Bab 8 - Pembunuh Bayangan

2 0 0
                                    


Ke Esokan Harinya - Pagi yang indah disinari dengan cahaya matahari yang hangat lagi menenangkan bahangnya. Seperti hari yang sebelumnya, ketiga insan terkuat di dunia melakukan hobi harian mereka. Pada pagi itu, Ulya datang sebagai insan yang akan menggegarkan rumah Abang Rahman.

"Sufi... Rai... Kenji!" Panggil Sofea.

"Mati lah tu. Jom naik kakak." Arah Ulya.

Sofea menuruti arahan adiknya mengejutkan ketiga insan daripada buaian mimpi mereka. Dari bahagian hadapan pintu, Ulya dapat melihat Sufi yang terbentang indah di ruang tamu. Dia bergerak mendekati Sufi sambil menghentak-hentak kedua kakinya.

"Bukkk!" Ulya menendang bahagian belakang Sufi.

"Ulya." Tegur Sofea.

Pemuda tenang itu tetap tenang bangkit dari tidurnya. Meskipun tendangan itu sangat menyakitkan, dia tetap membuka matanya perlahan-lahan dan melihat siapakah gerangan yang menghadiahkan dia sebuah tendangan yang menyakitkan.

"Sakit Ulya." Keluh Sufi.

Ulya mengukirkan senyuman mencerminkan jiwanya yang merasa gembira.

"Bangun! Aku tendang lagi. Mahu!" Ugut Ulya.

"Kejap... Belum waktu tengahari lagi kan." Balas Sufi.

"Ish. Tengahari... Petang... Malam... Semua sama. Kau tetap tidur. Cepat bangun. Aku simbah kau guna air. Air dengan lumpur. Cepatlah!" Teriak Ulya.

Rai dan Kenji tersedar dengan bebelan Ulya yang menghangatkan suasana itu. Mereka cuba bangun untuk menenangkan keadaan.

"Ulya. Sabar." Pujuk Kenji.

"Tenang Sofea." Pujuk Rai pula.

"Itu adik dia yang membebel... Sofea tengah duduk depan pintu... Adik dia yang bising." Balas Kenji.

"Bukkk!" Ulya menendang Kenji.

"Sakit la Ulya." Marah Kenji.

Rai merasai dia bakal senasib seperti rakan lenanya yang lain. Kesedaran itu menyegarkan tubuhnya secara tiba-tiba.

"Banguuunnn!!!" Teriak Ulya dengan nyaringnya.

Ketiga insan terkuat itu membangkitkan diri mereka bersama kekecewaan yang terlihat jelas pada riak wajah masing-masing. Apatah lagi tuannya, terbuai-buai memaksa dirinya untuk bangun. Usai membersihkan diri, mereka berkumpul bersama di ruang tamu termasuk Abang Rahman.

"Abang Rahman tidak mengajar hari ini?" Tanya Sofea.

"Aku suruh murid-murid aku belajar sendiri." Jawab Abang Rahman.

"Apa kita buat hari ini Sufi?" Tanya Abang Rahman lagi.

"Kita soal siasat serigala mata satu." Jawab Sufi.

Riak wajah Kenji dan Ulya berubah tegang apabila mendengar arahan itu. Kebencian yang membuak mula dibangkitkan semula didalam jiwa.

"Rai... Bawa Sayr keluar." Arah Sufi.

Rai bergerak mengambil Sayr yang ada pada salah satu bilik di rumah Abang Rahman. Dia keluar daripada bilik itu sambil mengheret Sayr lalu orang tua itu dipaksa duduk di tengah ruang tamu bersama mulut yang ditutup dengan kain dan badan yang terikat dengan tali.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now