Misi : Sertai/(Special Raya)

456 45 10
                                    

Hange datang dekat ke arah Boboiboy yang masih tergantung di udara itu. Mata Boboiboy berubah menjadi warna jingga.

Boboiboy : Grrrrr........
Hange : Kamu, Boboiboy bukan? Seperti yang Petra sebutkan.
Boboiboy : Grrrrr......
Hange : Saya dah dengar pasal kuasa kamu! Kamu sangat sangat kuat! Tapi, malangnya kamu tertangkap di sini. Baiklah! Saya ada satu cadangan untuk kamu! Apa kata kalau kamu masuk ke kadet juga? Kamu boleh berlatih seperti askar! Tambah lagi, kamu memang dah cukup kuat dengan kuasa kamu tu. Lepas kamu dah siap berlatih nanti, kamu boleh masuk ke mana mana skuad yang kamu mahu! Atau......

Hange mendekatkan muka nya ke arah Boboiboy. Senyuman sinis muncul di wajah Hange.

Hange : Kau nak tinggal di luar ni dengan penuh titan di merata rata tempat?

Boboiboy tak boleh buat apa apa. Dengan keadaannya sekarang, dia berada di pihak yang kalah. Boboiboy hanya sekadar boleh mengangguk. Hange kembali tersenyum gembira.

Hange : AHAHAHHA! YAY! BAHAN EKSPERIMEN YANG BARU!!!

Boboiboy dah agak. Tapi, dia tak boleh nak tarik balik. Dia dah setuju untuk ikut diorang. Boboiboy kena lebih berhati hati dengan sosok manusia di depannya itu.

.
.
.
.
.
.
.
.

Jean : Hm.......

Jean mengelilingi Boboiboy yang duduk di atas kerusi. Mereka semua berada dalam bilik budak lelaki. Budak perempuan pun ada jugak sebab masih siang. Tapi, diorang boleh berada dekat sana kejap jelah. Karang kena bebel pulak dengan boss diodang tu. Jean mengeliling Boboiboy untuk melihat dia lebih dekat lagi. Tahanan mereka kan. Tambah lagi, diorang dah nampak kemampuan Boboiboy dan mereka lihat macam mana Boboiboy larikan diri. Bukan calang calang manusia di depan mereka sekarang ni.

Jean : Betul ke yang Puan Hange nak dia ni jadi sebahagian dari kita?
Eren : Aku tak tahu. Tapi, nampaknya ya. Captain Levi sendiri yang kata dia akan dilatih untuk jadi tentera seperti kita.
Mikasa : Hm.....

Mikasa memberi pandangan membunuh ke arah Boboiboy.

Boboiboy : Huh.... ya. Aku akan dilatih untuk jadi macam korang.
Jean : Biar betul?! Kau kan tahanan kami?! Macam mana Puan Hanji boleh percayakan kau?!
Boboiboy : Dia nak aku join korang sebab kuasa aku.
Armin : Lebih tepatnya, jadi bahan eksperimen Puan Hange
Boboiboy : Ah- ya, tu.
Eren : Aku tak tahu pulak yang ada manusia upnormal yang ada kuasa selain dari kuasa titan.
Boboiboy : Titan? Apa tu?
All-Boboiboy : .........
Boboiboy : Apa?
Reiner : Kau tak tahu titan tu apa?
Boboiboy : Tak.

Mereka semua berkumpul sesama sendiri, sedikit jauh dari Boboiboy. Kedengaran suara bisikan yang datang dari arah mereka.

Eren : Weh, biar betul dia tak tahu titan tu apa.
Bertholdt : Captain ada cakap, yang dia ditemui di luar dinding.

Mereka semua melihat ke arah Boboiboy yang sedang bermain kuku di tepi.

Tiba tiba, Annie menyelinap masuk ke belakang Boboiboy.

Annie : HERGGH!!!

Di tangan Annie, ada sebatang kayu besar. Dia menghayunkannya ke arah kepala Boboiboy.

Boboiboy hilang sekelip mata.

Annie : Huh?!?!

Annie melihat ke seluruh ruangan. Boboiboy muncul di belakang Annie. HALILINTAR. Halilintar mencekik leher belakang Annie, dan mengangkat Annie ke udara.

Bertholdt : ANNIE?!?!

Pancaran kilat merah muncul dari arah Halilintar, membuatkan yang lain tidak dapat mendekati mereka berdua. Mata merah Halilintar menatap tajam ke arah Annie yang berada di dalam tangannya.














































SKIRTTTTTTTT!!!!

Author : Ok cop cop cop!!!

Kelihatan Author yang memadamkan camera secara tiba tiba. Siap berdiri atas kerusi lagi sebab kependekkan.

