15 : orang utan

60 18 64
                                    

    Pintu tandas direnung . Mereka fikir Ariana gadis lemah yang akan menangis kerana diperlakukan sebegini? Sorry lama, Ariana bukan tipikal heroin lemah.

" Pintu ni takde lah tinggi sangat ..", gumam Ariana sendirian.

Kakinya pantas memijak jamban dan cuba berpaut pada atas tapi tu tandas. Beg telekung sudah awal-awal lagi disangkutkan pada leher. Nampak begitu selekeh keadaannya ketika ini. Lantaklah .Dengan sekelip mata Ariana sudah berada betul-betul diatas daun pintu. Gerakannya cukup tangkas .

"Hehe.. ni Ariana Humaira lah! Ingat buat macam tu saya takut ke. Heh, silap orang lah !"

Ariana bersedia untuk melompat turun. Matanya dilarikan terlebih dahulu . Line clear! Malu lah jika sesiapa nampak dia beraksi seperti saudara mara orang utan di Sabah. Huhu.

Baru sahaja Ariana ingin melompat turun , matanya menangkap sesusuk tubuh yang melihat aksinya. Jantungnya terus berdegup kencang.

Sesaat,

Dua saat,

Tiga saat,

Mata Ariana terbuntang luas. Mulutnya turut melopong. Terasa bagaikan jantungnya bergolek hilang!

Dihadapan pintu berdiri sesusuk tubuh yang terperanjat dengan aksinya.

Dan insan itu ialah Park Wo Hyun..

   Pipinya mula terasa membahang. Aduh, wrong timing betul lah. Ariana sudah lah beraksi seperti kera di hutan . Time ni jugak lah Wo Hyun datang. Tapi ,

Kenapa Wo Hyun datang ke tandas wanita?

Otak Ariana cuba memproses seketika. Wo Hyun pula kekal pegun, wajah nya yang sering kelihatan beku kini memaparkan mimik wajah yang benar-benar terkejut.

Beberapa saat kemudian kejanggalan antara mereka berdua dipecahkan oleh jeritan nyaring Ariana.

    "KELUAR!!! BAGI TAHU PAPA MASUK TANDAS PEREMPUAN!! ," jerit Ariana sekuat hati. Wajah nya sudah memerah. Mujurlah Ariana memakai uniform lelaki. Jika mini skirt?

      Wo Hyun turut terkejut dengan jeritan Ariana. Habis terhinjut kedua belah bahunya. Menyedari hakikat dirinya mengintai di tandas perempuan, Wo Hyun segera berpaling dan menyandar ke dinding dalam keadaan gelabah .

     Tanpa melengahkan masa, Ariana pantas melompat turun. Daratannya kemas. Tanpa menunggu lama, lariannya terus dipecut untuk lari daripada tandas tersebut. Lebih tepat lagi, lari daripada tempat yang makhluk bernama Wo Hyun berada.

 Lebih tepat lagi, lari daripada tempat yang makhluk bernama Wo Hyun berada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 
20 minit sebelum..

   
  "Huh..pork soup..". Wo Hyun mengeluh kecil.

   Bukannya Wo Hyun seorang yang memilih makanan, tetapi dia mempunyai alergi kepada pork. Istilah mudah nya, Wo Hyun alah kepada daging khinzir. Wo Hyun sendiri pun tidak tahu kenapa, yang pasti jika dia makan daging haiwan itu, badannya akan timbul bintik-bintik merah dan dia akan mengalami kegatalan yang melampau.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now