air mineral.
"Bini? Sejak bila kau kahwin? Kau kena tangkap basah eh?" Nizam mula membetulkan kedudukannya menghadap Amsyar.
Amsyar menempeleng kepala kedua-duanya sementara Zikri hanya tersenyum mengejek. Sememangnya itu perkara biasa bagi mereka kerana tahu Amsyar mempunyai sifat yang agak baran dan dia tidak sukakan perempuan.
"Mengarut betul. Kawan kita ni dengan perempuan pun dia tak nak ajak borak, inikan pula nak kahwin. Korang ni macam baru semalam kenal Amsyar ni.." Zikri membidas.
"Who's said? Aku akan nikah hujung bulan ni.." Amsyar berkata tanpa riak.
Ketiga-tiga rakannya itu memandang Amsyar dengan wajah yang sangat terkejut hinggakan tidak berkedip semuanya.
"K..kau biar benar sikit Am. Kau kahwin? Dengan perempuankan?" Nizam menuding jari kepada Amsyar.
"Aku tau hukum-hakam lagilah. As i said, ya aku akan berkahwin." rakan-rakannya susah untuk mempercayai kata-kata Amsyar itu kerana lelaki itu bercakap tanpa menunjukkan sebarang reaksi.
"Wah! Baguslah kalau macam tu. Lega sikit hati aku. Ingatkan kau ni gay sebab kau ni dengan perempuan mana pernah rapat. Apa-apapun, congrats bro!" Zikri menepuk bahu Amsyar.
*****
Langkah Aaisyah menjadi berat untuk turun dari kereta. Rumah tersergam indah di hadapannya itu hanya dipandang kosong. Dirinya ternyata masih belum bersedia untuk ini..
Cermin kereta di ketuk dari luar dan dengan pantas kepala menoleh ke arah itu. Tanpa berlengah, dia keluar jua dari perut kereta.
"Kenapa tak keluar? Nak tidur dalam kereta ke?" soalan abangnya itu dibiarkan menyepi seketika.
Lantas tangan kasar itu diraih untuk bersalaman.
"Mana ada..orang saja nak duduk sekejap. Ha ni, abang bila sampai?" tanya Aaisyah setelah mereka berdua masuk ke dalam rumah.
"Dah 3 hari kat sini..harini abang nak balik Kuantan. Tak sempat abang nak tengok bakal suami kau nanti.." Aamin tersenyum kecil.
Namun, wajah muram saja ditayangkan adiknya itu.
"Lah..nak balik dah? Erm..yela hati-hati..Aaisyah nak naik dulu tau."
Aamin hanya mengangguk tanpa melontarkan soalan yang asyik bermain di mindanya dari tadi.
YOU ARE READING
KERNA DIA ♡
RomanceSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... "Apa hal awak ni? Jangan sesuka hati pegang orang boleh tak?" -Aaisyah Hani "Eh suka hati aku la. Kau suami ke aku suami? Jangan la tinggal aku sorang sorang. Nanti jadi macam tadi lagi." -Amsya...