Ke Esokan Harinya - Sofea meneruskan rancangan mereka sepertimana yang diarahkan oleh Sufi. Dia mengirim sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Panjiey kepada Esfarza yang sedang menikmati keindahan pagi hari dikamarnya. Suasana hening seketika di dalam Dewan Pemerintah. Nephila pula berada di Penjara Merah untuk memastikan kepulangan Livis.
"Sofea?" Panggil Esfarza yang saling berpandangan dengan Sofea pada wujud merpati putihnya.
Merpati putih meletakkan surat tersebut di atas meja Esfarza lalu terbang meninggalkan dia seorang diri.
"Panjiey?" Soal Esfarza dalam keheningan itu.
Esfarza bergerak membuka surat tersebut.
"Assalamuakaikum isteriku,
Semoga... Sihat selalu hendaknya empunya cinta ini.
Sayangku, Abang ingin memohon maaf sedalam maaf dilubuk jiwa ini.
Abang hanya mampu mencintai Es dengan ketulusan... Tapi tidak berjaya untuk membuktikannya.
Abang sudahpun berjanji menjaga Es... Namun janji abang hanyalah bicara tanpa tingkahnya.
Maafkan abang... Abang gagal melindungi Es.
Sekiranya masih ada peluang untuk membuktikan cinta ini, Abang akan menjaga dan tidak akan melepaskan lagi genggaman abang pada Es.
Sufi sudahpun berjaya menyelamatkan abang... Abang tahu, sahabat abang yang baik itu juga sudahpun menyelamatkan Es.
Kiranya jalan kita berdua masih sehala, abang berharap Es akan hadir pada malam hari ke-20 di pasar besar Jalan Bulan Indah.
Dengan peluang kedua bersama tangan yang sudah bebas melindungi ini, abang akan menyelamatkan Es pada waktu itu.
Tanpa keraguan seperti waktu dahulu dan yang akan datang... Abang sentiasa mencintaimu isteriku.
Salam... Panjiey."
Setiap bait kata Panjiey mengusik jiwa Esfarza yang terikat sebagai pasangan suami dan isteri. Air mata pun mula mengalir semakin kuat dari bergilirnya rangkap ke rangkap mencerminkan jiwa yang terharu pada tulusnya percintaan yang tidak mampu diusik oleh kewujudan apa pun. Tiada tingkah lain selain senyuman. Tiada rasa lain selain kegembiraan.
"Tanpa keraguan seperti waktu dahulu dan yang akan datang... Esfarza juga akan sentiasa mencintai abang." Balas Esfarza dalam hujanan tangis kegembiraan.
*****
Suatu suasana di Penjara Merah. Nephila tidak keruan apabila mendengar maklumat daripada Tentera Merah yang mengatakan bahawa Livis masih tidak kembali bersama dengan tentera Mu'unnya. Akalnya dihantui kekeliruan tanpa sebarang jawapan. Dia menggerakkan kedua kakinya menuju ke sel milik Sufi. Setibanya dia di sana, kedua telinganya mendengarkan alunan zikir merdu dari bibir Sufi yang menusuk ke dalam jiwanya bagai air sejuk yang menzahirkan ketenangan.
"Indahnya..." Ucap Nephila tanpa sedarnya.
Kekeliruan dan kemarahan hilang seketika pada minda Nephila. Sufi yang terjaga dengan ucapan itu dengan pantas menoleh ke arah Nephila.
"Puan?" Soal Sufi.
Nephila memaksa tingkahnya berubah kepada dirinya yang asal. Berwajah bengis bersama dengan dahi yang dikerutkan.
"Keluarkan dia! Bawa dia ke bilik soal siasat!" Arah Nephila pada Tentera Merah yang mengiringinya.
Tentera Merah tersebut akur menuruti arahan itu. Setibanya mereka di bilik soal siasat yang berada di tengah-tengah penjara, Nephila duduk berhadapan dengan Sufi dipisahkan dengan sebuah meja bulat yang kecil.

YOU ARE READING
Ulfun Ain
FantasíaSetelah melukakan hati seorang gadis yang bernama Mardhiyah, Sufi telah dipindahkan ke suatu alam yang digelar alam Ulfun Ain. Berbekalkan petunjuk melalui kelebihan bicara hati yang dia miliki, pemuda itu diminta untuk membimbing jiwa-jiwa yang in...