8 : First Day's Tragedy

115 49 41
                                    

KRING!!!

Loceng menandakan waktu rehat telah berbunyi. Para pelajar mula berpusu-pusu keluar daripada bilik darjah sebaik sahaja guru yang mengajar mengundur diri. Begitu juga dengan kelas Ariana Humaira. Sepuluh minit selepas loceng berbunyi kelas sudahpun mulai kosong.

Ariana menjadi orang terakhir yg keluar kerana kelewatannya mengemaskan alat tulis. Bekal makanan nya dikeluarkan daripada locker. Telekung solat turut dibawanya . Memandangkan sesi persekolahan berakhir pada pukul 4: 30 petang, Ariana perlulah bersolat di sekolah. Terlupa Pula dia bertanya pada Talhah bagaimana Talhah bersolat ketika di sekolah.

Jam masih menunjukkan pukul 12:30 tengah hari. Ariana Masih mempunyai satu jam sebelum kelas seterusnya bermula. Waktu zohor pula masuk pada pukul 1:15 tengah hari. Ariana harus bijak mengurus masanya agak tidak terlewat untuk ke kelas yang seterusnya.

Mesej ringkas dihantar pada Talhah.

. ANAcute
Talhah selalu solat kat mana?

Talhahensemm

Library ... Senang sikit
Takde orang sangat..

Langkahnya diatur menuju ke Bahagian Rooftop. Dia Hanya mempunyai masa selama 30 minit untuk makan sebelum ke tandas untuk berwudhuk . Kata Talhah bersolat di perpustakaan lebih mudah kerana pada waktu rehat, hampir keseluruhan pelajar akan berada di Kantin sekolah. Namun, Ariana hati Ariana lebih membujuk untuk bersolat di Rooftop. Privasinya mungkin lebih terjamin. Ariana risau untuk bersolat di library kerana library merupakan kawasan yang awam.

Bekalan makanan bersama beg sejadah dipeluk ke dada . Seperti yang dimaklumkan Se Ra, kawasan rooftop Adalah kawasan yang pelajar-pelajar gerun untuk menjejakkan kaki kerana kes
Seorang pelajar perempuan yang meragut nyawanya sendiri pada tahun akhir tahun lepas. Suasana di Rooftop kelihatan sunyi.

Ariana Humaira mencari tempat yang redup sebelum melabuhkan duduk. Bekal makanannya dibuka satu persatu. Lauknya sekadar lauk yang ringkas kerana Ariana tidak mahu menyusahkan Papa jika dia terlewat . Lauknya sekadar Nasi putih bersama telur dadar dan sup sayur . Masakan yang ringkas dan sedap.

Bismillah dibaca sebelum memulakan suapan pertamanya. Suasana yang sepi agak membuatkan bulu romanya meremang kerana teringatkan kisah pelajar perempuan yang meragut nyawanya sendiri di situ. Sekali - sekala mata Ariana turut melilau melihat sekeliling kawaan Rooftop tersebut.

Baru sahaja suapan ketiga ingin disua, Telefon pintarnya berkaroke minta dipanggil . Lagu Talk to me oleh Park Ji Hoon berkumandang memecah keheningan suasana . Pastinya Talhah yang sedang memanggil. Mana tidaknya, sengaja ringtone yang berbunyi untuk nombornya memanggil diletakkan lagu yang berbeza . Kata Talhah lagu tersebut merupakan lagu kegemarannya , maka dengan sesuka hati , jiwa dan raga Talhah menukarkan ringtone untuk nombornya kepada lagu tersebut.

Panggilan segera dijawab.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam. Noona!! Wae!! Wae (kenapa) kakak masak lauk sup sayur untuk bekal tengahari Talhah.. wae??"

Ariana menahan gelak apabila suara Talhah yang bernada dramatik menyapa gegendang telinganya. Mujur tidak tersembur makanan di dalam mulut Ariana.

"Hei, bersyukur je laa..penduduk Gaza nak dapat sebutir Nasi pun susah.. Aigoo.. kakak tak sempat nak masak masakan fancy fancy, sempat masak ni je.."

Suapan seterusnya diteruskan. Layan perangai Talhah ni, silap-silap habis waktu rehat dia belum pun lagi selesai menghabiskan bekalannya. Bukan nak puji diri sendiri, tapi sedap apa sup sayur yang dia masak. Sebiji- sebiji resipi opah Ariana ikut.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now