7 : Gyohwan hagsaeng..

132 52 24
                                    

Taesan High School

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Taesan High School

Kelas 2-2

Suasana kelas 2-2 kedengaran riuh-rendah dengan suara-suara pelajar yang bersembang kerana ketiadaan guru. Ada yang bersembang tentang topik game dan tidak kurang juga yang bersembang tentang isu kecantikan serta gosip Artis K-pop terkini. Kekecohan kelasnya langsung tidak menggamit fokus Han Soo Won kerana telinganya awal-awal lagi telah disumbat earbuds yang mendendangkan lagu kegemarannya.

Han Soo Won tidak tergolong daripada golongan yang menghingarkan suasana kelas. Dia lebih senang mengulangkaji pelajaran untuk subjek yang bakal bermula sebentar nanti. Kedudukan pertamanya di dalam peperiksaan bulanan bulan lepas harus dipertahankan. Namun begitu, Han Soo Won bukanlah terdiri daripada golongan 'nerd' , dia juga aktif di dalam aktiviti sukan.

Seorang pelajar lelaki yang berambut perang melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman manis. Tangannya diangkat melambai kepada Soo Won dengan teruja. "Anyeong!!" Sapa pelajar lelaki itu dengan ceria. Langkahnya diatur mendekati Han Soo Won Dan melabuhkan punggung di tempat duduk di sebelah Han Soo Won.

"Anyeong , Jae Won- ah "

"Aigoo, cikgu belum masuk lagi dah bukak buku..rajinnya.. as expected from our head class. Baru nak ajak lepak." Jung Jae Won merungut tidak puas hati. Buku teks yang sedang dibaca Soo Won dijeling . Tak suka. Jung Jae Won tidak suka belajar .

Reaksi Jae Won membuatkan Han Soo Won tergelak kecil. Buku teks Di hadapannya ditutup . Macamlah Soo Won tidak kenal Jae Won , pasti Ada gosip terbaru yang ingin disampaikannya. Padanlah dengan gelaran yang melekat pada Jaewon yaitu bogoja yang bererti reporter. Ada sahaja perkara baru yang diketahuinya sebelum sampai ke telinga rakan-rakan lain.

"Wae?!(kenapa?)

Jung Jae Won melilaukan matanya melihat sama ada line clear atau tidak. Berita terkini yang diketahuinya sekarang tidak mahu dikongsikan dengan rakan-rakan lain terlebih dahulu melainkan telah sampai di telinga sahabat karibnya, Soo Won. Sebaik sahaja melihat line clear, dia mendekatkan mulutnya pada telinga Soo Won sebelum mencabut earbuds yang disumbat.

"Gyohwan hagsaeng neomu yeoppo! (Pelajar baru cantik gila!). Jinja yeoppo!" Beritahu Jae Won dengan teruja. Ibu jarinya diangkat gaya thumbs up.

"Jinja yeoppo?!"( Betul-betul cantik?!)
Soal Soo Won sambil menahan gelak kerana geli hati dengan gaya over Jae Won yang terlampau teruja.

"Neomu yeoppo! Jinja!" ( Memang cantik! Betul!) Kata Jae Won bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangannya seakan berikrar. Soo Won menggeleng kepalanya melihat reaksi lucu Jae Won.

" No wonder , I saw her just a while.." kata Soo Won bersahaja. Earbuds yang dicabut Jae Won disumbatnya kembali ke dalam telinga. Buku teks turut dibuka kembali.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now