Bab 18 - Lufis

3 0 0
                                    

            Hari Ke-15 Bulan Keenam Tahun 1000 Ulfun Ain - Pada malam harinya, Pejuang Pohon dan Anggota Hiyar Ayil sudah bersiap sedia dengan kelengkapan perang untuk menghancurkan Jalan Pejuang Berdarah, Markas Livis dan Dewan Nyawa. Pada setiap lorong-lorong gelap, mereka bersembunyi untuk menantikan serangan besar-besaran mereka yang pertama. Manakala suasana di Dewan Nyawa terlalu tegang di antara Lufis dan anaknya bahkan Nephila juga berada di sana ketika itu. Lichesiss yang sudahpun di rantai sejak beberapa bulan yang lalu di dalam lingkaran simbol Tiga Segi terbaring tidak bermaya.

"Bersedialah anakku... Sebentar lagi bulan purnama akan berada ditengah alam. Kau akan menjadi wujud yang akan membanggakan ayahmu." Arah Lufis.

Lichesiss hanya berdiam diri bersama jiwa yang tersangat sengsara. Dia sentiasa memikirkan hingga ke saat ini, kelahirannya ke dunia itu bukanlah sebagai manusia melainkan wujud yang akan digunakan demi ketamakan kuasa yang gelap.

"Kau yakin dia akan menjadi Tunggal Hantu Salju?" Soal Nephila.

"Mmm... Tapi aku memerlukan 50 jantung manusia lagi untuk menguatkan pemujaan ini...Aku masih menunggu ketibaan Ezyr bersama jantung-jantung penduduk kota yang lain." Balas Lufis.

"Pastikan semuanya berjaya. Kita sudah kehilangan Livis. Pasti serigala bodoh itu tewas dengan Raja Petir. Gadis Teratai Putih juga masih tidak diketahui kedudukannya. Jika anak kau ini berjaya menjadi Tunggal Hantu Salju, dia yang akan menggantikan Penguasa Perang." Terang Nephila.

"Esfarza?" Soal Lufis.

"Perempuan tidak berguna itu hilang entah ke mana. Nanti aku fikirkan cara untuk mencari dia semula. Aku perlu pulang semula ke Dewan Pemerintah untuk mengawasi Lily. Ingat... Pastikan pemujaan ini berjaya." Tegas Nephila.

Bersama suatu jelingan yang menyeramkan, Nephila bergerak pergi meninggalkan Dewan Nyawa.

*****

Suatu suana setelah kepergian Nephila, Luft yang bersembunyi pada suatu lorong gelap yang berhampiran dengan Markas Livis dapat melihat 30 orang Tentera Merah berpakaian seperti Pembunuh Upahan mula bergerak untuk menjalankan misi meraka menculik jantung penduduk-penduduk kota. Luft mengangkat penumbuknya ke atas sebagai isyarat tangan kepada Anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon yang memerhatikan Jalan Pejuang Berdarah dalam diam.

"Sudah waktunya." Ucap Ulya yang melihat isyarat tangan daripada Luft.

Ulya keluar daripada bersembunyi di salah satu lorong gelap diiringi dengan Sofea berhadapan dengan Tentera Merah yang berpakaian seperti Pembunuh Upahan tersebut sambil membentangkan kedua tangannya kehadapan. Dia mula mengeluarkan auranya yang berubah menjadi kuntuman bunga sakura dengan sangat banyak sehingga memaksa Tentera Merah itu menghentikan langkah mereka.

"Haruman Bungaku yang indah. Seindah bayangan akal yang menciumnya. Berbaurlah pada tubuh. Realisasikan imiginasi yang tidak terkawal." Bicara Ulya melafazkan Mantera Rahsia Ratu Ilusi: UthruHul.

Bunga sakura milik Ulya mula meruju dengan pantas menerpa tubuh-tubuh Tentera Merah memaksa hidung mereka untuk menghidu harumannya. Bahkan bunga-bunga itu berpusing kencang mengelilingi setiap daripada tentera tersebut. Akal setiap daripada mereka mula berimiginasi sehingga bicara terkunci dan mata mula menyaksikan suatu kehebatan dibalik bayangan akal masing masing.

"Kakak..." Panggil Ulya.

"Ulya?" Balas Sofea.

"Rahsia: Haruman Terindah ini menggunakan aura yang sangat banyak dan Ulya hanya mampu menggunakannya sekali dalam beberapa bulan ini. Sesiapa yang terkena mantera ini akan terus berimiginasi selama tiga hari berturut-turut kerana haruman itu akan sebati pada jasadnya. Tapi, mantera ini juga ada syaratnya. Ulya perlu melihat mangsa bagi mantera ini dan Ulya tidak boleh bergerak selagi mantera ini masih berjalan." Terang Ulya.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now