Misi : Portal : Goodbye AOT

401 53 15
                                    

Mikasa yang meronta ronta di dalam tangan Titan itu, sempat melihat ke arah Hali, dan nampak Hali ditelan oleh Titan 13 meter itu.

Mikasa : BOBOIBOY?!?!?!

Mikasa cuba lagi kuat untuk melepaskan diri, tapi tidak berjaya.

Armin : MIKASA?!?!?!

Armin terbang dengan laju ke arah Mikasa untuk membantunya, tapi, malang tidak berbau, Armin turut ditangkap Titan 9 meter yang tiba tiba sahaja melompat ke arah dia dari tepi.

Armin : AHHHHHH!!!!
Mikasa : ARMIN?!?!

Kedua dua mereka ditangkap oleh Titan Titan itu. Seluruh kehidupan mereka seperti berpancar seperti cerita pendek, bila mendapati yang mereka akan mati.

Levi, yang sibuk membunuh Titan yang lain di tempat lain, terdengar jeritan Mikasa dan Armin. Tapi, malangnya, terlalu banyak Titan yang menghalangnya. Walaupun dia dapat membunuh mereka semua, dia tak akan sempat sampai sebelum mereka berdua dimakan oleh Titan itu.

Levi : TSK!!!

Levi terus terbang dan membunuh Titan Titan itu salaupun dia tahu tidak ada harapan.

Di keadaan Eren pula, dia telah tiba di depan lubang besar itu. Dia hanya tinggal menyumbat batu besar itu ke dalam lubang, sehinggalah dia mendengar jeritan kawan nya. Dia melihat ke belakang. Armin dan Mikasa ditangkap oleh Titan Titan itu.

Titan Eren : ARRRRRRGGGGGGHHHHHHHH!!!!!!

Eren berlari ke arah Titan itu, tapi, malangnya, sudah banyak Titan yang berada di depannya. Eren melawan setiap satu dari mereka, tapi, malangnya, jumlah mengalahkan kekuatan.

Eren diterkam 10 ekor Titans sekaligus, dan menyebabkan Eren tumbang akibat kehilangan kestabilan, akibat kakinya dimakan Titan Titan kecil berukuran 7 meter.

Titan 9 meter itu, dengan perlahan lahan, menarik Armin masuk ke dalam mulutnya. Armin hanya mampu pasrah dan menerima takdirnya. Dia sendiri tidak pernah bayangkan yang dia akan selamat, selepas melihat apa yang berlaku. Terlalu banyak Titan telah masuk ke dalam dinding. Seperti tiada harapan lagi.

Armin : Maafkan saya, datuk.....

Armin menutup matanya, menerima takdirnya.

Mikasa : ARMIN!!!!! TIDAK!!!!!










































Tiba tiba, sebuah aliran elektrik merah muncul dari langit, dan menyambar Titan yang memakan Boboiboy tadi. Kedua dua Titan yang menangkap Armin dan Mikasa tadi, teralih perhatian mereka ke arah cahaya itu. Titan 9 meter itu mengeluarkan Armin dari mulutnya. Mikasa turut melihat ke arah eletrik itu.

Titan itu mengerang kesakitan, dan badannya gosong, hangus disambar elektrik. Tiba tiba, sebuah gelombang elektrik muncul, menghancurkan badan Titan itu.

Aliran elektrik itu terus bergerak, menyambar Titan Titan tinggi yang berada di sekelilingnya. Kepala sampai ke rahang Titan 17 meter yang menangkap Mikasa itu turut terpotong akibat mengenai aliran elektrik itu. Kepalanya yang terpotong itu jatuh ke atas tanah.

Ahli tentera yang berada jauh dari mereka, teralih perhatian ke arah aliran elektrik bulatan yang terhasil itu. Bulatan eletrik itu terus bergerak melepasi mereka.

Jean : B-benda apa tu?!
Connie : Nampaknya ianya datang dari arah depan! Tempat Eren dan yang lain. Eh-JEAN, HATI HATI!!!!

Connie menolak Jean ke belakang, dan terus bergerak ke arah Titan 10 meter yang berada di depan mereka, dan menebas lehernya.

Jean : T-terima kasih.....

Kembali ke tempat kejadian, sebuah cahaya merah keluar dari badan Titan 13 meter itu. Titan itu tewas dengan mengenaskan. Cahaya merah itu, dengan sepantas kilatnya, berpindah ke belakang Titan 17 meter tadi. Cahaya itu malap, menunjukkan wumud aslinya.

