Bab 7 - Ratu Ilusi

3 0 0
                                    

            Pada pagi sebelum bermulanya rancangan untuk menyelamatkan Ratu Ilusi di malam hari, suatu keindahan berlaku di rumah Abang Rahman. Ketiga-tiga insan yang terkuat di dunia terbentang indah di ruang tamu bagai tiada apa-apa yang merisaukan kehidupan mereka kecuali lena yang diganggu. Bahkan Si Api terikut dengan hobinya Si Hantu dan Si Raja Gila. Kuat sungguh pembawaan mereka berdua. Pada pagi itu, Radyah menggantikan Nur untuk menjadi tukang masak bagi mereka bertiga.

"Assalamualaikum." Ucap Radyah.

"Abang Sufi." Panggil Radyah pula.

"Hmm. Abang Sufi tidur ni. Aku naiklah." Keluh Radyah.

Apabila dia menaiki rumah Abang Rahman, alangkah terkejutnya dia pemilik hatinya sedang bertafakur didalam lena. Bahkan si hantu memeluk si raja gila dalam tidur mereka berdua dia ruang tamu. Radyah mendekati Sufi lalu duduk bersimpuh disebelah pemuda itu. Dia cuba menarik badan Sufi daripada memeluk Rai.

"Abang... Bangun." Arah Radyah.

Sufi berpusing ke arah Radyah dalam tidurnya. Dia mencapai pula tangan kanan Radyah lalu menggenggamnya dengan erat.

"Cantik bunga ini." Bicara Sufi dalam lena.

Radyah kaku dengan kejutan rasa. Di dalam perjalanan waktu, wajahnya berubah menjadi merah padam. Dia ingin berbicara dan menarik semula tangan kanannya. Tapi apa kan daya, yang menggenggam tangannya itu adalah pemilik hatinya.

"Aba... Abang... Sufi!!!" Teriak Radyah.

Sufi terkesan dengan seruan maut itu. Dia duduk lalu memandang wajah Radyah dengan tangannya yang masih menggenggam tangan gadis itu.

"Ohh... Radyah. Kenapa Radyah?" Tanya Sufi.

"Pap!!!" Radyah menampar Sufi.

"Sakitlah Radyah." Keluh Sufi.

"Abang genggam tangan Radyah." Balas Radyah yang mula menundukkan wajahnya yang berubah malu itu.

Sufi melihat tangannya menggenggam tangan Radyah lalu dia melepaskan genggaman itu.

"Maaf ya Radyah. Aku nampak macam bunga. Cantik." Puji Sufi.

Kenji yang tersedar kerana perbualan mereka berdua itu bangun lalu memandang Radyah.

"Comel gadis ini Sufi. Isteri kau?" Tanya Kenji dalam buaian lenanya.

"Isteri!!!" Teriak Radyah lagi.

Radyah yang tidak dapat menahan gelora rasa yang semakin kencang ombaknya itu mula tidak keruan tingkahnya.

"Pap!!" Radyah menampar Sufi untuk kali yang kedua.

"Radyah... Sakit... Tiga kali kau tampar aku. Hari itu pun kau yang peluk aku, aku yang kena." Tegur Sufi.

Radyah hanya memandang ke bawah bersama jari telunjuknya yang mengusik lantai.

"Abang Rahman minta Radyah masakkan makanan untuk Abang Sufi." Ucap Radyah dengan nada yang perlahan.

"Mmm... Kan senang. Jom masak. Aku mandi dulu. Lepas itu aku tolong kau masak." Pujuk Sufi.

Pujukan itu cukup bagi Radyah menggerakkan kedua kakinya untuk memasakkan Sufi makanan. Sufi bangkit dari duduknya lalu membersihkan diri. Kenji yang terjaga baring semula menyambung lenanya yang terganggu manakala Rai terus mematikan diri dari lah awal Radyah tiba hinggalah gadis comel itu menuruti arahan Sufi.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now