Sosok itupun memakai kembali sarung tangannya selepas menghentak kedua dua kepala Seis dan Siete itu. Ada seperti kesan terbakar di kulit pipi mereka berdua. Sosok itu melihat ke arah mereka berdua dengan wajah tersenyum sinis.
Sosok itu memunculkan akar menjalar berwarna hijau dan sedikit kemerahan, dan melemparkannya ke arah Tres. Akar itu membelit badan Tres.
Tres : A-apa ni- AHHHHHHHHHHH!!!!!
Akar itu menjadi semakin ketat. Tres merasa seperti kulitnya terhakis. Seperti terbakar. Tres diangkat dan dihempaskan kebawah. Badan Tres terhentak ke tanah denan agak kuat. Akar itu hilang, meninggalkan kesan terbakar di kulit Tres.
Ali : A-apa?
Ali melihat ke arah sosok itu. Sosok itu mengeluarkan lagi akar menjalar, dan membelit badan Ali. Ali turut dibawa turun ke bawah, tapi dengan cara lembut. Sosok itu mendarat di depan Tres. Tres bangun dan memandang ke arah sosok itu.
Tres : S-siapa kau?!
Sosok itu tersenyum sinis ke arah Tres. Mata jingga hijaunya bersinar di sebalik bayang bayang topinya.
??? : Hai! Saya Hogweed! Tapi kamu boleh panggil saya Weed. Boboiboy Weed!
Weed menghulurkan tangannya ke arah Tres, seperti mahu bersalaman, dengan wajah gembira. Tapi, Tres mengundur sedikit kebelakang, seperti berjaga jaga.
Senyuman Weed sedikit memudar, dan menutup mulutnya, tapi masih tersenyum. Weed membuka matanya, dan memandang Tres. Tres dapat merasakan ancaman dari senyuman itu.
Weed : Good~
Weed berjalan mendekati Tres lagi, dan melihat luka di badan Tres yang dibuat olehnya.
Weed : Abang sakit tak? Macam dalam je luka tu. Ada rasa terbakar tak? Kalau ya, maksudnya berkesanlah getah penghakis tu. Hehe~
Tres mendengus kesal, dan melancarkan satu tumbukan ke arah Weed. Tapi, dengan senang, Weed mengelaknya, dan melompat, menjauhi Tres sedikit.
Tres : Siapa kau hah?! Apa yang kau buat dekat sini?! Kau bukan ahli M.A.T.A!!!
Weed : Well, that......Mata Weed bercahaya dari sebalik bayangan topinya. Senyuman psycopath muncul di bibirnya.
Weed : None of your business.
Weed melompat lagi sekali ke udara, menghayunkan tangannya kedepan, ke muka Tres. Tapi, Tres berjaya mengelak serangan Weed di saat saat akhir. Tangan Weed mendarat di tanah, dan menyebabkan sebuah letupan yang agak kuat. Tres sedikit terheret kebelakang akibat daya letupan itu. Weed berdiri dan melihat ke arah Tres.
Weed : Wahhhh! kau bagus juga dari jangkaan aku. Well...... aku rasa.......
Muncul seperti akar akar dari belakang Weed, tumbuh tinggi seperti pokok, menutup cahaya matahari. Mata Weed bercahaya disebalik bayangan, menambah keseraman Weed lagi. Weed mengangkat tangannya, menghalakannya ke arah Tres. Kesemua akar akar itu bergerak ke arah Tres dengan sangat pantas. Tres melompat ke atas, bergerak ke arah bumbung banggunan lain, menyelamatkan dii sendiri.
Weed : Awwwww tak best lah lawan kalau abang bersembunyi~
Akar akar itu menglilit pinggang Weed, dan membawanya ke atas banggunan yang Tres lari tadi. Tapi, tidak kelihatan Tres di mana mana.
Weed : Abang~ keluarlah! Jom main dengan Weed! Tak seronok lah kalau abang bersembunyi je.
Tres menyorok di belakang dinding kecil yang selalu berada di bumbung bangunan yang tinggi tu, sebagai pintu, menyorok daripada Weed. Weed terus terusan mencari Tres.
Tapi, malangnya bagi Tres, Tres terpijak ranting kayu kering, menyebabkan bunyi yang kuat. Weed memusingkan kepalanya ke arah bunyi itu, dan menyeringai.
Weed : Hehe.
Weed melompat ke atas, dan meluru ke bawah di atas Tres. Tres yang terkejut melihat Weed, dengan refleksi badannya, berlari ke teri, mengelak serangan Weed. Tangan Weed menyentuh tanah, dan menyebabkan letupan. Weed memandang ke arah Tres.
Weed : Jumpa abang!
Tres : Erh........
Weed : Jom lah main permainan lain! Bosanlah main sorok sorok~
Tres : Dah! Jangan main main lagi! Kita bertarung dengan serius!
Weed : Well~ kalau itu yang abang nak.Weed menanggalkan kedua dua sarung tangannya, melihatkan rupa tangannya. Tangannya berwarna hijau.
(Author : Macam tu hah rupa tangan Weed kalau dia buka sarung tangan dia. Ni sketch design Weed 🤣)
Muncul sekuntum bunga berwarna putih di atas tangan Weed.
Weed : Abang nak pertarungan serius kan? Baiklah.
Weed menggenggam bunga itu. Bunga itu mencair ke dalam tangannya.
Weed : I will give you a serius fight.
Tiba tiba, Weed berlari dengan sangat pantas seperti Halilintar, ke arah Tres. Tres mengelak serangan tiba tiba itu. Weed melanggar dinding, dengan agak kuat. Sepihan kecil termelayang akibat impak serangan Weed. Pasir mulai reda, melihatkan dinidng banggunan yang disentuh Weed, mencair. Tres terkejut. Dia bersyukur yang dia elak serangan tu. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi pada badannya.
Weed : Opppsi. Terlepas.
Tres berlari, memulakan serangan seterusnya. Satu tumbukkan dilepaskan.
Weed melipatkan lututnya, membuatkan badannya jatuh ke bawah. Weed berjaya mengelak serangan itu. Akar menjalar melilit pinggan Tres, dan mencampaknya ke tepi. Tres terhempas ke tanah. Weed berjalan ke arah Tres. Dia pandang ke bawah, melihat Tres yang terbaring akibat ulahnya. Senyuman psycopath timbul di wajahnya.
Weed : Perlawanan serius, bermula sekarang.
Weed menyentuh tanah, dan muncul lah letupan yang lagi kuat dari sebelum ini. Tres tercampak akibat kekuatan letupan itu.
784 perkataan
Yes, Hogweed psychopath. Ke-aggresive-fan Blaze tambah ke-sadisan Thorn. Biuuuuummmm.
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)
FanfictionTinggal sikit sahaja dimensi lagi yang perlu Boboiboy lalu untuk kembali ke dunianya semula. Tapi, selepas dia keluar, keadaan tidak seperti yang dia harapkan. Nak tahu apa yang terjadi? Bacalah buku ini!