Bab 11 - Hiyar Ayil

2 0 0
                                    


Suatu suasana di kampung Laila pada keesokan harinya. Nur, Kenji, dan Rai berkumpul di rumah Abang Rahman menunggu Daem tersedar dari lenanya yang panjang. Rumah-rumah yang lain sudahpun dihancurkan oleh mereka bertiga kecuali rumah Abang Rahman dan Nur.

"Daem." Panggil Rai.

Daem terkesan dengan panggilan Rai. Dia membuka mata untuk melihat keadaan di sekelilingnya.

"Mana aku Rai?" Tanya Daem.

"Rumah Abang Rahman." Jawab Nur dan Kenji.

"Bukannya..." Balas Daem.

"Macam mana kau boleh hidup dalam panahan petir aku?" Tanya Rai.

"Aku hidup?" Tanya Daem semula.

"Kalau kau mati, kami tanam kau depan rumah Abang Rahman." Sindir Nur.

"Ohh... Ya kan. Aku pun tidak tahu. Petir itu memenuhi badan aku. Lepas itu hilang sekelip mata. Lepas itu aku nampak Rai. Lepas itu aku hilang." Balas Daem.

"Hmm... Si bijak itu pun tiada disini. Kita terpaksa berjumpa dengan dia untuk mendapat jawapan bagi situasi Daem sekarang." Terang Kenji.

"Bijak?" Tanya Nur.

"Bijak la Nur. Terpukau aku dengan kebijakan dia." Puji Kenji.

"Ish! Macam monyet ada la." Marah Nur pula.

Kenji tergelak mendengar sindiran itu.

"Hari ini kita buat apa Nur?" Tanya Kenji.

"Jom. Mancing." Ajak Nur.

"Jom. Kita bersaing ya. Kalau aku dapat ikan banyak kau masak." Pinta Kenji.

"Kalau aku yang dapat ikan banyak?" Tanya Nur pula.

"Kau masak." Balas Kenji.

"Pandainya." Sindir Nur.

Mereka tergelak menyalakan api rasa didalam jiwa masing-masing. Rai dan Daem kaku untuk seketika. Mereka tidak memahami situasi yang dialami oleh mereka berdua. Bahkan Nur sendiri pun tidak mengetahui kebahagiaan apa yang dia alami pada masa itu. Hadir menutup segala rasa yang berwajahkan Sufi. Meski ada rasa itu namun terselindung dibalik hijab penafian yang datang kembali menyembunyikan taman rindu dan harapan yang berwajahkan Sufi.

*****

Pada suasana di Pohon Zamrud Mulia diantara Sufi, Lokh dan Radyah.

"Kita buat apa hari ini Sufi?" Tanya Lokh.

"Kita jalan-jalan dalam hutan." Jawab Sufi.

"Jalan-jalan?" Tanya Radyah.

"Mmm...Radyah...Ajarkan kami berdua mana satu herba-herba yang digunakan untuk ilmu Syifa'. Boleh?" Pinta Sufi.

"Boleh. Tapi abang kena buat sesuatu terlebih dahulu." Arah Radyah.

"Apa?" Balas Sufi.

"Abang... Kena..." Ucap Radyah dengan tingkahnya yang comel ingin bermanja dengan Sufi.

"Abang abang. Kau mahu buat apa dengan si hantu. Mentang-mentang Lokh lembab. Berani kau minta yang bukan bukan." Marah Laviant.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now