prolog

197 63 11
                                    


Suasana samar-samar di tingkat tertinggi Taesan High School. Langit pula memerah dihiasi panahan petir yang sabung menyabung. Rintik-rintik hujan mula bertukar menjadi lebat . Dua gadis itu sekadar bertemankan cahaya torchlight yang samar-samar.

Dia termengah-mengah mencari nafas. Badannya membongkok seketika melepaskan lelah. Sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada gadis yang berdiri di hadapannya, dia bergegas datang ke mari .

"..... gwaenchanha ? Mana budak tadi? Mereka ada apa-apa kan awak?", Soalnya prihatin.

Kakinya mendekati gadis yang sudah basah kuyup bermandikan hujan. Walaubagaimanapun, tiada sebarang reaksi yang keluar daripada gadis tersebut. Gadis itu sekadar pegun didalam hujan yang kian melebat.

Badan gadis tersebut diperiksa. Risau jika terdapat sebarang kecederaan fizikal pada mana-mana anggota badan. Namun, tidak sebarang kecederaan yang ada pada gadis itu ketika ini. Rasa syukur dipanjatkan berkali-kali di dalam hatinya. Payung yang melindunginya dibawa menutupi gadis tersebut daripada curahan hujan.

"Are you okay? You seems pale. Are you hurt anywhere? It's okay, you can tell me..," ujarnya sambil memeluk gadis tersebut. Belakang gadis itu digosok bagi menenangkan fikiran gadis tersebut.

Tidak semena-mena lehernya dicekik. Payung yang melindungi mereka berdua terlepas daripada genggaman nya dan terbang dibawa angin. Dia kaget dengan tindakan tiba-tiba oleh gadis tersebut. Cekikan gadis tersebut cuba dilonggarkan , namun tenaga gadis tersebut mengatasi tenaganya ketika itu.

"Genyang jug-eo!! (Just die!!) " Jeritan nyaring gadis tersebut terasa meragut nafasnya. Mengapa? Apa salah dirinya?

Air mata mengalir di tubir matanya . Perit di lehernya ketika ini tidak seperit realiti yang cuba dihadamkan ketika ini. Palsukah keikhlasan yang ditunjukkan gadis itu selama ini?

Dalam keadaan yang masih dicekik, badannya ditolak ke hujung bangunan. Gila! Apakah, gadis ini benar-benar ingin membunuhnya?

Rontaannya dikuatkan. Namun entah daripada mana kekuatan hadir pada gadis itu, sedikit pun rontaannya tidak mampu dilonggarkan. Badannya kini berada dihujung bangunan. Selangkah sahaja lagi, nyawanya bakal melayang kerana jatuh daripada rooftop sekolah.

"You're the person I hate most!"

Air matanya bertambah laju mengalir di pipinya bersama hujan yang menggila. Kilat pula sabung-menyabung tanpa henti. Cuaca ketika itu seakan memahami isi hatinya ketika ini. Kecewa yang amat dalam.

Dia mengumpulkan sepenuh tenaga. Kedua belah tangannya memegang kedua belah tangan gadis tersebut. Dengan sekuat hati, satu sepakan dilepaskan pada perut gadis tersebut sehingga menyebabkan gadis tersebut jatuh dan tercampak beberapa meter dari dirinya .

Dia terbatuk-batuk mencari nyawa. Lehernya yang perit diurut-urut. Jiwanya terasa seperti ingin meraung sekuat hati. Hatinya benar-benar terluka. Terasa lebih sakit daripada dirobek pisau belati.

"Apa salah aku?! Cakaplah! Kita selesaikan cara baik! Kenapa sampai nak bunuh? Apa yang aku buat sampai macam ni sekali kau nak bunuh aku?! Selama ni persahabatan kau tak pernah ikhlas ke?" Hatinya benar-benar terluka. Tengkingannya bertukar kepada raungan. Bajunya sudah lencun bermandikan hujan.

Allah sahaja tahu betapa remuk hatinya ketika ini. Air mata tidak putus-putus membanjiri seperti lebatnya hujan yang turun ketika ini.

"JUG-EO!!!!! ( DIE!!!!) "

Tanpa memberikan sebarang jawapan, gadis tersebut sekali lagi meluru ke arahnya, kali ini luruan gadis itu bersama sebilah pisau lipat ditangan. Petir menyambar dengan ganas.Matanya membuntang terkejut. Serentak itu juga guruh berdentum kuat.

Dengan nama Allah aku dihidupkan dan kepada Allah aku dikembalikan..

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now