Jean : Apa ni Author! Kitorang tak habis lagi lakonkan chapter ni!
Author : Alaaaaa kau ni. Tak kan dah lupa.
Boboiboy : Hm..... eh, haahlah!
Author : Hah, dah ingat dah?
Sasha : Ada apa Author?
Author : Hari ni kan hari raya! Staff!!!

Tiba tiba, muncul semua staff studio yang lain entah dari mana, dengan sepantas kilat, menghias studio rakaman dengan lampu kedip kedip, ketupat plastik, kad hari raya dan meja yang penuh dengan makanan hari raya!!! Ada lemang, ketupat, pulut, lemang periuk kera, rendang, sambal taun, kuih samprit, tart nenas dan macam macam lagi!!!

Author : Hah, apa lagi! Semua pergi lah pakai baju raya sana tu!

Semua orang pun dengan super sonic nya, berlari masuk bilik salinan untuk tukar baju. Semua orang pun keluar dari bilik salinan dengan baju raya yang baru!!! Siap pakai kain pelekat lagi sebab bajet tak ada nak beli baju melayu lengkap.

Eren : Apa ni Author, kain pelekat je?!
Ali : Haah, mana sampin kitorang?!
Author : Bajet tak ada. Terpaksa gantung buku ni sementara sebab jalan cerita tak sesuai untuk bulan ramadhan. Ala, bersyuker jelah korang ada baju daripada berbogel je hari raya ni.
Bulat : Alaaaaaa.
Author : Dah dah dah! Apa tunggu lagi! Jemput lah makan semua!!!

Semua staff studio Ejen Ali Crossover ni pun apa lagi, semua rembat pinggan plastik yang bertompok macam gunung Kinabalu dekat tepi tu hah! Macam macam makanan masuk pinggan diorang, ambil lemang lah, ambil nasi impit lah, ketupat lah, serunding lah, mee lah, rendang lah, ayam lah, kuih raya lah, gelojoh betul! Mentang mentang Studio belanja tahun ni!

Author : Oi oi oi! Makan tu sikit sikit lah dulu! Bukan nya lari pun makanan tu semua! Penuh tu hah satu meja tu! Jangan gelojoh!
Fang : *mulut dah penuh dengan lobak merah* Hehehehe....
Yaya : *keluarkan biskut dia* Hah, ni aku ada bawak biskut aku ni!
All-Yaya : Ek! *muka dah penuh dengan ketakutan dan peluh kejantanan*
Ying : Er..... tak apa lah Yaya! Kitorang dah kenyang!
Gopal : H-haah! Dah kenyang! Bruuuup! *pura pura sendawa* sedap rendang yang mak cik kanting buat ni.
Mak Cik Kantin : Hehehehe. Terima kasih ye nak.
Yaya : Aloooo.
Tok Aba : Hehe *geleng kepala* Hah, siapa nak duit raya?
All-Tok Aba : DUIT RAYA?!?!

Dengan pantas dan tersusun, satu studio beratur di depan Tok Aba untuk mengambil duit raya.

Author : Pulak 😑

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pindah ke malam hari, masa untuk main bunga api. Boboiboy telah berpecah tujuh. Blaze lah yang kena buli, dijadikan pelita.

Blaze : Apa lah nasib aku huhuhu.

Jari Blaze mengaluarkan api kecil, yang digunakan yang lain untuk menyalakan bunga api mereka.

Author : Untuk jimat kos, tak payah beli pelita.
Blaze : Huhuhu TAT
Taufan : Sedia?!

Taufan menyalakan mercun bunga api di depannya. Sebaik sahaja sumbu terbakar, Taufan berlari menjauh dari mercun bunga api itu.

BOOOOOM!!!!

Langit malam raya itu dihiasi bunga api yang indah.

Ice : *makan aiskrim, bunga api dia tak padam padam lagi* hm. *buang bunga api dia*

Blaze : Hm? Sniff sniff. Kenapa ada bau terbakar ni?

Blaze lihat ke arah kain pelekatnya. Terbakar terkena bunga api Ice.

Blaze : AHHHHHHHHHHH APIIIIIIIIIII!!!!

Blaze berlari lintang pukang kesana kemari sambil kain pelekatnya dijilat api.

.
.
.
.
.
.
.

Semua staff studio beratur ramai ramai di depan kamera. Author menyalakan kamera berwarna pink siap berglitter itu.

Author : Baik, sekarang!

All : KAMI UCAPKAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2021!!! MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! KITA KIRA KOSONG KOSONG YA?!

Begitulah berlalunya hari raya pertama di Banggunan Studio Rakaman.





















1083 perkataan

Selamat hari raya! Siapa dapat puasa penuh 30 hari sama dengan Author? Komen sikit (~ owo)~

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now