Boboiboy terkaku sementara apabila mendengar jawapan dari Ali. Siapa dia? Apa maksud dia? Tak kan tak kenal dia kot. Dah 2 tahun lebih dah diorang bersama. Tak kan tak kenal lagi. Lupa ingatan ke?
Ali : Hello? Hello!
Ali melambaikan tangannya ke arah muka Boboiboy akibat Boboiboy yang tiba tiba je hilang fokus, dan jadi patung depan Ali tu. Boboiboy menggelengkan kepalanya dan kembali ke dunia nyata.
Ali : Betul betul ni. Abang ni siapa? Macam mana abang boleh kenal Ali?
Boboiboy : Apa ni Ali. Tak kan tak kenal aku kot. Aku ni, Khairul, Boboiboy! Kawan kau! Kita kan pernah jadi ahli dalam M.A-Tanpa Boboiboy sempat menghabiskan ayatnya, Ali menampar mulut Boboiboy kuat, secara tak sengaja, sebab nak senyapkan Boboiboy. Ingat nak tutup mulut Boboiboy je, tapi tertampar sebab refleksi terkejut. Tapi, berhasil ma.
Tanpa basa basi dan membuang masa lagi, Ali meletakkan apa yang ada di dalam tangan Boboiboy dan berjalan keluar dari kedai speedmart itu. Pak cik Lee Wong hanya memandang mereka berdua dari kuanter.
Lee Wong : Haiya! Masuk kedai tak beli apa apa ka? Terus keluar saja! Haiya, budak budak sekarang, ish ish. Memekak je kat kedai orang.
Kembali ke Ali dan Boboiboy, Ali masih lagi menarik tangan Boboiboy. Dia mahu membawa Boboiboy ke sesuatu tempat.
Boboiboy : Ali? Kemana kau nak-
Ali : Shh! Jangan bercakap!Boboiboy hanya mampu berdiam sahaja. Ali memberhentikan satu teksi setelah melihat pemandu teksi itu.
Ali : Teksi!
Teksi itu pun berhenti, dan Ali dan Boboiboy pun masuk ke dalam teksi itu. Boboiboy juga kenal pemandu teksi itu.
Bakar : Hah, Ali! Kemana kau nak pergi ni?
Ali : Balik rumah, Uncle.
Bakar : Oooooo. Eh, siapa budak ni?
Ali : Entah-
Boboiboy : Uncle Bakar?Keadaan kembali senyap seketika. Mereka berdua memandang ke arah Boboiboy dengan muka pelik tambah hairan. Boboiboy pulak, hanya buat muka innocent tak tahu apa apa.
Bakar : Ali.
Ali : Hmmmm.....Ali mendekatkan mulut nya ke telinga Uncle Bakar yang berada di tempat pemandu, dan membisikkan sesuatu ke telinga Uncle Bakar. Mata Uncle Bakar membulat setelah mendengar apa yang Ali bisikkan. Uncle Bakar pun menganggukkan kepalanya, dan membetulkan posisinya.
Bakar : Kau selamat ayah kau masih berada di tempat kerja.
Uncle Bakar mengangkat gear, dan mula memandu. Keadaan hanya sunyi dan sangat tegang di dalam kereta tu. Boboiboy pulak, masih dengan wajah hairannya.
Boboiboy : *dalam hati* Ali dan Uncle Bakar lupa pasal aku ke? Pelik ni..... Tapi, macam mana Ali boleh ada dekat bumi? Bukan dia dekat angkasa ke dengan Kak Laura dan yang lain?
Mereka akhirnya sampai di rumah Ali. Mereka semua pun keluar dari teksi, dan Bakar pun menarik tangan Boboiboy masuk ke dalam rumah. Mereka semua pun naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik Ali. Ali mengunci pintu biliknya itu.
Bakar : Baiklah budak.
Uncle Bakar mengambil gunting yang berada di atas meja Ali.
Bakar : Siapa kau ni?! Adakah kau musuh, atau kawan?!
