Tak tahu dah berapa lama, Boboiboy membuka matanya.
Tapi, dia masih berada di dalam sebuah void yang sunyi dan gelap.
Tidak kelihatan apa apa, kecuali hitam.
Boboiboy : K-kat mana ni?
Boboiboy bangun, dan melihat sekeliling. Tak tahu mengapa, ianya membuatkannya seram sejuk.
"Macam mana? Semuanya dah selesai kan?"
Mata Boboiboy terbuka besar.
Suara tu, memang sangat dikenalinya.
Boboiboy berpaling ke belakang, dan melihat orang yang sangat dirinduinya.
Boboiboy : Tok.....
Tok Aba mendepakan tangannya.
Tok Aba : Semuanya sedikit rumit kebelakangan ni, kan?
Boboiboy tak dapat menahan emosinya. Mutiara jernih mula mengalir satu persatu.
Tiba tiba, muncul mak dan ayahnya pula di sebelah Tok Aba.
Tak dapat mengawal emosinya, Boboiboy brrlari ke arah mereka, masuk ke dalam pelukkan Tok Aba.
Ayah dan Maknya pun turut memeluknya juga.
Boboiboy : Tok.... mak.... ayah..... hisk.....
Amato menutup matanya, dan mencium kepala anaknya itu.
Amato : Maafkan ayah, sayang, sebab dah pentingkan diri selama ni.....
Boboiboy : Tak- tak apa... Boboiboy dah maafkan.....
Aisyah memandang ayah mertua dan suaminya. Mereka berdua menganggukkan kepala mereka, dengan wajah sayu.
Aisyah : Maafkan kami Boboiboy.... kami tak boleh berada di sini selamanya..... kamu terpaksa teruskan hidup kamu tanpa kami. Lupa kan kami, and move on with your life.......
Walaupun terasa berat, ianya terpaksa dilakukan.
Mereka bukan dari dunia tu lagi. Mereka dah mati. Tak sanggup mereka lihat anak dan cucu semata wayang mereka merana lagi seperti ini.
Boboiboy : B-but..... macam mana? How?
Aisyah : Huh?
Boboiboy : Macam mana Boboy nak move on? Boboy tak tahu caranya. Tak ada sesiapa pun yang pernah ajar Boboy caranya. Apa yang diorang selalu kata, hanya move on, move on, move on. Tapi mereka tak pernah pun mengajarinya. Boboy sendiri tak mampu kawal emosi dan memori Boboy sendiri sampai kadang kadang bertindak diluar batas! Macam mana Boboy nak lakukannya?!
Mereka boleh merasakan pelukkan Boboiboy menjadi lebih ketat. Mereka faham. Walaupun budak itu dah 18 tahun, dia masih tumbuh besar dengan cara yang salah.
Terpaksa melindungi orang lain yang entah akan lindungi dia semula ataupun tidak.
Bertarung nyawa hanya untuk mahluk yang lebih kuat datang lagi, memaksa diri untuk jadi lebih kuat dari mereka.
Terpaksa melihat orang orang yang dia sayang makin lama makin menjauh darinya.
Dia selalu berlagak seperti dia matang, okey, dan tak ada masalah.
Tapi hakikatnya, dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu lakukan.
Mentalitinya tidak stabil.
Kalau dia ok, macam mana Reverse boleh wujud?
Sampai kadang kadang pun dia boleh berperangai macam budak budak, sebab masa kecilnya hanya dihabiskan dengan melawan sesuatu yang entah mendatangkan kebaikkan baginya ataupun tidak.
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)
FanfictionTinggal sikit sahaja dimensi lagi yang perlu Boboiboy lalu untuk kembali ke dunianya semula. Tapi, selepas dia keluar, keadaan tidak seperti yang dia harapkan. Nak tahu apa yang terjadi? Bacalah buku ini!