Bab 13 - Sang Taufan

1 0 0
                                    

            Ke Esokan Harinya - Suasana pagi di Sekolah Tentera Bulan Merah, Sufi dan Mira bergurau senda seperti mana hari-hari mereka di sekolah itu. Sufi menjalankan rutin harian terbaiknya iaitu lena pada bangku kegemarannya di sekolah itu. Mira dari kejauhan bergerak mendekati pemuda itu bersama dengan ilmu baru daripada kakak kesayangannya. Mantera penendang.

"Buk!!!" Mira menendang kaki Sufi.

Dengan buaian lena pada wajah dan tingkah si hantu, dia bangkit dari lenanya menyambut tendangan itu dengan wajah yang tenang.

"Mira... Belum tengahari lagi kan." Keluh Sufi dengan matanya hampir tertutup.

Mira mengerutkan dahinya sambil mencekak pinggang.

"Abang!!!" Teriak Mira.

"Tenang ya Mira..." Pujuk Sufi.

"Macam mana Mira mahu tenang. Bagi Abang, tidur lagi penting dari Mira." Marah Mira.

"Maafkan abang ya Mira." Pinta Sufi.

Mira yang terbuai akan pujukan itu bergerak duduk bersebelahan dengan Sufi. Dengan mata yang memandang ke bawah diiringi dengan tingkah kakinya yang dihayun-hayun untuk menenangkan lagi hatinya yang sudah tenang, pasti ada suatu persoalan yang ingin dikenalpasti oleh akalnya tentang rasa Sufi terhadap Nur.

"Abang..." Panggil Mira.

"Mmm?" Soal Sufi.

"Mengapa Kak Nur dan Abang Sufi..." Soal Mira.

"Tidak." Jawab Sufi dengan ringkas.

"Iiieee..." Marah Mira.

"Bukkk!" Tendangan kedua dari Mira.

"Sakit la Mira." Keluh Sufi.

Mira tersenyum memandang reaksi abang kesayangannya yang sentiasa tenang meski berdiri dalam situasi tamparan dan tendangan yang menyakitkan tubuhnya.

"Kahwin?" Tanya Mira semula.

Sufi tersenyum kecil mendengar pertanyaan itu. Mira pula terus memandang wajah Sufi menantikan jawapan bagi persoalan akalnya itu.

"Arus takdir." Jawab Sufi dengan tenang.

"Mmm... Maksud?" Tanya Mira lagi.

Sufi menarik nafas sedalam-dalamnya. Berat bagi dirinyaa mengukirkan suatu jawapan berbeza daripada yang sebelumnya.

"Suatu hari nanti kita semua akan faham... Selagi belum tiba hari itu, Abang hanya mampu berenang menikmati arusnya takdir." Terang Sufi.

"Ish! Mira mana faham abang." Keluh Mira.

Sufi hanya memberikan suatu senyuman manis pada keluhan itu. Meninggalkan Mira dengan tanda tanya tentang alasan yang dia berikan. Jawapan yang berbeza namun suatu kesimpulan yang sama. Dalam detik-detik yang beredar, tentera Tiga Segi Berdarah datang ke sekolah itu untuk menangkap Sufi dalam gurau dan sendanya bersama dengan Mira.

"Guru Sufi?" Tanya salah seorang Tentera Merah.

"Ya..." Jawab Sufi dengan senyuman kecil.

"Tuan di tangkap kerana mencurigakan para Penguasa. Ikut kami." Arah tentera itu.

Tentera Merah bertindak menggari tangan Sufi lalu membangkitkan pemuda itu dari duduknya.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now