Misi : Nasihat

199 44 2
                                    

Setelah selesai merawat luka si Boboiboy kecil, mereka berdua pun menonton tv bersama.

Tanpa Boboiboy tahu, si kecil pun curiga dengannya.

Seperti, lelaki di depannya ini mengenalinya, walaupun mereka tak pernah berjumpa.

Tanpa Boboiboy tahu juga, Si Kecil dah menyediakan senjata di bawah sofa yang mereka duduki, kalau kalau lelaki ini adalah orang jahat.

Macam mana Boboiboy boleh kawal kuasa dia kalau tak berlatih dari awal kan?

Boboiboy : Adik ok?

Boboiboy menanyai Si Kecil, kerana dia tiba tiba sahaja senyap.

Boboi(kecil) : Saya ok.

Boboiboy : Betul ni?

Boboi(kecil) : Ya. Saya janji.

Boboiboy : Biar Abang sediakan air teh untuk kita.

Boboiboy pun bangun dari sofa, dan berjalan ke dapur, membuatkan Si Kecil makin curiga akan dirinya.

Macam mana pulak Boboiboy boleh tahu dekat mana dapur, dan ada teh dekat dapur?

Mungkin kedengaran biasa, yelah kan, air teh je, dan dia boleh je merayau sampai terjumpa dapur. Tapi, bagi budak, pasti ianya mencurigakan.

Dengan perlahan lahan dan senyap senyap, dia pun menyiapkan batang kayu di tepi kakinya.

Setelah 10 minit, Boboiboy pun kembali dengan sebuah jag air teh dengan 2 cawan plastik bersamanya.

Boboiboy : Teh dah siap!

Boboiboy pun meletakkan cawan dan jag itu di atas meja. Dengan sesenyapnya, Si Kecil bersedia.

Boboiboy pun berpusing ke belakang, dan dia pun mulakan aksinya.

Dengan cepat, dia memegang batang kayu itu, dan terus menghunuskannya ke arah Boboiboy.

Boboiboy sendiri terkejut bila dirinya yang kecil itu cuba menyerangnya. Hanya 2 cm lagi, dan kayu itu mengenai lehernya.

Boboiboy boleh melihat wajah yang sangat marah pada Si Kecil. Sepatutnya dia dah boleh sedar dnegan kelakuan budak ni.

Boboi(kecil) : Siapa Abang ni sebenarnya?

Boboiboy : H-hei, hei, calm down. Jangan serang Abang. Abang baik, Abang janji.

Boboi(kecil) : Macam mana saya nak percayakan Abang? Nama Abang sendiri pun saya tak tahu. Saya hanya membiarkan Bang ke sini disebabkan saya tak ada apa apa nak pertahankan diri saya. Tapi sekarang, kalau Abang berniat jahat, mari, saya tak takut.

Boboiboy sedikit terkagum, yang dirinya yang masih muda sudah pandai melindungi diri sendiri.

Yelah, kuasa dia kan buat dia nyanyok. Comfem lah dia lupa.

Boboiboy : Kamu pandai, dan cepat. Tapi....

Dengan sekelip mata, Boboiboy menepis kayu itu dari depan mukanya, membuatkan Si Kecil terkejut dan kehilangan fokus. Dengan cepat, Boboiboy menarik batang kayu itu, sehingga terlepas dari tangan Si Kecil.

Kayu itu di hunuskan ke wajah Si Kecil pula, membuatkan Si Kecil terkaku.

Boboiboy : Sepatutnya kamu terus serang sang musuh tanpa rasa takut, kerana kamu tak akan tahu, bila peluang kamu akan habis.

Si Kecil berdecih kesal. Tapi helah dia masih belum tamat.

Boboiboy : Kalau kau masih ada helah untuk cedeeakan aku, tak perlu. Aku orang baik.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now