Bab 14 - Pertemuan Hati Yang Sama

1 0 0
                                    


Hari keenam Bulan Kelima Tahun 1000 Ulfun Ain - Pada pagi yang indah itu tentera yang disisakan tiba ke kota membawa pesan si Raja Petir. Pengawal yang menerima pesanan itu bergerak pantas bersama dengan seekor kuda menuju ke Markas Livis di Jalan Pejuang Berdarah. Seperti yang Sufi ramalkan, berlaku pertengkaran diantara Nephila dan Esfarza di Dewan Pemerintah yang terletak di tengah-tengah kota. Dewan itu adalah sebuah istana yang terdapat lima buah kubah dimana kubah tertinggi teletak di tengah-tengah bangunan dan merupakan bangunan tertinggi di kota itu. Istana itu dihiasi dengan ribuan permata zamrud mulia berwarna hijau berkilau-kilau di bahagian dalam dan juga di bahagian luar istana. Burung Merpati Puith yang ditugaskan memerhatikan Dewan Pemerintahan sudah ada di sana selama tiga hari berturut-turut bagi memastikan ralaman Sufi itu akan berlaku.

"Esfarza!" Teriak Nephila.

Esfarza yang baru sahaja memasuki Dewan Pemerintah menghentikan langkah kakinya.

"Kau buat apa dengan guru Lily?" Soal Nephila dengan nada yang tegang.

"Mengapa? Ada sesuatu yang terjadi dengan Mira?" Tanya Esfarza semula dengan senyuman kecil dibibirnya.

"Bodoh! Lima hari Lily tidak henti menangis di kamarnya. Dia itu belum sempurna menjadi Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Mengapa kau pisahkan dia dengan gurunya. Kau lupa yang guru Lily itu satu-satunya harapan kita untuk menyempurnakan Tunggal Ratu Ilmu Hitam!!!" Marah Nephila lagi.

"Kau sendiri yang katakan... Kalau ada yang mencurigakan. Jauhkan dari Mira. Sufi itu lebih daripada mencurigakan. Pada bila-bila masa dia boleh meminta Mira menjelaskan siapakah diri Mira yang sebenar... Kan?" Soal Esfarza semula bersama tingkah yang manja.

"Aaahhh!!!" Teriak Nephila dengan nyaring.

Nephila tidak mampu membalas kata-kata Esfarza. Dia inginkan kesempurnaan Tunggal Ratu Ilmu Hitam didalam tubuh Lily tapi dia juga tidak ingin budak comel itu diketahui asal usulnya. Livis yang mendapat pesan dari tentera yang tersisa datang ke Dewan Pemerintah menenangkan suasana tegang diantara dua penguasa tersebut bersama berita yang mencemaskan.

"Tenang Nephila. Kita ada perkara yang lagi merisaukan." Arah Livis.

Kedua penguasa itu menghentikan pertengkaran mereka dengan suatu jelingan.

"Raja Petir ingin bertarung dengan aku di Kampung Kabus. Dia seorang diri." Terang Livis.

"Mmm... Berani dia." Balas Nephila.

"Yakin serigala. Tiada orang lain selain dia?" Tanya Esfarza.

"Aku yakin... Tentera yang Raja Petir utus katakan, dia seorang mampu mengalahkan sembilan tentera kita dalam sekelip mata. Dan mungkin yang lain juga dibunuh dalam sekelip mata. Tidak dapat dinafikan lagi kekuatan Tunggal itu." Jawab Livis.

"Jadi... Kau dan Nephila berdua boleh membunuh dia di sana. Kan." Soal Esfarza.

"Tidak... Aku tidak akan tinggalkan Lily dengan kekalutan yang disebabkan oleh si bodoh ini. Dia pasti tahu aku akan datang bersama dengan kau. Dia sudah siapkan perangkap. Kau bawa bawahan kau semua bersama dengan 200 Mu'un. Aku yakin kamu semua mampu membunuh dia." Arah Nephila.

"200? Semua Mu'un yang kita ada. Sedihnya." Sindir Esfarza.

"Kau cakap lagi aku bunuh kau sebelum kau sempat berjumpa dengan suami kau." Ugut Nephila.

"Cubalah... Kau lupa? Suami aku Sang Taufan. Dia tidak mampu membunuh kau hanya kerana aku. Aku mati... Kau pun mati... Kan." Sindir Esfarza lagi dengan gelak kuat pada bibirnya.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now