Bab 15 - Livis

1 0 0
                                    


Hari ke-16 bulan kelima tahun 1000 Ulfun Ain - Livis tiba di kampung Kabus bersama dengan bawahannya untuk memusnahkan Raja Petir. Pada suasana di malam hari yang dihiasi dengan mendung berbaur petir. Kehadiran Livis dan bawahannya di sambut tenang si Raja Petir di gerbang kampung. Dari kejauhan itu, Rai dapat melihat Kenji yang berada di bahagian belakang kumpulan Tentera Merah menunjukkan jari telunjuknya ke arah Livis.

"Aku punya..." Ucap Kenji tanpa suara.

Rai tersenyum kecil membalas permintaan dari Kenji tersebut.

"Raja Petir!" Teriak Livis memecahkan suasana yang hening seketika.

"Jangan teriak... Aku dengar. Sebelum kau mati... Boleh kita berkenalan?" Tanya Rai.

Livis mengangkat tangan kanannya.

"Tahan..." Arah Livis pada tenteranya.

"Kau yakin kau boleh menang seorang diri?" Tanya Livis semula.

Rai bergerak mendekati kedudukan Livis dan tenteranya.

"Aku Raja Petir. Tiada unsur yang mampu menghalang petir aku dari memotong sesuatu. Gema kau boleh buat apa dengan aku." Sindir Rai dengan sengihan kecil dibibirnya.

"Gema Seirigala Merah bukannya sekadar gema. Setiap manusia yang berubah menjadi serigala jadian akan memiliki kelebihan masing-masing berdasarkan unsur asalnya. Aku mampu mengawal gema daripada melukakan tentera aku. Ianya hanya akan memusnahkan kau seorang diri." Balas Livis dengan senyumannya yang menyeramkan.

"Zettt!!! Rai hilang sekelip mata bersama petirnya usai sahaja bicara Livis.

"Tsukkk!!!" Rai menusuk tangan kanannya ke dalam jantung Tex yang berada di hujung kanan bahagian belakang Livis.

"Lambat." Ejek Rai.

Situasi sekelip mata itu mengunci kedua kaki Livis dan tenteranya untuk seketika. Pome yang ada disebelah Tex kaku tanpa suara melihat Rai yang terus memandang ke dalam mata Tex menikmati hembusan nafas terakhir dari musuhnya itu.

"Serang!!!" Teriak Livis memecahkan belenggu ketakutan yang merantai kedua kaki tentera-tenteranya.

"Bumm!!!" Sepantas kilat juga Rai terbang ke dalam mendung bersama dengan petirnya.

Tentera Livis mula bertukar menjadi serigala hitam termasuk bawahannya sekali. Dalam kekalutan itu, Livis dengan pantas berubah menjadi serigala berwarna merah yang berukuran hampir sama seperti Mong Si Serigala Besar.

"Aaauuuggghhh!!!" Nyalakan para serigala jadian menyeru perang menentang si Raja Petir.

"Bummm!!!" Rai muncul di hadapan salah satu Mu'un hitam.

"Diam." Arah Rai.

Mu'un hitam yang terkejut dengan kehadiran Rai itu bertindak tangkas menyerang Rai menggunakan tangan kanannya yang berkuku tajam.

"Zet!!!Tsukkk!!!" Rai hilang bersama petirnya lalu menusuk jantung Mu'un tersebut dalam sekelip mata.

"Kan... Lambat kan." Ejek Rai lagi.

Dengan sadisnya situasi pengakhiran itu, Mu'un itu jatuh menghempap ke bumi tanpa sempat berbicara sesuatu. Situasi menyeramkan itu memaksa kedua kaki Mu'un-Mu'un yang lain kaku semula mengunci mulut mereka sendiri termasuklah bawahan-bawahan Livis yang dikatakan berkelebihan menjadi serigala jadian.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now