Ke Esokan Harinya - Pagi yang indah bagi memulakan suatu rancangan yang bakal menghangatkan segala gelora rasa. Abang Rahman sudahpun menerangkan mengenai berpindahan kampung bersama dengan puncanya kepada seluruh penduduk kampung usai sahaja solat subuh di surau Laila. Seawal pagi itu, mereka memulakan langkah menuju ke destinasi mereka.
"Daem." Panggil Pacik Nuar pada anaknya.
"Ya ayah." Sahut Daem.
"Ingat ini. Aku dan kau datang ke kampung ini sewaktu kau masih kecil. Mungkin kau sudah lupa, kita ini bukanlah berasal daripada kaum Bydho'. Cari asal di mana letaknya kaum kita. Belajar daripada mereka tentang diri kau sendiri. Aku adalah unsur besi dan ibumu adalah unsur api. Kau bukan api sepenuhnya. Ikuti sahaja ke mana Sufi akan membawa mu. Berdampinglah dengan dia kerana dia adalah Penawar." Arah Pacik Nuar.
Daem terdiam tanpa bicara. Kaku bersama suatu hakikat yang dirinya itu adalah unsur gabungan di antara besi dan api.
"Aku jalan dulu. Tidak perlu kau fikirkan. Arus takdir akan memberikan mu jawapan." Nasihat Pacik Nuar.
Tanpa penjelasan yang lebih dalam, Pacik Nuar mula bergerak bersama kumpulan Abang Rahman untuk meninggalkan kampung Laila tanpa menghiraukan Daem. Abang Rahman yang mengetuai kumpulan itu pula bertemu dengan Radyah di tangga rumahnya.
"Radyah. Kau tunggu siapa?" Tanya Abang Rahman.
"Abang Sufi." Jawab Radyah.
"Kau naiklah kejutkan dia." Arah Abang Rahman.
"Tapi, Kenji sudah pergi ke tasik untuk menunggu Nur. Rai berjumpa dengan Sofea dan Lokh masih ada di rumahnya. Abang Rahman..." Terang Radyah panjang lebar bersama kerisauan pada jiwanya.
"Kau kejutkan sahaja Sufi. Kau jangan risau dengan dia. Dia itu bukan lelaki yang berfikiran bukan-bukan. Kau risaukan diri kau sendiri." Tegur Abang Rahman.
"Tapi..." Keluh Radyah.
"Tapi tapi. Aku jalan dulu. Assalamualaikum." Balas Abang rahman.
Wajah gadis comel itu berubah masam apabila diperlakukan seperti itu. Dengan langkah kaki yang diiringi keraguan, Radyah menaiki Rumah Abang Rahman. Daripada bahagian pintu rumah, dia melihat insan bijaksana itu terbentang indah bersama lenanya. Radyah mendekati Sufi lalu duduk di sebelah pemuda itu.
"Abang..." Panggil Radyah.
"Mmm." Jawab Sufi dalam lenanya.
"Bangun... Abang..." Panggil Radyah lagi.
"Mmm..." Jawab Sufi.
"Bangun la... Orang semua sudah bangun." Tegur Radyah.
"Kejap ya..." Pinta Sufi.
"Abang..." Panggil Radyah lagi.
Sufi tidak mengendahkan panggilan itu terus menghanyutkan diri didalam lena. Radyah merenung wajah pemuda itu. Seperti yang dikatakan oleh Abang Rahman, dia perlu merisaukan dirinya sendiri. Bukanlah Sufi yang mencintai lena.
"Abang... Kalau abang tidak mahu bangun... Radyah peluk Abang Sufi." Ugut Radyah.
Ugutan itu memaksa Sufi untuk membangkitkan tubuhnya memandang Radyah hingga membuatkan ikatan pandangan terjalin diantara mereka berdua.

YOU ARE READING
Ulfun Ain
FantasiSetelah melukakan hati seorang gadis yang bernama Mardhiyah, Sufi telah dipindahkan ke suatu alam yang digelar alam Ulfun Ain. Berbekalkan petunjuk melalui kelebihan bicara hati yang dia miliki, pemuda itu diminta untuk membimbing jiwa-jiwa yang in...