Dua Hari Berlalu - Sufi terlena selama dua hari tanpa sebarang gangguan bahkan tanpa kejutan daripada Abang Rahman. Mungkin insan itu memahami, kelelahan Sufi sangat mendalam asbab kelebihannya yang memakan tenaga. Dia membiarkan si pemuda berwajah tenang merehatkan diri selama dua hari berturut tanpa sedarkan diri. Di pagi hari yang kedua didalam buaian lena, Nur datang untuk mengejutkan Sufi.
"Sufi!" Teriak Nur dari bahagian luar rumah Abang Rahman.
Sufi tidak terkesan dengan panggilan itu meskipun pintu rumah Abang Rahman terbuka luas.
"Monyet." Ejek Nur pula.
"Mungkin dia masih tidur. Aku naiklah." Bisik hati Nur.
Nur menaiki rumah Abang Rahman untuk mengejutkan Sufi. Apabila dia tiba di hadapan pintu, Sufi terbaring dengan lenanya di ruang tamu.
"Sufi!!!" Teriak Nur.
Akhirnya si pemuda berwajah tenang itu terkesan dengan seruan maut daripada Nur.
"Mmm... Mar..." Jawab Sufi tanpa sedarnya.
"Mar?" Soal Nur.
"Mati." Bisik hati Sufi.
"Marah apa?" Tanya Sufi menyelindungkan kesalahan daripada bicaranya itu.
"Eh... Nur bukan marah la." Nafi Nur.
"Abang Rahman minta aku pergi ke kampung Hudap. Dia meminta aku untuk memeriksa keadaan kampung itu." Sambung Nur lagi.
"Mmm..." Balas Sufi lalu membaringkan tubuhnya semula.
"Monyet... Bangun la... Kau sudah tidur dua hari." Arah Nur.
Sufi tetap mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi.
"Ish! Abang Rahman minta kau temankan aku. Katanya jalan ke kampung itu berbahaya." Marah Nur.
"Kan... Senang." Sindir Sufi lalu membangkitkan diri semula bergerak menyiapkan diri.
Nur hanya mampu mengemam bibirnya kerana terlalu geram dengan tingkah Sufi. Sufi membersihkan diri dan mengganti solat yang dia tinggalkan selama dua hari. Akalnya sendiri tidak menyangka kelebihan yang di keluarkan pada dua hari yang lalu meminta bayaran untuk lena selama dua hari tanpa sedar. Setelah usainya dia melaksanakan solat, dia kembali ke ruang tamu. Pada masa itu, Nur pula yang terlena di pintu rumah Abang Rahman.
"Aik... Aku bangun kau tidur." Keluh Sufi.
"Bangun." Arah Sufi sambil bergerak menuju ke bahagian luar rumah.
"Kejap." Pinta Nur bersama mata yang masih terpejam.
"Kau jaga rumah ya." Sindir Sufi.
"Ish." Keluh Nur.
Nur mengejar langkah Sufi yang sudahpun berada di hadapan rumah Abang Rahman.
"Aku ambil herba dulu. Abang Rahman suruh aku jual." Terang Nur.
"Penjual sayur?' Ejek Sufi.
"Monyet." Balas Nur.
Mereka berdua menuju ke rumah Nur untuk mengambil herba lalu memulakan perjalanan mereka ke kampung Hudap dengan menaiki kuda. Kedua insan itu hanya mendiamkan diri tanpa sebarang bicara kerana hati masing-masing sentiasa berperang untuk menafikan rasa-rasa yang semakin mekar bunga-bunganya. Hampir sahaja pergerakan mereka sampai ke simpang tiga, akhirnya salah satu daripada mereka terpaksa untuk mengalah.
YOU ARE READING
Ulfun Ain
FantasiaSetelah melukakan hati seorang gadis yang bernama Mardhiyah, Sufi telah dipindahkan ke suatu alam yang digelar alam Ulfun Ain. Berbekalkan petunjuk melalui kelebihan bicara hati yang dia miliki, pemuda itu diminta untuk membimbing jiwa-jiwa yang in...