Bab 4 - Raja Petir

6 0 0
                                    

Bulan Merah bercahaya dengan indah pada malam itu. Keindahan cahayanya itu memancar terang ke wajah Sufi yang sudah pun nyenyak di buai lena.

"Bangun." Suatu suara ghaib kedengaran di telinga Sufi mengejutkan dia daripada lena yang mengasyikkan.

Sufi hanya merenung bulan merah yang menyuluh wajahnya itu. Menghayati dan menikmati suatu suasana yang tenang lagi menenangkan.

"Dua per tiga malam." Ucap Sufi.

Sufi bangkit dari baringnya lalu bergerak membersihkan diri dan mengambil air wudhu' bersiap sedia untuk menunaikan solat sunat Tahajjud. Usai sahaja dia melakukan solat Tahajjud dia bergerak ke surau Laila untuk menanti waktu Subuh yang bakal mengambil kedudukannya di dalam peredaran waktu. Setibanya di surau, suasana hening dan gelap tidak berpengunjung menghiasi situasi.

"Hmmm." Keluh Sufi.

Sufi masuk ke dalam surau lalu duduk berzikir menggunakan jari-jarinya. Dalam beberapa minit, seorang gadis bertelekung biru muda memasuki surau itu semasa dia khusyuk mengalunkan zikir. Apabila gadis itu melihat Sufi, kakinya berhenti melangkah. Dia hanya mendiamkan diri, merenung dan mendengar alunan zikir yang merdu dari suara Sufi. Setelah sekian lama, kaki gadis itu berasa lenguh lalu dia pun duduk. Pergerakannya sampai ke pendengaran Sufi hingga membuat pemuda itu menoleh dengan pantas ke arahnya.

"Radyah?" Panggil Sufi yang melihat Radyah sedang duduk bersimpuh memandang wajahnya dengan riak wajah yang seakan tidak tahu apa-apa. Terlihat jelas wajahnya yang comel bersama kulitnya yang berubah menjadi merah padam.

"Hah? Ehem... Maaf Abang. Saya..." Jawab Radyah lalu buntu akalnya mencari alasan untuk menyelindungkan renungan tajamnya terhadap Sufi.

"Habislah." Bisik hati Radyah.

"Kau mahu solat sunat?" Tanya Sufi dengan nada yang lembut.

"Lembutnyaaa..." Balas Radyah tanpa dia sedari.

"Aik." Soal Sufi.

"Eh... Bukan." Nafi Radyah sambil menggeleng kepalanya.

"Radyah tunggu waktu Subuh." Jawab Radyah lagi dengan senyuman comelnya memandang ke wajah Sufi.

"Kalau aku merisaukan kau, aku boleh berzikir di luar surau sambil menanti waktu Subuh." Balas Sufi.

"Ehem... Tidak perlu. Radyah masuk ke ruangan wanita. Abang Sufi teruskan berzikir. Maaf mengganggu." Terang Radyah lalu bergegas memasuki ruang wanita.

Sufi diam melihat tingkah Radyah yang tidak keruan itu tanpa sebarang persoalan rasa. Dia hanya menyambung semula alunan-alunan zikir di bibirnya yang terputus untuk seketika. Suatu pertembungan rasa yang hanya berbunyi di salah satu jiwa.

"Apa aku buat." Bicara Radyah sambil mengusap wajahnya yang comel itu.

Tidak lama selepas itu, penduduk kampung mula berkumpul di surau Laila. Sufi duduk di tangga surau bersama dengan sahabat-sahabat barunya.

"Sufi, apa yang perlu aku buat supaya aku ni hebat macam kau?" Tanya Lokh.

"Sufi itu hebat, sebab dia sudah dilahirkan untuk menjadi hebat. Kau itu lembab, sebab kau lahir-lahir lembab." Sampuk Luft pada pertanyaan abangnya itu lalu tergelak bersama-sama dengan sahabatnya yang lain termasuk Sufi.

"Kalau aku lembab... Aaa....." Balas Lokh namun terkunci akalnya mencari cara untuk membalas sindiran itu.

"Mana Abang Rahman Sufi?" Tanya Alim.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now