Bab 20 - Lily

4 0 0
                                    

            Hari yang terakhir Tahun 1000 Alam Ulfun Ain, Hari ke-30 bulan Ke Sembilan - Suasana sunyi menerpa Kota Bulan Merah darilah pagi hingga bulan mengambil kedudukannya di langit. Malam berdarah bagi Tiga Segi Berdarah. 300 Tentera Merah hanya mampu mendiamkan diri di Dewan Pemerintah bersama Nephila yang semakin uzur dikala seramai 1000 orang Pejuang Pohon memenuhi kawasan yang lain. 1500 orang lagi bersedia di hadapan pintu Tembok Zamrud Gergasi yang terhubung dengan Jalan Pejuang Berdarah. Di malam yang hening itu, Alim diiringi dengan Daem dan Myla berdiri dihadapan pintu Dewan Pemerintah.

"Salam... Nephila!" Teriak Alim.

Seruan itu membuatkan Tentera Merah yang tersisa keluar daripada Dewan Pemerintah bersama kelengkapan perang.

"Kau siapa!!!" Teriak General Tentera Merah.

Alim mengukirkan senyuman manis sebelum mendendangkan pusisi yang terakhir.

"Wahai para jiwa yang mendengar..." Ucap Alim sebagai pembuka kata.

"Bermulanya hikayat berduri, dikala malam membalut dunia...

Kuasa dan harta menguasai diri, kaum sendiri hilang percaya.

Yang lalu tidakkan berulang, kerana hakikar putaran dunia...

Yang hadapan mampu dijulang, jika sekarang mata dibuka.

Sampai bila hidup di bawah, tunduk dan akur kepada dusta...

Sampai bila menutup mata, sedangkan gelap menindas kita.

Takdir sudah memberi ruang, benar juga luas terbentang...

Jangan dibuang segala peluang...

Ayuh!!! Tiba masanya kita berjuang!!!" Puisi Alim.

Usai puisi berdendang, mendung yang berbaur petir menghiasi langit diiringi dengan hembusan angin yang sangat kencang. Suasana berubah menjadi dingin secara tiba-tiba. Pokok-pokok bergoncangan dan atap-atap rumah juga berterbangan.

"Tsukk!!!" Panah menusuk ke dalam tubuh salah satu Tentera Merah.

Tentera itu rebah bersama masa yang seakan-akan berhenti diantara mereka. Dalam beberapa detik Pejuang Pohon meruju masuk ke kwasana itu.

"Serang!!!" Teriak Myla.

"Serang!!!" Teriak General Tentera Merah dalam masa yang sama.

Peeprangan pun berlaku diantara Pejuang Pohon dan Tentera Merah. Daem dan Alim masih mendiamkan diri pada kedudukan mereka.

"Alim... Mengapa Nephila belum keluar?" Tanya Daem.

"Tidak tahu... Seperti ada yang penguasa itu nantikan." Jawab Alim.

Sofea tiba ditempat mereka melalui wujud Burung Merpati Putih.

"Alim... Mengapa Nephila belum memunculkan diri. Aslan dan Pejuang Pohon yang lain sedang menantikan kemunculan penguasa itu." Soal Sofea.

Alim menggelengkan kepalanya menunjukkan yang dirinya juga tidak mengetahui punca Nephila belum memunculkan diri. 1500 Pejuang Pohon menentang 300 Tentera Merah. Suasana dihiasi dengan bunyi pedang yang saling bergesaran dan raungan daripada insan-insan yang tewas di dalam pertempuran itu. Meski tewas sepenuhnya, Tentera Merah berjaya membunuh 200 orang Pejuang Pohon. Dikala itu, Sofea menyedari sesuatu yang ganjil berlaku terhadap Tentera Merah.

"Kawan-kawan... Cuba lihat mayat Tentera Merah ini." Arah Sofea.

Daem dan Alim mengikuti arahan itu cuba memerhatikan setiap daripada mayat Tentera Merah yang terbaring tidak bernyawa. Tubuh mereka pucat bersama kelopak mata yang memutih.

Ulfun AinWhere stories live. Discover now