Uncle Bakar menggunakan gunting itu sebagai senjata, dan menetakkan gunting itu betul betul di depan Boboiboy. Boboiboy mengangkat tangannya, kerada diancam.
Boboiboy : H-hei! Uncle Bakar! Ni sayalah, Khairul! Khairul Genzi! Boboiboy! Uncle dah lupa le pasal Boboiboy!
Bakar : Boboiboy? Saya tak pernah dengar pun pasal kamu! Jumpa kamu pun tak pernah! Kamu ni salah satu konco UNO juga ke?!
Boboiboy : M-mana ada! Saya baiklah! UNO kan dah lama mati! Dah 4 tahun lebih dah pun! Kita kan dah tangkap ahli terakhir dia, Diez!
Bakar : ........... macam mana kamu tahu pasal Diez? Macam mana kamu tahu yang Diez dah ditangkap?
Boboiboy : ...... Uncle betul betul tak kenal saya ke?
Bakar : Tak.Boboiboy memikirkan sesuatu. Memang sangat kusyuk sekali muka Boboiboy berfikir. Tiba tiba, iris Boboiboy berubah menjadi warna silver.
Boboiboy : Oh! Ni mesti dimensi songsang!
Uncle Bakar dan Ali memandang ke arah Boboiboy pelik, akibat tak faham dengan apa yang Boboiboy katakan. Dimensi?
Ali : Dimensi? Apa maksud kau?
Boboiboy : Macam ni. Kau dengan Uncle Bakar pernah pergi ke Pulau Rintis?Mereka berdua menggelengkan kepala mereka.
Boboiboy : Korang pernah disuruh Jeneral untuk menculik seseorang tak?
Mereka menggelengkan kepala lagi.
Ali : Pulau Rintis? Kat mana tu?
Bakar : Dan tak kan lah Jeneral nak suruh kitorang culik orang kot. Dan lagi satu. Macam mana kau boleh kenal dengan M.A.T.A, kalau kau ni bukan konco UNO?
Boboiboy : Macam ni.......
.
.
.
.Bakar : So, kiranya, dalam aliran masa kau, Jeneral suruh kitorang culik kau, 2 tahun yang lalu?
Boboiboy : Lebih tepatnya, 3 tahun, tapi, aku kira ikut bulan, bukan tahun. Kan masih januari lagi kan. Masa tu pun kan Ali 13. Sekarang dah 16.
Bakar : Ohhh ok, Uncle faham.
Ali : Jadi.... dalam aliran masa kau, kau salah satu dari M.A.T.A juga?
Boboiboy : Ya.
Bakar : Jeneral suruh kitorang culik kau?
Boboiboy : Haah. Mungkin sebab aku nampak merbahaya.
Bakar : Pulak. Tapi..... kau kena janji. Untuk rahsiakan pasal ni dari semua orang. Kau tahu kan..... M.A.T.A ni agensi rahsia. Tak ada sesiapa yang boleh tahu.
Boboiboy : Saya janji.
Ali : So, kiranya ni, ini adalah dimensi kalau kau tak pernah kena culik dan dibawa ke sini.
Boboiboy : Nampaknya, macam tu lah.
Ali : Boleh ke kitorang percayakan kau ni. Bukan apa, banyak sangat orang jahat di luar sana. Kita tak boleh percayakan diorang macam tu je. Aku belajar dari pengalaman.
Boboiboy : Kau boleh percayakan aku. Aku janji, aku tak tipu.
Ali : ...... baiklah.859 perkataan
Hah, dah faham dah? Ini adalah dimensi songsang. Dimana, Boboiboy tidak datang or kena culik dan dibawa ke Cyberaya. Hah, siapa ada soalan untuk Author lagi? Boleh tanya di komen! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)
FanfictionTinggal sikit sahaja dimensi lagi yang perlu Boboiboy lalu untuk kembali ke dunianya semula. Tapi, selepas dia keluar, keadaan tidak seperti yang dia harapkan. Nak tahu apa yang terjadi? Bacalah buku ini!