Misi : Kebenaran

220 40 9
                                    

Kembali ke luar angkasa, satu markas Rebel Heroes sedang kecoh. Ada tetamu yang tak diundang di markas diorang.

Reverse, Ali, Alicia, Rudy, Fang dan ang lain pun turut berlari keluar dari tempat diorang ke ruang utama.

Reverse : A-apa dah jadi ni-

Laura mendepakan tangannya, menghalang mereka dari lebih mendekat.

Laura : Jangan.

Semua Ahli Rebel Heroes bersedia dengan kuasa kuasa mereka, seperti mahluk di depan mereka itu adalah orang yang merbahaya.

Di belakangnya, SMAR dan SNAS di angkat dengan tangan bayang, sudah tidak sedarkan diri.

Leo : B-biar betul....

Leo dan Mio yang baru sampai, sudah terkaku bila melihat siapa yang datang melawat mereka.

Laura : Apa yang kau buat dekat sini, Leon.

Alien yang di depan mereka ini, siapa lagi, kalau bukan Leon. Adik angkat Laura.

Leon : Oh, tak ada apa. Cuma datang melawat sahaja.

Leon tersenyum sinis, membuatkan semua orang di sana kecuali Reverse, makin serius, seperti marah.

Rev : Leon? Siapa?

Leon melihat ke arah Reverse, tersenyum ke arahnya, membuatkan Reverse tiba tiba seram sejuk.

Leon : Laura tak pernah kenalkan saya pada kamu, Reverse?

Reverse terkejut yang Leon mengenalinya.

Leon : Silly me. Perkenalkan, saya adalah Leon Vernier. Atau, lebih dikenali sebagai, Leon Namasagi.

Sambil berkata begitu, dia melihat ke arah kakaknya dengan mata yang tajam, membuatkan Laura tidak sanggup bertatapan mata.

Ali : Namasagi? Jadi, Leon ni adik beradik Kapten Laura ke?

Laura : Huh.... *nafas berat* Lebih tepat, adik beradik angkat. Waktu tu, kami tak tahu apa nama terakhir Leon, jadi, kami memberi nama belakang kami kepadanya.

Leon : Betul! Tapi, malangnya saya memang bukan sedarah dengan Namasagi's.

Leon berpura pura menggunakan nada gembira, dan Laura mengetahuinya, membuatkan Laura sakit hati.

Tiba tiba , Lui datang dari bayangan dan terus menyerang Leon menggunakan rantai besi yang dibuatnya menggunakan kuasanya.

Tapi, Leon lebih peka. Leon mengangkat tangannya, dan rantai rantai besi itu berhenti di udara. Mata merah Leon menyala. Lui terkejut.

Leon : Hei, hei, hei. Apa ni serang secara mengejut? Tak baik tau.

Walaupun nada suara Leon mesra, tapi tidak pada matanya. Tangan Lui menggeletar, tak mampu menggerakkan rantai besi itu.

Tiba tiba, Leon mengangkat tangannya, dan secara tibe tibe menghempaskan kesemua rantai besi itu ke tanah, dan semuanya berkecai.

Satu ruangan itu tercengang. Para budak budak semua mula berswmbunyi di sebalik semua ahli Rebel Heroes yang lain.

Ad : Grrr.... Apa yang kau dah buat dekat diorang berdua hah?!?!

Ad akhirnya bersuara, tidak dapat berdiam diri lagi.

Leon : Oh, diorang berdua ni? *tunjuk ke SMAR dan SNAS* Diorang yang serang saya dulu masa saya baru sampai sini. Saya pun terpaksa lah serang mereka kembali.

Jawapan Leon yang selamba membuatkan Ad mahu sahaja melepaskan kuasanya ke arahnya.

Leon : Nah, ambillah mereka kembali. Jangan risau, saya tak serang mereka dengan kasar pun.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now