Voltra : Jangan kau..... SENTUH MEREKAAAAAA!!!!!!

Voltra memunculkan sabit dua bilah yang sangat sangat besar, dan melibaskannya ke arah leher Titan 17 meter itu. Dengan sekali libasan, kedua dua Titan 17 meer dan 9 meter itu kehilangan kepala mereka, dan tewas. Mikasa dan Armin terlepas dari genggaman Titan Titan itu, dan terjatuh ke bawah.

Mata kiri Voltra berubah menjadi warna hijau. Dua akar menjalar muncul dari bawah dan mengikat Mikasa dan Armin, dan meletakkan mereka di atas bumbung rumah.

Voltra bergerak lagi, dan memusingkan badannya seperti gerakkan Levi, dan bergerak ke arah Eren. Dengan sepantas kilat, kesemua Titan yang menangkap Eren, kehilangan kepala mereka, dan tumbang kesemuanya. Badan Titan Eren mula memulih perlahan lahan.

Voltra bergerak lagi, ke arah semua Titan yang berada berdekatannya, dan menebas kesemua kepala mereka. Levi melihat kejadian itu, dengan muka bangga. Tanpa membuang apa apa masa lagi, dia meneruskan libasannya, dan membunuh semua Titan yang berada berdekatannya.

Levi : ERGHHHHHHHH!!!!!!

Mikasa yang baru pulih dari shock, mula menampar pipinya, dan melihat ke arah Armin.

Mikasa : Armin, kau ok?!
Armin : Aku ok! Aku?
Mikasa : Aku ok. Jom, kita habiskan kerja kita.

Kedua dua dari mereka pun mula terbang kembali dengan maneuver gear mereka. Armin memotong kaki kesemua Titan Titan itu, dan Mikasa menebas leher mereka.

Voltra, dengan sangat ganas dan tanpa ampun, menebas leher kesemua Titan Titan itu tanpa belas kasihan sehingga putus. Terdapat beberapa tentera yang melihat Voltra, tapi secara tidak jelas akibat kelajuan kilat Voltra. Yang pastinya, mereka dapat lohat kepala Titan Titan itu putus akibat Voltra. Just diorang tak tahulah yang nama dia Voltra.

Kaki Eren dah sembuh. Eren pun bangun kembali, dan bergerak ke arah batu besar itu semula. Eren mengangkat batu itu, dan dengan sangat kuat, Eren menyumbat batu besar itu ke dalam lubang besar itu.

Eren : ARRRRGGGGGGHHHHHHH!!!!!

Batu itu menutup lubang itu dengan sangat baik. Tiada Titan lagi yang mampu masuk ke dalam dinding itu.

Armin : Bagus! Eren dah tampal lubang tu!
Mikasa : Sekarang, kita tinggal bunuh semua Titan Titan ni je.

Semua tentera tidak berhenti daripada membunuh sisa baki Titan yang masih tertinggal di dalam dinding Rose itu. Voltra pun membunuh Titan yang terakhir. Voltra terjatuh ke bawah, dan terduduk seperti duduk antara dua sujud di tanah akibat kepenatan dan berubah balik menjadi Boboiboy. Armin dan Mikasa terjumpa Boboiboy dan berjalan ke arahnya.

Armin : Boboiboy! Kita dah berjaya bunuh kesemua Titan!
Boboiboy : Ba.... baguslah..... *tersenyum*

Tiba tiba, sebuah linkaran kuning bercahaya muncul di bawah Boboiboy. Armin dan Mikasa terhenti daripada mendekati Boboiboy sebab terkejut dan berjaga jaga kalau linkaran itu bahaya. Tapi, Boboiboy malah tersenyum.

Boboiboy : Well, itu isyarat aku untuk pergi. Terima kasih, dah sudi terima aku di sini. *tersenyum*

Portal terbuka di bawah Boboiboy. Boboiboy termasuk ke dalam portal itu, dan portal itu pun tertutup.

Armin : Sa.... sama sama.....




















971 perkataan

Ok, mulai sekarang dimensi yang Boboiboy akan masuk akan sedikit pelik. Bermasud, sorrylah, dimensi yang korang nak Author masukkan Boboiboy, tak boleh dibuat. Nak tahu kenapa Author kata dimensi pelik? Nantikan jelah chapter baru nanti. ARIGATO! SAYONARA! AUTHOR HERE TO SAY GOODBYE, ROGER AND OUT!!!

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now