Misi : Dimensi 8 : 🚫[?¿?¿?]🚫

270 40 5
                                    

Reverse menghembuskan nafas lega, bila melihat Boboiboy sudah berjaya keluar dari satu lagi dimensi akhirnya.

Rev : Bagus Boboiboy...... sikit lagi, kau akan berjaya keluar. Tak kisahlah berpuluh dimensi lagi ke, kau kena tabah dan sabar. Kau pasti akan keluar, aku janji....

Sejujurnya, Reverse memang sangat sangat risaukan abang kembar tak rasminya itu. Dia nak tolong Boboiboy, tapi dia hanya mampu pergi sehingga ke dalam jam kuasanya sahaja.

??? : Rev? Kau ok? Nampak runsing semacam je tu.

Reverse terkejut. Dia melihat ke arah suara yang datang dari pintu bilik itu.

Rupa rupanya, ianya adalah Kapten Kaizo. Dah lama jugak lah dia tak lihat Kapten Kaizo disebabkan Kaizo sibuk buat misinya sendiri.

Rev : Abang Kaizo!

Kaizo : Hai Rev. Lama tak nampak.

Rev : Saya pun dah lama tak nampak Abang. Macam mana dengam misi Abang?

Kaizo : Berjalan baik. Baguslah anak anak buah si Kapten Laura dan Kapten Shadow tu ada tolong Abang dalam misi tu jugak.

Rev : Oh? Siapa?

Kaizo : Budak hantu dan budak bunyi tu.

Rev : Hm? Oh! Kak SMAR dan Kak SNAS!

Kaizo : Yep! 2 ekor tu boleh tahan juga. Kalau diorang dua tu dalam TAPOPS, mesti dah dapat jawatan Lans Koperal.

Rev : Ehehehe.....

Kaizo : Oh- maaf. Abang tercakap pasal TAPOPS lagi....

Rev : Tak apa. Saya memang tengah cuba untuk lupakan TAPOPS, sebab tu apa yang Boboy nak. Tapi..... yah, susah. Saya masih benci TAPOPS sebab hal dulu tu.

Kaizo berjalan ke arah Reverse dan duduk di sebelahnya. Dia faham apa perasaan Reverse tu.

Kaizo : Sejujurnya, Abang pun sama. Tapi, para Rebel Heroes dah bunuh mereka. Jadi, kita dah tak perlu berdendam apa lagi dah. Sebab diorang dah tak ada.

Rev : Ya, saya tahu tu. Tapi, ianya tak semudah yang saya sangka.

Kaizo yang melihat Reverse sedang dalam keadaan resah, hanya tersenyum.

Kaizo : Kamu tengah risau pasal Boboiboy kan?

Rev : Macam mana saya tak risau?! Dia terperangkap dekat entah dunia mana, dan saya tak ada di sana untuk melindunginya! Itu satu satunya sebab saya diciptakan, dan saya tak mampu lakukan tugas saya! Apa jadi kalau Boboy dalam keadaan sangat sangat bahaya?!

Reverse meramas ramas rambutnya kasar, tidak tahu harus memikirkan apa lagi.

Kaizo yang melihat Reverse mulai tidak tentu arah, memegang bahunya, membuat Reverse terhenti, dan melihat ke arahnya.

Kaizo : Abang pernah lalui tu dulu.

Rev : Huh?

Kaizo : Masih ingat Borara?

Rev : Borara? Pak cik tua kulit oren cacat sebelah telinga tu ke?

Kaizo : Betul.

Rev : Kenapa dengan dia?

Kaizo : Masa Abang kecil dulu, Borara telah menceroboh masuk ke rumah kami, dan telah membunuh kedua dua ibu bapa abang. Abang waktu tu rasa sangat sangat lemah, merasa ak berguna, tak dapat melindungi mereka berdua.

Reverse terdiam. Kaizo sedikit terketawa melihat riaksi Reverse.

Kaizo : Tapi Laksamana Maskmana, sebelum ni, telah memberi Abang dan Pang nafas baru. Dia menjaga kami berdua seperti anak sendiri. Ajar kami cara menjadi kuat. Sehingga Abang sendiri sempat terlupakan masa lalu Abang dulu. Tapi, malangnya Laksamana Maskmana berubah, dan akhirnya dibunuh oleh budak budak Karasuno tu.

