3 : First Dinner..

129 59 11
                                    

Ariana Humaira melipat telekung usai menunaikan solat fardhu isyak. Tudung sarung dicapai sebelum disarung kemas menutup auratnya. Stoking pula disarungkan di kaki meskipun dia berada di dalam rumah.

Aurat adalah tetap aurat. Ramai wanita yang mengambil mudah tentang aurat. Meskipun memakai tudung, Namun aurat kaki masih terdedah. Stoking bukanlah wajib, namun menutup aurat kaki adalh tetap wajib

Panjang lebar nenek menerangkan soal aurat ketika dia mula menjejak umur sepuluh tahun. Nenek memberi penekanan yang begitu tinggi dalam penutupan aurat. Kata nenek, stoking bukanlah wajib, namun menutup aurat adalah wajib. Aurat wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan tapak tangan. Jadi, kaki ialah satu daripada aurat wanita.

Pada awalnya , Ariana agak rimas untuk memakai stoking walaupun
di dalam rumah ketika tetamu datang bertandang. Namun lama-kelamaan, pemakaian stoking sudah sebati dengan diri Ariana. Seperti yang dikatakan awal tadi, memakai stoking bukanlah wajib jadi para wanita boleh sahaja memakai kasut sneakers ataupun high cut bagi menutup aurat kaki. Sesungguhnya Islam itu mudah.

Pakaiannya diperiksa buat Kali terakhir sebelum keluar untuk makan malam , agar tidak kelihatan ketat mahupun jarang. Walaupun Papa dan Talhah merupakan muhrim nya, namun tidak bagi Wo Hyun. Ariana tetap perlu menjaga batasan dan aurat apabila bersamanya.

Langkah kaki menuruni tangga dengan penuh perasaan teruja. Kedengaran gelak tawa penuh meriah Dari arah dapur. Ariana menghiaskan wajahnya dengan senyuman. Sebaik sahaja dia melangkah memasuki dapur, salam diberi kepada semua.

"Assalamualaikum.."

Semua Mata menghadap ke arahnya. Ariana jadi janggal seketika.

" Waalaikumussalam, eh duduk lah Ariana.. " jawab Papa sambil menunjukkan kepada kerusi kosong Di hadapannya. Ariana terlebih dahulu mendapatkan Papa Dan menyalami Papa sebelum bertanya khabar.

"Papa sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Dah besar Little Red Papa ni. Atuk Nenek sihat?," Jawab Encik Azhari sambil tersenyum dan bertanya kembali khabar kedua ibu dan bapa mertuanya.

Talhah Yang sedang mengunyah makan sekadar tersenyum. "Alhamdulillah,Atuk Dan Nenek dua-dua sihat. Diorang kirim salam pada Papa dan Mommy."Jawab Ariana.

" Ommo.. Ni Ariana? Dah besar dah anak Mommy, cantiknya anak Dara Papa ni.. bangga mommy Ada anak cantik Dan lemah lembut macam Ariana .." tegur Mommy Yang tiba-tiba muncul daripada arah Dapur. Tangan Mommy Ariana salami sebelum berpeluk cium setelah sekian lama tidak berjumpa. Kepala Ariana dibelai seperti kanak-kanak kecil. Bahasa Melayu nya fasih walaupun Puan Ha Na berdarah Korea tulen.

Ariana tersipu apabila dipuji melambung oleh Mommy. Lemah-lembut? Haha, tawa Ariana hampir pecah. Kalau Nenek dengar kata-kata Mommy pastinya Ariana digelak habis-habisan.

Tawa Talhah pecah terhambur. Semua mata memandang ke arah Talhah.

" Kenapa? Mommy Salah cakap ke?" Soal Mommy yang keliru. Talhah masih gelak terbahak-bahak . Ariana tepuk dahi. Mulalah tu sesi membuka aib zaman kanak-kanak . Waduh.

Ariana sekadar tersenyum. Pasti Talhah ingin menyakatnya dengan kisah lama yang sering diungkit oleh Atuk dan Nenek. Lengan Talhah dicubit kecil supaya tidak membongkarkan rahsia.l

" Dulu, waktu Talhah tadika, Ada sorang budak kat Tadika Talhah Nama Bob. Bob ni kaki buli. Dia tolak Talhah sampai jatuh buaian. Luka pulak Tu. Tapi Talhah tak sakit. Cover machos. Sikit je Tu.." Talhah mula bercerita.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now