Misi : Pertarungan Pengakhiran

213 27 7
                                    

Satu demi satu kuasa dilepaskan dari kedua dua pihak. Mereka bertarung di udara.

Kedua duanya terkenal dengan keahlian mengawal kuasa mereka. Tiada sebarang celah langsung yang diberi oleh mereka.

Walaupun tak sanggup, alien di depannya sekarang adalah musuhnya. Akibat salahnya sendiri, dia menjadi begini.

Leon memunculkan 10 bilah pisau di atasnya, dan membaling kesemuanya serentak ke arah Laura. Tapi, dengan secepat kilat, seperti gerakkan kilat si Halilintar, Laura mengelaknya.

Laura muncul di belakang Leon, dan ingin menumbuknya ke bawah. Tapi, Leon melakukan gerakkan yang sama. Sesaat sebelum tangan Laura sampai ke badan Leon, Leon hilang dari pandangannya.

Laura : A-apa?!

Leon muncul di belakang Laura, dan menumbuk Laura dari belakang. Ianya mengenai Laura, dan Laura terjunam ke bawah.

Tapi, sebelum badannya sempat mengenai tanah, dia hilang dari pandangan lagi. Laura muncul di tempat semula, sedikit jauh dari Leon.

Leon : Boleh tahan.

Leon memuji kakaknya itu. Tak sangka yang kakaknya itu boleh sehebat itu.

Laura : Kakak tak jadi yang kedua terhebat disekolah tanpa sebab.

Laura sedikit tercengang, dirinya dipuji oleh orang terakhir yang dia sangka akan memujinya. Ya, mereka membesar bersama, tapi, setelah apa yang dia lakukan, dia dah tidak nampak lagi budak yang dia kenal disebalik mata itu lagi.

Leon menggunakan satu lagi jampi hitam. Tangannya muncul cakar hitam yang panjang. Dia meluru ke arah Laura, dan menggerakkan tangannya seperti mahu mencakar Laura.

Laura terbang ke atas, dan mengelaknya. Cakaran itu membuat 3 cakaran yang besar, yang melayang jauh dan mengenai sebuah bukit tidak jauh dari mereka. Bukit itu terbelah akibat serangan itu.

Laura : Boleh tahan. Hancur dengan satu serangan sahaja. Kamu memang dah jauh berbeza dengan budak kecil yang kakak ingat.

Leon : Really?

Leon membelakangi Laura. Walaupun nada suaranya mesra, tapi wajahnya tidak. Dia seperti menahan marah. Dia memang betul betul bencikannya.

Laura mengambil serangan berikutnya. Laura menggunakan salah satu jampi yang dia belajar, dan menumbuhkan akar yang sangat sangat panjang, dan mengikat kaki Leon dengannya. Akar akar itu menarik Leon ke bawah dengan sangat laju.

Laura : Dapat.

Leon kelihatan jatuh dengan teruk, mengakibatkan pasir dan asap yang tebal. Laura tidak dapat melihat Leon akibat itu.

Laura lengah. Leon muncul secara tiba tiba di belakangnya. Leon menggunakan satu lagi jampi hitam, dan menembak sebuah laser hitam dari tangannya, dan betul betul mengenai Laura. Laura tertolak dan tercampak jauh sehingga badannya terhentam ke bukit yang terbelah tadi.

Laura : Erhhh...... (cuba bangun)

Belum sempat Laura cuba bangun semula, Leon sudah muncul di hadapannya.

Leon menggunakan kuasa, yang membuatkan Laura tidak dapat menggerakkan badannya.

Laura : A-apa kau buat ni?!!! Lepaskan aku!!!

Leon : Too bad.

Leon langsung tidak terlihat mahu melepaskannya.




























Berpindah ke dalam dunia Alternate Laura, mereka yang lain masih mencuba untuk keluar dari sana.

Ianya seperti mereka terperangkap di dalam lubang hitam, tapi mereka masih boleh melihat satu sama lain dan bernafas. Apa yang mereka mampu lihat hanyalah asap ungu di mana mana.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now