Bab 12 - Mata Cermin

1 0 0
                                    

            Hari Pertama Bulan Kelima Tahun 1000 Alam Ulfun Ain - Lima bulan dalam peredaran waktu berlangsungnya penyamaran Hiyar Ayil di Kota Bulan Merah. Tanpa jejak dan pengetahuan daripada musuh terbesar mereka, setiap anggota berjaya menjiwai watak masing-masing. Pada pagi di hari itu, Luft bertemu dengan Sofea di salah satu lorong gelap yang ada di Kota Bulan Merah.

"Luft." Seru Sofea.

Dalam beberapa detik seruan Sofea, bayangan yang ada pada penjuru lorong itu mulai membesar. Luft memunculkan diri daripada bayangan tersebut bersama dengan pakaiannya yang lengkap sebagai seorang pembunuh bayangan.

"Sini!" Arah Luft.

Sofea bergerak mendekati Luft dan pada masa yang sama, dia terlihat seorang budak perempuan sedang memerhatikan mereka berdua di penghujung lorong.

"Budak kecil Luft." Ucap Sofea.

"Mmm... Berjaya." Balas Luft.

Usai bicara Luft, dia masuk semula ke dalam bayangan meninggalkan Sofea seorang diri. Dengan sebuah lakonan pada tingkahnya, Sofea bergerak mendekati budak perempuan tersebut.

"Adik. Ayah dan ibu mana?" Tanya Sofea.

"Nama saya Azira." Balas budak kecil itu.

Seorang budak perempuan berambut pendek berwarna hitam paras bahu, bekulit sawo matang dan berhidung mancung. Ketika Sofea merenung kedua mata budak itu, bola matanya berwarna putih bersih ibarat suatu cermin yang memantulkan wajah Sofea ke dalamnya.

"Siapa kakak?" Tanya Azira.

"Saya Sofea." Jawab Sofea dengan senyuman manis dibibirnya.

"Lelaki tadi itu siapa kak?" Tanya Azira lagi.

"Suami kakak. Nama dia Luft. Kami berdua tinggal di Jalan Bulan Gelap nombor rumah 55. Kakak terpaksa pergi dari kota hari ni sebab ada urusan di luar kota. Itu yang kena jumpa dengan dia sebelum jalan. Minta restu." Jawab Sofea.

"Azira tidak tanya pun." Sindir Azira.

Sofea mengerutkan dahinya mendengar sindiran budak kecil itu.

"Dia kerja apa kak? Macam mana dia boleh keluar daripada bayang-bayang?" Tanya Azira lagi.

"Mmm. Azira tanya kakak?" Gurau Sofea.

"Ish! Kakak la." Marah Azira.

"Betul mahu tahu?" Soal Sofea lagi.

"Mmm. Mahu." Jawab Azira.

Sofea mengusap lembut kepala Azira.

"Kami memperjuangkan kebaikan dalam bayangan. Memperjuangkan apa yang sepatutnya penduduk negeri ini selayaknya dapat daripada pemerintah mereka. Suatu hari nanti, negeri ini akan aman semula. Aman dari kekejian dan kegelapan yang pemerintah berikan pada rakyat di negeri ini. Kami semua orang kuat tau. Ada yang yang boleh keluar dari bayang macam suami kakak dan ada macam-macam lagi. Letakkan harapan pada kami ya." Terang Sofea.

"Mmm. Hebat. Nanti Azira fikirkan mahu letak harapan atau tidak." Balas Azira.

Sofea tergelak mendengar balasan budak kecil itu.

"Kakak pergi dulu ya dik." Pinta Sofea.

"Kejap." Pinta Azira.

Sofea menghentikan pergerakannya lalu bibirnya tersenyum manis kembali.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now