9 : First Conversation.

94 37 24
                                    


Bilik Rawatan

"Ariana-ssi.."

"Ariana-ssi.."

Sayup kedengaran namanya dipanggil. Ariana Humaira menggagahkan dirinya untuk membuka mata. Kelopak mata terasa begitu berat untuk dibuka ketika itu. Kepalanya Masih terasa pening dengan desingan pada telinga yang masih belum berkurang.

Warna putih lelangit Bilik Rawatan menyapa pandangannya. Pandangannya masih kabur. Ariana benar-benar berasa lemah.

"Ariana-ssi gwaenchanha?"(Ariana , kamu okay?)

Figura wanita yang berumur lingkungan awal tiga puluhannmenyapa penglihatannya. Dahi Ariana berkerut menahan sakit. Persoalan yang muncul di benaknya terus diaju kepada wanita tersebut.

"Saya kat mana ni? Macam mana sa.. ssaya boleh ada di sini? Bukan ke saya jatuh daripada rooftop?"

Dengan suara yang masih serak Ariana bertanya. Kepalanya yang pening diurut perlahan dengan jari jemari halusnya. Memori nya Cuba diputar kembali. Memang seingatnya, Ariana telah jatuh dari tingkat empat, namun melihatkan keadaannya , dia sendiri keliru dengan apa yang telah berlaku. Tidak mungkin dia berkeadaan sempurna begini jika dia terjatuh dari tingkat empat.

Ariana memuji kekuasaan Allah berkali-kali. Maha suci Allah yang masih memberikan nikmat nafas kepadanya sehingga kini.

Lafaz tahmid bergema didalam hatinya tanpa henti. Terima kasih Allah atas nyawa yang kau pinjamkan hingga kini . Dua figura lain mula menyapa pandangan Ariana. Kelihatan gadis Yang diselamatkannya bersama seorang guru lelaki sedang berdiri dibelakang wanita tersebut.

"You should be thankful for him," kata wanita itu sambil menunjukkan pada lelaki tersebut . Dahi Ariana berkerut seribu. Apa yang berlaku sehingga dia perlu berterima kasih kepada lelaki tersebut? "He saved your life."

Ariana menggagahkan dirinya untuk bangun. Sebaik sahaja kedua belah kakinya mencecah lantai, dia menunduk hormat kepada lelaki tersebut." Terima kasih sebab selamatkan saya."

Suaranya hancur. Tekak terasa perit. Ariana linta lelaki itu sekadar membalas terima kasihnya dengan sebuah senyuman manis. Seketika, Ariana terpaku melihat senyumannya. Sungguh Indah.

Anak mata nya kembali dilarikan ke bawah. Jam ditangannya ditinjau, jarum menunjukkan pukul 3:30 petang. Ariana Kira hampir dua jam dia tidak sedarkan diri. Ariana ingin segera kembali ke kelas. Risau jika dilabel mengada-ngada atau mengambil kesempatan pada hari pertama persekolahan nya. Mulut orang takkan mampu ditutup. Ariana enggan menimbulkan sebarang konflik.

"Awak rehat saja dulu. Lagipun badan dan Minda awak masih terkejut dengan tragedi tadi." Kata wanita tersebut sambil membaringkan kembali badan Ariana ke atas ke atas katil.

Wajah Papa tiba-tiba bermain di fikiran. Tangan wanita yang merupakan doktor di bilik Rawatan ini dicengkam Ariana. Dengan gugup soalan dilontarkan kembali.

"Parents saya tahu tak? Kalau belum , tolong jangan bagitahu mereka. Please, I'm begging you.." . Rayu Ariana sepenuh hati. Ariana tidak mahu membuatkan Encik Azhari risau. "Lagipun saya okay Kan? Tak perlu lah besarkan benda ni. Please.."

Ariana bukan taknak Papa tahu sebab takut papa risau, Tapi Ariana taknak Papa tahu dan overprotected Ariana macam tuan puteri. Maklumlah Ariana ni puteri tunggal. Tengok sahaja pada nama gelaran, sudah tahu Ariana terlalu precious bagi Encik Azhari. Little Red.

Wanita tersebut kelihatan berat hati. Kes besar sebegini tidak dilaporkan pada ibubapa? Wajah Ariana yang penuh mengharap ditatap serba salah. Baru sahaja mulutnya ingin memberi kata putus, guru lelaki tersebut memberi jawapan.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now