Ke Esokan Harinya - Indahnya matahari menyinari alam itu di pagi hari. Seperti yang di katakan si hantu yang bijaksana, seluruh alam kehilangan mendung pada hari itu. Hanya matahari yang memancar panas tanpa sebarang gangguan di atas langit. Hari Soltus Musim Panas. Seperti yang mereka rancangkan juga, si Hantu dan si Raja gila masih lena meskipun matahari menunjukkan waktunya tiba pukul 10 pagi. Sofea mencari-cari keberadaan Sufi dan Rai kerana risau yang rancangan mereka akan gagal. Dia berubah menjadi burung merpati putih lalu terbang menuju ke rumah Abang Rahman. Apabila dia memasuki rumah Abang Rahman alangkah terkejutnya dia, insan yang menawan hatinya bersama ketuanya yang bijaksana masih terbentang indah di ruang tamu.
"Rai!!!" Teriak Sofea.
Sufi membuka matanya untuk melihat kehadiran insan yang mengganggu lenanya yang indah itu.
"Rai... Isteri kau datang." Ucap Sufi yang masih terbuai-buai dengan lena.
"Mmm... Suruh dia..." Ucap Rai. Dia membuka matanya secara mengejut.
"Sofea. Ehem. Sofea sudah lama sampai?" Tanya Rai pula melindungkan tingkahnya dengan Sufi yang amat mencintai lena itu.
"Ish! Bangunlah Rai. Kalau Kenji datang macam mana." Marah Sofea.
"Maaf Sofea. Aku mimpi kau tadi." Balas Rai lalu tersenyum kecil.
Kejujuran Rai membuatkan degupan jantung Sofea berirama lagu rasa sehingga membuatkan wajahnya berubah malu.
"Kau buat apa dengan dia dalam mimpi itu." Sindir Sufi.
"Ish! Sufi." Marah Sofea.
"Kejap ya Sofea. Aku siapkan diri dulu... Jangan risaukan Kenji... Sekiranya dia menggugat hati Sofea, bunuh!" Pinta Rai.
"Cepatlah... Nanti rancangan kita gagal macam mana." Tegur Sofea.
"Tenang..." Pujuk Sufi.
Sungguh kedua insan yang luar biasa. Lena lagi penting dari menyelamatkan dunia bagi mereka. Usai Rai dan Sufi membersihkan diri, mereka duduk diruang tamu bersama Sofea.
"Abang Rahman mana?" Tanya Sufi.
"Dia ada di surau bersama dengan rakan yang lain. Dia kata, dia akan bersiap sedia sekiranya berlaku benda yang tidak terkawal." Jawab Sofea.
"Hanya ada dua kebarangkalian hari ini, pertama Sayr dan Kenji datang bersama dengan tentera mereka." Terang Sufi.
"Kedua?" Tanya Rai dan Sofea serentak.
"Hanya Sayr dan Kenji." Jawab Sufi.
"Bicara hati?" Tanya Sofea.
"Bukan...Tekaan." Jawab Sufi.
Sofea dan Rai mengangguk sebagai tanda faham. Sufi bukan sahaja berkelebihan dengan bicara hati tetapi juga kebijaksanaannya. Kebijakan itulah yang paling berbahaya ada pada si pemuda itu.
*****
Suatu suana di surau diantara Abang Rahman dan murid-muridnya.
"Betulkah Abang Rahman mereka akan menyerang hari ini?" Tanya Alim.
"Itulah maklumat yang kita dapat." Jawab Abang Rahman.
Matahari tegak di atas kepala. Dari kejauhan terdengar larian kuda yang kencang menuju ke arah kampung. Abang Rahman bergerak keluar surau memastikan kehadiran itu adalah insan yang mereka tunggu-tunggu. Apabila larian itu hampir, terlihat dua orang lelaki sedang menunggang kuda mendekati Abang Rahman. Dari kejauhan itu Rai sudah pun menepuk tangan membenarkan tekaan Sufi.

YOU ARE READING
Ulfun Ain
FantasySetelah melukakan hati seorang gadis yang bernama Mardhiyah, Sufi telah dipindahkan ke suatu alam yang digelar alam Ulfun Ain. Berbekalkan petunjuk melalui kelebihan bicara hati yang dia miliki, pemuda itu diminta untuk membimbing jiwa-jiwa yang in...