Reverse melihat riak wajah Kaizo tiba tiba menjadi suram. Reverse faham yang Kaizo masih lagi tidak dapat melupakan Laksamana Maskmana. Reverse buat benda yang sama, memegang bahu Kaizo, membuatkan Kaizo melihat ke arahnya.

Reverse : Jangan risau Abang. Abang dah ada keluarga baru sekarang. Kita tak perlu terlibat lagi dengan apa apa pasal TAPOPS lagi. Sekarang, kita Rebel Heroes. Abang diterima dengan tangan terbuka di sini.

Kaizo terkedu, sebelum terketawa kecil. Budak ni memang sama dengan Boboiboy.

Kaizo : Terima kasih, Reverse.

Beralih ke luar markas, kelihatan SMAR dan SNAS berjalan jalan di sekitar Planet itu, selepas balik dari menolong Kaizo dengan misinya itu.

SNAS : Erggggg! Akhirnya kita sampai jugak kita ke rumah! *regangkan tangan*

SMAR : Tulah. Dah lah musuh semua tak bagi can langsung. Tak dan nya kita kena belasahnya dengan diorang. Nasib kau cepat, pi pitamkan diorang, kalau tak, dan tinggal tulang je aku ni.

SNAS : Ehehehehe.

Tengah tengah jalan tu, tiba tiba, diorang terlihat sesuatu seperti terbang ke arah mereka.

SMAR : Apakah-

Dengan cepat, SMAR terus mengaktifkan kuasanya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kembali ke Boboiboy, dia cuba sedaya upaya kekalkan keseimbangan di dalam portal itu. Dia ditolak arus portal yang kuat, sehinggalah dia melihat jalan keluar.

Tiba tiba, cahaya terang mengaburi matanya. Dia menutup matanya akibat silau.

Boboiboy : Ergh.......

Dia membuka matanya.

Boboiboy : Eh? Kat mana aku ni?

Dia berada di dalam sebuah ruangan sempit. Dia melihat ke bawah.

Dia berada di dalam tandas.

Boboiboy : Apakah......

Dengan cepat, dia bangun, dan keluar dari tandas itu. Dia lihat, ada banyak lagi tandas tandas yang lain di tepi tandas dia berada tadi. Bermaksud, ini adalah tandas awam.

Dia keluar dari sana, dan melihatnya. Benar, ianya adalah tandas awam.

Di luar tandas awam itu, sangat sibuk. Oramg lalu lalang di sana sini, kenderaan bergerak tanpa henti, dan terdapat juga LRT.

Seperti di bandar.

Boboiboy melihat ke atas. Dia boleh melihat Menara Berkembar Petronas, KLCC dari situ.

Boboiboy : *dalam hati* KLCC? Aku berada di Kuala Lumpur?!

Boboiboy berlari, merintangi lautan manusia itu, dan menumpang sebuah Teksi.

Boboiboy : Pak cik, boleh bawa saya ke KLCC?

Pak Cik Teksi : Wokey dik!

Pak Cik teksi itu membawa Boboiboy ke tempat sesuai janji. Boboiboy turun, dan dia betul betul berada di depan KLCC.

Boboiboy : Jadi betullah aku berada di Kuala Lumpur......

Dia tersekat lagi di dimensi yang berada di Bumi yang sama seperti dunia aslinya. Tapi dimensi apa pula kali ni?

Pertama, dia tersekat di dunia yang ada dua budak kembar tu, lepas tu berjumpa dengan Ali yang bukan Ali dia, lepas tu berjumpa dengan diri dia sendiri.

Kali ni, apa pula?

Boboiboy : Kuala Lumpur..... heh, rindu aku dengan tempat ni. Langsung tak berubah selepas selama ni. Dah berspa lama aku tak ke Kuala Lumpur dah?

Tiba tiba, kata hatinya mengatakan yang dia perlu pergi ke rumah lamanya di Kuala Lumpur ni.

Tapi, dia sendiri tak tahu mengapa hatinya berkata begitu.

Boboiboy : Pelik......

Tapi, kerana tak sedap hati, mengikut kata hatinya, Boboiboy menahan satu teksi lagi, dan memintanya pergi ke kawasan perumahan lamanya.



























979 perkataan

Ohohohok-

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now