Misi : Pulang

238 30 11
                                    

Letupan yang sangat dasyat berlaku selepas serangan terakhir dari Laura.

Sekali pandang, tak mungkin akan ada manusia normal yang mampu bertahan hidup selepas terkena serangan sebegitu sekali.

Leon tertolak ke tanah bersama dengan laser itu.

Walaupun dengan serangan sebegitu yang dilepaskan ke adik sendiri. Wajah Laura kelihatan seperti menyesal menggunakan serangan itu.

Serangan itu akhirnya berhenti. Sebutir mutiara jernih mengalir turun tanpa penghalang langsung dari mata lilac nya.

Hatinya sakit, ya, sakit. Siapa je yang nak buat begitu kepada keluarga sendiri, walaupun hanya sekadar keluarga angkat.

Laura : Leon.....

Asap mulai hilang dari pandangan, meninggalkan sebujur tubuh terbaring kaku di atas tanah.

Laura terbang ke bawah, dan mendarat di sebelahnya.

Leon terlihat terluka parah. Darah mengalir dari kepalanya. Jelaslah yang kepalanya terhantuk keras ke tanah semasa serangan tadi.

Leon : ....... dah habis ke?

Laura : Huh?!?!

Laura terkejut. Leon masih lagi hidup, walaupun selepas serangan yang kuat macam tadi.

Suara Leon sangat sangat lemah, sampaikan Laura hanya mampu mendengar perlahan sahaja suaranya. Leon tidak mampu menggerakkan satu pun anggota badannya kecuali mulutnya.

Laura : K-kau......

Leon : Aku tak akan mati sahaja macam tu...... Pure blood vampire...... sehingga perlukan 6 puak hanya untuk bunuh mak ayah aku je.... hehehe.....

Walaupun dengan keadaan separuh lumpuh begitu dan dalam bahaya, tapi, Leon kelihatan tenang.

Leon : Kenapa kau tak bunuh aku lagi?

Laura tersentak selepas sesaat termengelamun mendengar kata kata Leon.

Laura : A-apa?

Leon : Kau boleh je bunuh aku sekarang. Aku tak mampu berbuat apa apa. Bahkan, aku tak boleh gerakkan satu pun anggota badan aku. Kenapa kau tak tamatkan nya je?

Leon betul. Tak ada apa yang boleh menghalangnya lagi. Satu gerakkan lagi, dan dia boleh menang.

Tapi, entah mengapa, tangannya berasa kaku.

Kakinya berada kaku.

Bahkan, fikirannya buntu.

Laura mengangkat tangannya, teragak agak, dan ingin melepaskan serangan terakhir. Laura menciptakan pisau dengan sarung tangannya.

Leon hanya tersenyum, dan menutup matanya, menunggu saat saat terakhirnya tiba.

Akhirnya dia boleh bersama mak ayahnya semula.

Tangan Laura terketar ketar, dia memegang pisau itu dengan posisi ingin menikam Leon.

Seperti yang dikatakan. Penduduk Humanoid tak akan boleh mati, kecuali dua perkara sahaja. Dibunuh, atau bunuh diri.

Hanya satu tikaman, dan ianya akan tamat.

Laura : Tsk......
.
.
.
.
Leon terdengar bunyi, dan membuka matanya.

Pisau itu sudah tercacap ke tanah. Laura melepaskan pisau itu, dan tidak membunuhnya.

Leon : Kenapa.....

Laura : Cakap, Leon.

Leon : Huh?

Laura : Kenapa kau datang ke sini sebenarnya? 2 tahun yang lalu, kenapa kau serang kami di Planet Aurora tu? Apa yang kau nak dengan aku sebenarnya?

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now