16 : Painful memory

72 18 6
                                    

Hujan turun dengan lebat selebatnya. Kilat turut sama naik berdetum marah. Wo Hyun kembali ke alam ini semula, alam mimpi ngeri yang sering menghantuinya. Dia tahu dan sedar ini mimpi, namun tidak mampu untuk melawan percaturan mimpinya.

Di hadapannya seorang remaja lelaki dan seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan Enam tahun sedang berpelukan sesama sendiri. Ya, Wo Hyun sangat arif dengan persekitaran nya ketika ini . Inilah 'neraka' nya yang dipanggil rumah. Tempat dia di 'bela' seperti haiwan, bukan selayak nya seorang manusia. Bau arak memenuhi ruang rumah. Sungguh busuk!

BAM! BAM! BAM!

Pintu dihentak menggila daripada luar. Terhinjut kedua belah bahu Wo Hyun dek terkejut. Rentak jantungnya mula tidak menentu. Peluh dingin mula membasahi wajahnya meskipun hujan lebat menurunkan lagi suhu bilik itu. Reaksi kedua adik beradik itu terus diperhatikan. Dia tahu kehadiran nya disini hanyalah halimunan, hanya sekadar seorang penonton .

Si Adik menangis tidak henti-henti. Si Abang pula memujuk si adik berkali-kali agar tangisan si kecil berhenti. Wo Hyun turut menggelabah apabila ketukan bertambah menggila daripada luar.

"Woi! Diamlah!! Diam!! Nanti syaitan tu masuk!!!"

Tengkingannya langsung diabaikan oleh kedua beradik itu. Si Adik yang tidak henti menangis dipujuk sabar oleh abangnya. Kehadiran Wo Hyun bagaikan angin, ada namun tidak bisa dilihat dan didengari. Halimunan.

"Hyung, na .museowo...(saya takut)" , Rengek Si Adik dalam esakan. Belakangnya diusap Si Abang untuk mengurangkan ketakutannya.

Wo Hyun mundar-mandir gelisah. Tangisan Si Adik yang tidak henti-henti mengundang ketukan yang bertali arus daripada luar. Si Abang lalu mendukung Si Adik sambil menyorokkannya di dalam almari baju yang terletak di dalam bilik.

Bibir Si Abang diketap serba salah. Kedua tapak tangannya memegang pipi kecil Si Adik sambil menatap wajahnya . " Hyun, dengar cakap abang . Stay here and keep quiet. Don't worry, I'll protect you. Whatever happen, stay here and don't come out. Promise me?", Kata Si Abang dengan cemas . Air mata yang mengalir di pipi adiknya diseka sebelum tubuh kecil adiknya dipeluk erat. Kepala Si Adik diusap berkali-kali. Si Abang cuba menahan sebak

"Handwae!! Hyung, handwae.. chaebal.. ( Jangan!! Hyung, jangan.. tolonglah..)" . Wo Hyun tidak dapat menahan sebak. Air matanya turun dengan laju. Dia meraung sekuat hati. Tubuh Si Abang cuba dipeluk.

Si Adik yang tidak memahami situasi yang berlaku menangis ketakutan. "Silheo! Na honja sipji aniya ! Gajima! ( I don't want to be leave alone. Don't go!!)".

Wo Hyun turut menangis teresak-esak. Si Abang cuba dipeluknya, namun tindakannya sia-sia. Kewujudannya sekadar seorang penonton. Tidak lebih dan tidak kurang. Lebih tepat lagi, kewujudannya merupakan hukuman kepada dirinya agar tidak melupakan peristiwa itu.

Dahi Si Adik dicium penuh kasih sayang oleh Si Abang. "Hyunie, miyanhae.. neomu saranghae. (Hyun, abang minta maaf, abang sayang kamu sangat)"

Serentak itu pintu almari ditutup dan dikunci daripada luar. Raungan Si Adik semakin nyaring. Wo Hyun turut sama hiba. Air matanya turun selebat hujan malam itu. Dadanya dicengkam kerana terlalu sebak. Oh, tuhan! Kenapa mesti dia?!

Si Abang berhenti seketika . Mengumpul kekuatan untuk berhadapan seekor syaitan yang bertopengkan manusia . Seorang bapa yang tidak pernah mencurahkan kasih sayang selayaknya kepada mereka . Kedua belah tangannya dikepal.

"ASS**LE! OPEN THE DOOR!!

Wo Hyun semakin tidak tentu arah. Mendengarkan suara itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan nafasnya seakan terhenti. Apatah lagi jika si pemilik suara itu memunculkan diri.

Little Red (Hiatus)Where stories live. Discover now